Gaya Hidup

Mentua Dari Syurga! Rozita Che Wan Rai Hari Lahir Menantu Tersayang, Jelas Terserlah Kebaikan Aktres Jelita Ini!

Beruntungnya Auni Ikhwan dikurniakan seorang ibu mentua seperti Rozita Che Wan. Mana tidaknya, bukan saja cantik dan popular. Tetapi juga baik hati dan layan dirinya seperti anak sendiri.

Meskipun tidak sampai dua bulan kahwin dengan anak lelaki sulung aktres tersebut namun kasih sayang Rozita atau mesra disapa Che Ta terhadap Auni tidak berbelah bahagi.  

Buktinya, usahawan yang juga pelakon jelita tersebut berkongsi kemeriahan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Auni baru-baru ini.

Artikel https://www.nona.my/perkahwinan-bukan-tentang-mencari-yang-sempurna-ucapan-rozita-che-wan-buat-anak-tersayang-undang-sebak/

Rozita Che Wan Sambut Hari Lahir Menantu

Memilih tema Polka Dot, Rozita Che Wan dan menantu anggun mengenakan busana kaftan dari jenama sendiri.  

Pada majlis itu, Auni menyarung kaftan hitam polka dot putih lengkap berselendang hitam. Sementara Che Ta pula berkaftan merah jambu sedondon dengan suami tercinta, Zain Saidin.  

Turut kelihatan menyerikan majlis sambutan hari lahir Auni ialah adik-beradik Che Ta.  

Difahamkan majlis indah ini diadakan di sebuah kafe eksklusif, Bucolic. Pelbagai hidangan menyelerakan disediakan antaranya menu western seperti steak, ikan salmon, spageti, sajian pencuci mulut seperti cendol dan sebagainya.  

Melihat kesungguhan Rozita Che Wan meraikan menantu tersayang jelas menunjukkan sifat keibuannya yang tinggi.  

Titip ibu kepada tiga anak tersebut, “Happy birthday to my beautiful Auni. Semoga sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan. Love you always!” 

Pastinya ramai yang mengimpikan ibu mentua dari syurga seperti Che Ta!  

Anak Lelaki Rozita Che Wan

Auni Ikhwan sah bergelar isteri kepada Ammar Effendy Azuar Effendy pada 26 Jun lepas. Majlis pernikahan mereka berlangsung indah di GlamHall Damansara. 

Manakala majlis resepsi pula diadakan di sebuah hotel ternama di Shah Alam. Kedua-dua majlis Auni dan Ammar mendapat liputan meluas serta jadi bualan warga maya.  

Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim pada jam 8.41 malam. Dalam majlis itu, Ammar menyerahkan mas kahwin RM300 dan wang hantaran berbentuk jongkong emas.   

Lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan-rakan artis Rozita Che Wan hadir memeriahkan perkahwinan bertemakan Garden Wedding buat Ammar dan Auni sempena keberkatan 10 Muharram. 

Semoga rumah tangga Ammar Effendy dan Auni sentiasa dalam rahmat Allah SWT serta berbahagia sampai ke syurga.   

Share
Published by
Suzi