Terpesona dengan kecantikan milik Nadia Tamar Ferreira! Ratu cantik Paraguay yang juga Naib Juara Miss Universe 2021 ini sememangnya mempunyai aura tersendiri. Bukan hanya cantik dan tinggi lampai, dia juga seorang wanita yang berpelajaran tinggi.
Nadia Ferreira ialah seorang aktivis, model dan ratu cantik. Aktif bersukan, jelitawan berusia 23 tahun ini menguasai empat bahasa iaitu Paraguay, Sepanyol, Portugis dan Inggeris.
Berketinggian 175 sentimeter, Nadia mula menceburi bidang peragaan di Paraguay pada tahun 2012. Dia kemudian menyertai pertandingan ratu cantik mewakili negaranya untuk meraih gelaran Miss Teen Universe 2014 namun sekadar menduduki tempat keempat.
Tiga tahun kemudian, dia muncul dalam program televisyen dan menjadi popular selepas membuat parodi penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift.
Ads
Dari tahun 2019 hingga 2021, Nadia mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi mengembangkan bakatnya sebagai model hingga ke Jerman, Mexico, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.
Dalam kesibukannya sebagai model dan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Nadia memanfaatkan masa yang ada dengan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Komersial di Universidad Americana.
Pada hujung Ogos 2021, Nadia dipilih mewakili Paraguay untuk bertanding dalam Miss Universe 2021 bersama 79 ratu cantik dari seluruh dunia. Dia kemudian dinobatkan Naib Juara Miss Universe 2021.
Ads
Nama Nadia Ferreira terus melonjak naik apabila dia mengumumkan hubungan cintanya bersama penyanyi antarabangsa, Marc Anthony. Pada 12 Mei lepas, pasangan ini mengesahkan mereka sudah bertunang.
Marc Anthony yang kini berusia 53 tahun merupakan bekas suami Jennifer Lopez yang sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres dari tahun 2000 hingga 2004 dan bekas suami kepada Shannon de Lima. Ia bakal menjadi perkahwinan keempat Marc Anthony.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eh, jangan terlalu teruja memakai gincu sehingga anda kelihatan seperti badut! Cuba selidik dahulu kekuatan dan kelemahan rupa paras kita, sebelum memilih gincu bibir mana yang perlu dibeli supaya nanti anda tidak ditertawakan.
PANDUAN MEMILIH
(a) Untuk kegunaan harian
Pilih warna dua kali lebih gelap daripada kulit wajah anda.
Buat perbandingan di antara warna senada merah jambu dan merah. Merah jambu dan merah sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit dan nampak ‘kena’ untuk kebanyakan gaya penampilan dan gaya rambut.
Jangan terlalu menonjolkan warna bibir pada waktu siang, kecuali anda akan menghadiri majlis keraian.
(b) Merah yang sesuai
Kenal pasti tona kulit anda. Adakah ia cerah, sederhana cerah, kuning langsat atau gelap?
Cara pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit:
Untuk kulit cerah, merah gelap atau coral red dengan undertones merah jambu sesuai untuk anda.
Bagi anda yang berkulit kuning langsat, merah jambu atau biasan kranberi dan merah bata menonjolkan seri wajah.
Jangan risau jika anda berkulit gelap. Pilih rona gincu seperti merah dengan biasan warna merah burgundy atau coklat.
Merah adalah pilihan terbaik dan universal. Anda tidak mungkin kelihatan janggal dengan warna ini!
(c) Tip membeli gincu
Cuba dahulu baru beli. Warna yang terpapar di bahagian luar kotak gincu biasanya boleh mengelirukan dan tidak tepat.
Bersihkan gincu yang masih bersisa sebelum mencuba warna gincu yang lain agar anda boleh membuat perbandingan dengan tepat.
Kombinasi di antara warna gincu sedia ada dan gincu yang dicuba mungkin nampak cantik bersama atau mungkin sebaliknya. Minta makeup remover daripada jurujual berhampiran.
Wajah polos tanpa solekan adalah cara terbaik untuk melihat keserasian di antara warna gincu dan kulit anda. Solekan lain hanya akan menjadi ‘halangan’ untuk anda membuat pilihan.
Minta bantuan jurujual untuk membolehkan anda membuat keputusan. Pandangan profesional membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan tona kulit.
(d) Padanan gincu bibir dengan penampilan
Jangan oles gincu bibir yang sama warna dengan baju anda. Baju merah dan gincu merah misalnya akan kelihatan tidak menarik.
Pilih salah satu, solekan mata dramatik atau olesan rona gincu bibir yang dramatik. Maskara dan penggaris mata berwarna coklat gelap di antara alis mata sudah mencukupi untuk kelihatan menawan.
Apabila anda menggunakan solekan smokey eye, gincu dengan rona merah jambu lembut atau nude adalah padanan terbaik. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya Muhammad Jibril! Puas menyembunyikan wajah dan kelahiran zuriat baharu daripada pengetahuan umum, akhirnya Fatin Afeefa dan suami terbuka mendedahkan buah hati kesayangan mereka kepada khalayak baru-baru ini.
Enggan lagi berahsia, pasangan suami isteri berkenaan membuat pendedahan tersebut sempena Majlis Akikah Muhammad Jibril yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.
Sebelum majlis meraikan kehadiran Muhammad Jibril, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai terlebih dahulu berkongsi status dirinya yang sudah pun bergelar bapa.
Kenyataan itu dibuat Opai dalam satu sedutan video yang dimuat naik di media sosial.
Memetik kenyataan Opai, sudah tiba masa dia berkongsi tentang kelahiran anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isteri. Apatah lagi, bayi comel yang diberi nama Muhammad Jibril mencecah usia tujuh bulan.
Dalam majlis akikah itu, pelakon cantik berusia 30 tahun berkenaan anggun dalam persalinan dres biru muda. Sedondon dengan suami tercinta dan anak tersayang. Majlis bertemakan rona putih dan biru lembut ini turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Penampilan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin dalam majlis itu meraih tumpuan. Bukan hanya tampil lebih berseri-seri, kelembutan dan kematangan ibu ini juga jelas terserlah.
Fatin Afeefa sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada Disember 2022.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut turut dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian.
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini… antara lain yang turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain. Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik yang melakonkan watak sebagai Anjali iaitu akan kepada Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Sana Saeed!
21 tahun telah berlalu… pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang bakal berusia 31 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.