Nelydia Senrose Akui Bertatih, “Saya Dalam Proses Belajar, Mencuba, Mencari & Mengenal Diri,”

Penampilan selebriti ini sejak mengenakan semakin mendapat tumpuan ramai. Tidak mahu mengulas panjang lebar, Nelydia Senrose akui bertatih dengan penampilan baharu.

“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Budak belajar berenang pun tak ‘dicampak’ terus ke tempat yang dalam. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.

Sekali gus saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik. Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” kata Nelydia Senrose akui bertatih dalam berhijab.

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu juga akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik.

“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masa boleh tersasar. Hari ini okay,

esok… jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.

“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” kata Nelydia yang kini berusia 27 tahun telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

 

Bagai sudah rezeki berhijab, pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu ini telah disunting sebagai wajah wakilan koleksi raya, dipanggil MINAZ Blooming Raya dilancarkan 31 Mac lalu. Selebriti mualaf Korea, Ayana Jihye Moon turut terpilih sebagai wajah kempen tersebut di samping Nelydia.

Baca juga; Nelydia Senrose Makin Cantik, Kongsi Gambar Berhijab Lepas Tunai Umrah

IKLAN
Share