Meniti Usia 28 Tahun, Pesona Anak Kacukan Melayu-Inggeris HANNAH DELISHA Jadi Tarikan

Dikurniakan seraut wajah yang sweet persis seorang remaja, Hannah Delisha sebenarnya bakal mencecah usia 28 tahun Oktober ini.

Kredit Foto: hannahdelisha

Isteri kepada aktor Singapura, Imam Shah Abdul Mutalib ini kelihatan semakin manis dengan imej bertudung.

Biarpun bertudung, sebagai seorang artis Hannah Delisha sentiasa tampil stylish.

Tahun ini genaplah empat tahun Hannah Delisha bertudung.

Anak Kacukan

Pemilik nama penuh, Hannah Adlina Blackburne Birth ini memiliki darah kacukan Melayu (sebelah ibu) dan Inggeris (sebelah bapa).

Maka, tak hairanlah Hannah Delisha dikurniakan kecantikan semula jadi.

BACA JUGA: Cantik, Lakonan Mantap, Suara Merdu! Netizen Sifatkan HANNAH DELISHA Wanita Dengan ‘Pakej Lengkap’

Menariknya lagi, anak kelahiran Singapura ini juga pandai bertutur dalam pelbagai bahasa asing iaitu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina. Hebatnya!

Selain bergelar pelakon, Hannah Delisha juga aktif sebagai model, duta produk, penyanyi dan pengacara televisyen.

Natural Beauty

Sering tampil dengan solekan yang fresh dan tidak terlalu tebal, Hannah Delisha bertuah kerana dikurniakan kulit wajah yang bersih dan mulus.

Menurut Hannah Delisha, dia mengamalkan pemakanan sihat di samping aktif melakukan aktiviti kecergasan di gim.

Patutlah Hannah Delisha kekal langsing je, kan?

Share
Published by
Amy Mohd