Selebriti Terkenal & Fesyen Jadi Ikutan, Mira Filzah Akui Mentua Datuk Mastura Lebih Pandai Bergaya, “Ibu Lagi Fesyen Daripada Saya”!

Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.

Ditemui Nona baru-baru ini, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah kelihatan makin cantik berseri-seri. Dia yang terkenal dengan sikap mesra dan tutur kata lemah lembut ketika ditemu bual berkongsi perkembangan terkini yang dilantik sebagai Duta jenama kecantikan Wardah Colorfit.

Artikel https://www.nona.my/himpunan-busana-sopan-jadi-tumpuan-fashionably-modest-asia-2025-bakal-gegar-industri-fesyen-november-ini/

Menantu Datuk Mastura Yazid, Mira Filzah Jadi Duta Wardah Colorfit

“Alhamdulillah, Mira dapat bekerjasama dengan Wardah dan ini adalah kali pertama. Saya sangat bangga dan gembira menjadi sebahagian daripada duta Wardah. Ini adalah kali pertama Mira menjadi duta bagi produk kosmetik.

Bila pihak Wardah approach, saya teruja dan happy to be part of it. Saya menerima dengan hati terbuka tanpa berfikir panjang.”

Mengulas soal fesyen dan gaya pilihan, “To be honest, I not really good at styling. I’m very basic person, very minimalist person. Kalau tengok outfit mira jalan keluar pun very basic. Usually top and jeans atau pun top, skirt and tudung. I like baggy jeans and leather jacket. I have a few leathers jacket. Kiranya simple dengan leather jacket ni boleh nampak macam wow!”

Sebagai menantu kepada ahli politik dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid, Mira turut ditanya mengenai fesyen dan kecantikan yang dikongsinya bersama ibu mentua.

Artikel https://www.nona.my/anak-bongsu-selamat-bernikah-datuk-mastura-yazid-titip-doa-buat-arwah-suami-wan-hari-ini-tura-dah-laksanakan-amanah-untuk-wan/

Mira Filzah Akui Kagum Fesyen Ibu Mentua, Datuk Mastura Yazid

Sambil tertawa, Mira berkata, Ibu mentua saya, Datuk Mastura dia lagi fesyen daripada saya. For her age, she’s really good at dressing up, makeup.

Kalau tengok and follow Instagram dia, dia lagi suka pakai warna-warna yang bright. She’s very confident.

Even macam mira pun takut nak pakai warna ni tapi dia berani. So in terms of fashion, saya rasa dia lebih ke depan daripada saya. To be honest.

Tapi ibu ada dia punya own style and look yang dia sukalah.”

Mira Filzah sah bergelar isteri kepada usahawan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.

Menelusuri latar belakang Datuk Mastura, allahyarham suaminya iaitu Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2016.

Arwah suaminya ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Datuk Mastura Yazid dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.

 

 

 

Share
Published by
Suzi