Nak Masak Kari Ayam Yang SEDAP TERANGKAT Boleh Cuba Resipi Datin Isma Ini

Kehebatan Datin Isma di dapur dalam menyediakan pelbagai jenis juadah telah menarik minat warga media sosial untuk mengikuti perkembangannya. Berkunjung ke laman Instagram, Masak With Passion membuat kecur air liur.

Dengan jumlah pengikut seramai 395 ribu yang begitu setia menonton video masakan yang dihasilkan olehnya. Ramai yang telah mencuba resipi Datin Isma dan kalau ikut betul-betul gerenti jadi, kaedahnya.

 

Personaliti anggun asal Kelantan ini juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan Tia Amelia. Apabila ditanya tentang perkongsian resipi di media sosial, jawabnya, “Saya langsung tidak rasa rugi berkongsi resipi sebaliknya saya gembira apabila ada yang menghantar mesej di Instagram berterima kasih kepada saya kerana tidak kedekut ilmu.

Bagi saya ilmu yang saya ada ini bukanlah besar mana pun, tidak luak jika saya berkongsi. Bukankah berkongsi ilmu itu satu perbuatan yang dianjurkan oleh agama kita. Saya rasa gembira dapat membantu wanita-wanita yang tidak pandai memasak namun akhirnya mereka pandai kerana mengikut tutorial video di Instagram saya sehinggakan suami mereka memuji kebolehan mereka memasak dan meminta lagi mereka masak resipi tersebut,” katanya.

Jom kita cuba masak Kari Ayam gaya Datin Isma;

Bahan-bahan;

  • Ayam
  • Bahan kisar – bawang merah, bawang putih & halia
  • bahan tumis – bawang merah, bawang putih, halia, rempah 3 sekawan & daun kari
  • Rempah kari
  • Cili Giling
  • Asam Jawa
  • Santan

Cara membuat;

Tumis bahan-bahan tumis dengan sedikit minyak.

 

Masukkan daun pandan, kita bagi wangi sikit

 

Masukkan satu sudu makan cili giling.

 

Masukkan bahan kisar tadi. Masakkan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.

 

Apabila bawang dah garing masukkan rempah kari dan terus masukkan sedikit air. Masak bahan-bahan ini sehingga pecah minyak.

 

Masukkan ayam.

 

Biar seketika.

 

Masukkan santan sedikit sahaja sebab rempah-rempah dan pekat.
Masukkan air

 

Masukkan satu sudu kecil asam jawa

 

Masukkan gula melaka

 

Masukkan ubi kentang

 

Masukkan tomato. Tomato biar dia hancur sekali dalam kuah kari baru sedap ada rasa masam tomato.

 

Kalau suka boleh masukkan 1 ketul kiub ayam. Tambahkan sedikit garam dan kari ayam dah siap.

 

Kari ayam sedia terhidang.

Sumber: Instagram @datinismatia

IKLAN
Share