Cantiknya rambut dua orang selebriti ni, Anzalna dan Uqasha Senrose. Sudah menjadi lumrah wanita, kecantikan yang dikurniakan perlulah dijaga rapi. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semuanya perlukan penjagaan teliti. Paling penting, kesihatan rambut patut jadi keutamaan sama ada bagi yang bertudung atau tidak.
Pelbagai pilihan syampu yang boleh kita pilih sekarang. Dan yang paling best, anda boleh pilih untuk menggunakan dry shampoo atau syampu kering yang tidak perlu dibilas atau syampu biasa yang perlu dibilas. Namun, untuk memilih di antara kedua-dua syampu ini, anda perlu tahu pro and cons.
Kelebihan DRY SHAMPOO
Berita ini memang sangat menggembirakan para wanita yang sibuk. Baik surirumah mahupun wanita berkerjaya, masa begitu suntuk dek kerana kesibukan. Hanya gunakan syampu kering dan rambut terasa bersih dan berkilau.
Syampu kering sangat wangi! Namun anda juga perlu berhati-hati kerana disebalik keharuman ini ada juga yang boleh membuatkan kulit kepala rasa tidak selesa. Pilih produk yang menggunakan haruman semula jadi.
Masa sangat penting. Apabila kitab oleh menjimatkan masa untuk menjaga kesihatan rambut, lebih baik kita pilih yang paling mudah betul tak? Lebih-lebih lagi apabila anda melancong, tentunya waktu untuk memanjakan rambut di bilik air terbatas. Nak mudah, pilih sahaja syampu kering!
Anda jimat waktu untuk mencuci dan anda mempunyai lebih masa untuk membiarkan harumannya kekal pada rambut. Bila menyarungkan hijab pun masih boleh tahan lebih lama.
KEKURANGAN DRY SHAMPOO
Ya, syampu kering sangat mudah menyebabkan kehadiran kelemumur. Bayangkan rambut yang tidak dicuci bersih, hanya diletakkan dengan serbuk. Tentu ia menutupi liang pori pada kulit kepala.
Biasanya bahan yang terkandung di dalam syampu kering menjadi persoalan. Ethanol, talc dan haruman yang digunakan boleh menimbulkan isu kurang selesa dan boleh menyebabkan kulit kepala terdedah kepada masalah keguguran rambut.
Bayangkan taburan bedak atau talc yang memenuhi rambut. Tentu nampak berdebu dan berhabuk kan?
Apabila syampu kering digunakan terlalu kerap, ia tampak berkuping dan kering. Malah ia juga membuatkan rambut kelihatan tidak bermaya dan flat.
Jadi, secara keseluruhan lebih baik memilih syampu biasa yang boleh memberikan keselesaan yang sangat diyakini. Penggunaan sabun untuk mencuci, dibilas dengan air bersih membuatkan kita rasa sangat selesa.
Rangkaian penjagaan kulit kepala RYO.
Berita baik yang boleh kami kongsikan adalah kehadiran produk penjagaan rambut dari jenama Ryo dari Korea Selatan. Dua jenis syampu dan perapi ini sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah pada kulit kepala.
Kedua-dua produk ini dihasilkan daripada bahan semula jadi dengan formulasi terbaik serta bebas minyak silicon, bahan dari haiwan dan pewarna sintetik. Anda tentu dapat merasai perubahan yang nyaman selepas setiap kali cucian. Berminat untuk cuba? Hanya KLIK .
Kredit foto: Instagram Anzalna dan Uqasha Senrose
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika klip video lagu ‘Hello’ dikeluarkan beberapa tahun lalu, solekan Adele dalam video tersebut telah menarik perhatian ramai sekaligus menjadi trending.
Sehinggalah munculnya tutorial-tutorial di media sosial yang cuba meniru solekan penyanyi Britain ini.
Berikut adalah trik solekan mata Adele yang didedahkan oleh jurusolek terkenal Michael Ashton.
Tiga trik ini perlu diserlahkan jika anda ingin kelihatan hebat seperti Adele.
‘Cat Eyes’ Kunci Utama
Solekan mata kucing (cat eyes) Adele boleh dimulakan dengan melukis garisan dari sudut mata ke luar menggunakan celak jenis gel.
Untuk buat shape wings, Adele sering menggunakaan celak cair yang kalis air. Ini akan menjadikan mata kelihatan tajam. Lakukan perlahan-lahan kemudian isikan warna.
Bulu Mata Palsu
Merupakan senjata utama untuk kelihatan lebih cantik dan ekspresif. Bulu mata palsu dengan kesan memanjang mampu memberikan sentuhan vintaj.
Sesuai untuk mengalihkan perhatian daripada pipi tembam kepada mata seksi.
Mata & Bibir Tebal
Walaupun ia nampak seperti old school, fokus pada mata dan bibir masih menjadi kunci utama untuk memberikan sentuhan glamor. Rambut pula didandan dengan gelombang super sexy!
Kredit Foto: Instagram Adele
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Cheryl Samad, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah pengacara Muzik-Muzik! Bagaikan sinonim dengan program hiburan berkenaan, figura berkulit sawo matang ini bagaimana pun makin jarang muncul di kaca televisyen sejak berkahwin.
Mengikuti perkembangan Cheryl di media sosial, ternyata dia masih memiliki pesona yang tersendiri. Peminat industri muzik era 90an pastinya merindui bakat ibu dua anak ini tatkala mengacara.
Walau ramai kehadiran pengacara generasi muda yang menghiasi program di televisyen hari ini namun aura Cheryl masih ‘melekat’ di hati penonton.
Mana tidaknya, penyampaian yang ceria, energetik dan sentiasa mengukir senyuman membuatkan dia disenangi kerana memiliki karakter menghiburkan.
Meniti usia 45 tahun, anak kedua daripada tiga beradik ini kian bahagia menggalas tugas seorang isteri dan ibu. Meskipun tidak muncul di TV namun Cheryl Samad masih ligat menjadi pengacara untuk majlis korporat dan sebagainya.
Biarpun sudah melewati usia 40an namun pemilik nama Cheryl Marina Abdul Samad ini kelihatan awet muda. Kalau tengok penampilan isteri Ng Ping Ho ini memang tak ubah seperti anak dara!
Difahamkan personaliti ini mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Namanya mula melonjak ke puncak populariti ketika mengacarakan program Muzik-Muzik.
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl Samad turut mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
30 April lalu genap 14 tahun usia perkahwinan Cheryl dan Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip. Dia pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi.
Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella dan Kate.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah bagi seorang mualaf untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan ajaran Islam. Namun Sheahnee Iman Lee berjaya membuktikan dia mampu menjadi seorang muslim yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. 18 tahun berkongsi hidup bersama Naz Rahman, dia kini lebih memahami Islam dan mengasuh anak-anak dengan sebaik mungkin.