Meniti Usia 39 Tahun & Ibu 2 Anak, Suami Titip Ucapan Bermakna Buat Tasha Shilla Sempena ‘Birthday’!

Happy birthday, Tasha Shilla! 25 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-39 buat aktres jelita ini. Meniti usia lewat 30an, Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak bukan hanya makin cantik. Bahkan kian matang sebagai wanita, isteri dan ibu.

Sejak mendirikan rumah tangga dan ada anak, agak jarang nampak lakonan Tasha Shilla di kaca televisyen. Pastinya tumpuan selebriti ini lebih terarah kepada keluarga.

Meninjau hantaran Tasha di media sosial, kebanyakan postingnya berkaitan aktiviti di samping suami dan anak-anak. Selain memenuhi undangan majlis pelancaran dan promosi bagi label fesyen mahupun produk kecantikan.

Artikel https://www.nona.my/pernah-dinobat-artis-baru-popular-tasha-shilla-ibu-gorgeous-2-anak-bahagia-di-sisi-suami/

Tasha Shilla Rai Birthday Ke-39

Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Tasha Shilla memanjat kesyukuran atas kurniaan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapinya di samping insan tersayang.

Kongsi Tasha, “Selamat Hari Lahir Natashasheila. Terima kasih semua atas doa dan ingatan pada saya.

Semoga kalian semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki melimpah ruah, dikeliling insan-insan tersayang, tenang hati, damai fikiran, bahagia bersama keluarga tercinta dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn Yaa Rabbal Alaminnn.”

Sementara itu, suami tercinta iaitu Muhammad Atiq Idris turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna buat suri hati kesayangan.

“Selamat ulang tahun kepada isteriku, Tasha Shilla. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik, keberkatan dalam setiap langkah, serta mempermudahkan segala urusanmu. Semoga Allah sentiasa melindungimu dan menempatkan sakinah serta kebahagiaan dalam hatimu, sentiasa.”

Kehidupan Tasha Shilla

Selain sibuk urus keluarga, finalis Dewi Remaja 2005/2006 ini juga menguruskan bisnes sendiri iaitu Nyla by Tasha Shilla.

Jenama ini mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut seperti Hair Tonic dan Hair Serum yang mula dilancarkan pada Ogos 2023.

Ibu dua anak ini merupakan wanita keturunan Melayu-Jawa dan pernah menggondol kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Tasha pernah membintangi filem Rock Oo!, KL Menjerit 1, dan Ariana Rose.

Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander kini berusia tiga tahun dan Nyla Kaadira.

 

 

 

Share
Published by
Suzi