Gaya Hidup

Menghantar Makanan Lebih 30 Ribu Kilometer & Merentasi 4 Benua, MAANASA GOPAL Cipta Rekod Dunia!

Membawa mesej tentang perubahan iklim dunia, wanita ini mencipta rekod dengan melakukan servis penghantaran makanan paling jauh di dunia. Maanasa Gopal, merentas benua sejauh lebih 30 ribu kilometer dari Singapura ke Antartika.

Hari ini, saya telah berjaya mencipta rekod dengan melakukan servis penghantaran makanan yang luar biasa iaitu dari Singapura ke Antartika.

Rekod yang diciptanya ini merupakan sebuah projek yang ditaja oleh Foodpanda Singapura sebagai sebuah misi untuk menghantar makanan ke Antartika. Wanita yang sudah pun memasang impian untuk menerokai dunia sejak usia 19 tahun ini merupakan seorang aktivis  yang berjuang bersama pakar iklim untuk menangani isu dan menyebar kesedaran tentang perubahan iklim dunia.

Perjalanannya ke Antartika bermula dengan menaiki penerbangan 

dari Singapura serta tiba di Hamburg, Jerman sebelum berhenti di Buenos Aires, Agentina.

Tambahnya lagi, ia merupakan sebuah pengalaman dan memori istomewa apabila dapat menghantar makanan ke benua terpencil di dunia.

“Bukan mudah untuk mendapat peluang menghantar makanan Singapura sejauh lebih 30,000.”

Perkongsian mengenai ekspedisinya itu di laman Instagramnya mendapat pujian dari netizen dan berjaya meraih lebih 62,000 tontonan serta 8,000 tanda suka.

Sumber gambar: Instagram Maanasa Gopal

IKLAN
Share