Bakal kembali hujung minggu ini, Nu Ideaktiv & seeNI gegarkan PBAKL 2025 dengan pelbagai aktiviti best!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali semula tahun ni dan macam biasa, memang meriah habis!
Tahun ni, Nu Ideaktiv bergabung tenaga dengan aplikasi interaktif seeNI untuk bawa vibe baru ke booth mereka dengan macam-macam aktiviti menarik yang confirm buat pengunjung tertarik.
Melalui kempen khas #IdeaktivDiseeNI, pengunjung boleh throwback ke zaman kegemilangan dunia majalah tempatan umpamanya Media Hiburan, Rasa, Mingguan Wanita, Nona, Remaja, Maskulin, Pa&Ma, Bintang Kecil dan banyak lagi yang dulunya diterbitkan di bawah Grup Majalah Karangkraf.
Kini, Nu Ideaktiv sambung legasi tu dalam bentuk digital tapi dalam gaya penyampaian lebih fresh dan lebih interaktif tapi tetap sarat dengan info gaya hidup, hiburan, dan inspirasi yang dekat dengan rakyat Malaysia.
Semua ni boleh dinikmati melalui platform online yang makin relevan dengan dunia digital masa kini.
Lokasi & Tarikh Booth #IdeaktivDiseeNI:
Ads
23 Mei – 1 Jun 2025
10 pagi – 10 malam
Booth 10-04, Tingkat 5 WTCKL
Salah satu highlight paling menarik kat booth Ideaktiv kali ni adalah pengunjung boleh ambil gambar ala cover majalah!
Sama ada nak posing sorang-sorang, dengan pasangan, satu famili atau geng besties pun boleh. Confirm gambar cun!
Selain tu, ada juga sesi Borak Popcorn, podcast popular Ideaktiv yang akan bersiaran secara langsung dari tapak acara.
Kalau selama ni tengok online je, kali ni boleh join live dan rasai sendiri suasana rakaman digital yang makin jadi trend sekarang.
Ads
Tunggu! Banyak lagi aktiviti dan kejutan best yang dah disusun untuk anda sepanjang PBAKL ni berlangsung!
JADUAL AKTIVITI MENARIK:
24 MEI 2025
11.00 AM – 1.00 PM: Who Wants To Be A Superwoman
3.00 PM – 5.00 PM: Remaja Casting
5.00 PM – 7.00 PM: Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
Ads
25 MEI 2025
12.00 PM – 1.00 PM: “Gigi Anak Rosak Sebelum Sekolah? Kesilapan Biasa Ibu Bapa Tanpa Sedar”
5.00 PM – 7.00 PM: Hobby Talk (Maskulin x Roda Panas)
31 MEI 2025
11.30 AM – 12.45 PM: Flora & Fauna Cupcakes Decoration
1.00 PM – 2.30 PM: Baik Pulih Perabot
1 JUN 2025
3.00 PM – 5.00 PM: Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
Jom ramai-ramai turun ke PBAKL tahun ni dan jangan lupa singgah booth #IdeaktivDiseeNI. Confirm happening dan penuh vibe nostalgia + digital yang power!
Memasuki hari keenam Ramadan, pasti pelbagai dimensi baharu berpuasa pada tahun ini dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilancatkan di seluruh negara. Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Ramadan, masih ada persoalan mengenal hukum meninggalkan puasa dengan sengaja diajukan di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Berikut jawapan yang telah diterangkan dengan terperinci.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Puasa di dalam bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Hal ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan.”
Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
Maka jelaslah puasa Ramadan ini adalah perkara utama di dalam Islam yang tidak boleh ditinggalkan sekiranya tidak ada sebarang keuzuran.
Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadhan. Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau:
Maksud: Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir. Lihat al-Zawajir (1/323).
Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dan mempunyai kesedaran untuk bertaubat kepada Allah SWT. Maka, para fuqaha’ membahaskan hal ini di dalam perbahasan bab mengqada’ puasa bagi mereka yang meninggalkan puasa secara sengaja.
Kesalahan berbuka dengan sengaja ini sangat berat sehinggakan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Abu Hanifah mewajibkan kafarah dan qada’ kepada orang yang makan dan minum secara sengaja pada bulan Ramadhan.
Mazhab Imam al-Syafie dan Mazhab Imam Ahmad pula berpandangan orang yang meninggalkan puasa dengan makan atau minum secara sengaja tidak dikenakan kafarah, kerana kafarah hanya khusus kepada orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadan sahaja. Namun kedua mereka seiring bahawa puasa tetap wajib diqada’kan. Lihat Mausuah al-Fiqhiyah (28/60).
Hal ini turut dinyatakan oleh para fuqaha’ kontemporari tentang apa yang perlu dilakukan bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, atau melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal selain daripada persetubuhan di siang hari. Antaranya disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:
من أفطر في رمضان بغير جماع، بأن أكل أو شرب، أو استعط ، أو باشر فيما دون الفرج فأنزل، أو استمني فأنزل، وكان يمكنه الصوم، وجب عليه قضاؤه قبل حلول شهر رمضان من العام الذي يليه،
Maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa ketika Ramadhan selain daripada jima’ dengan makan atau minum, atau memasukkan sesuatu (cecair atau ubat) ke dalam hidung, atau bersentuhan selain pada kemaluan kemudian terkeluar mani, atau melakukan onani, kemudian keluar mani. (Ketika melakukan semua perbuatan ini) dia berkemampuan untuk berpuasa, maka wajib qada’, sebelum masuk bulan Ramadhan tahun seterusnya. Lihat al-Mu’tamad (2/200).
Syeikh Ibn Baz pula dalam menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau daripada seseorang yang sengaja berbuka puasa ketika Ramadhan beberapa tahun sebelumnya, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makan atau minum atau apa-apa yang membatalkan selain jima’ adalah perkara mungkar yang diharamkan. Beliau menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja hendaklah bertaubat kepada Allah, dan menyesal di atas perbuatan tersebut. Seterusnya mengqada’kan hari-hari yang ditinggalkan dan inilah kewajipan untuknya kerana berbuka puasa tanpa sebarang keuzuran merupakan perkara mungkar yang diharamkan[1]
Melihatkan kepada nas dan hujah di atas, jelas bahawa orang yang sengaja berbuka puasa di dalam bulan Ramadan adalah berdosa besar kerana meninggalkan salah satu daripada rukun Islam.
Namun begitu, Allah SWT sangat mengasihani hamba-hambanya dengan memberi peluang untuk menebus kembali dosa tersebut. Maka kami katakan bahawa, orang yang meninggalkan puasa di dalam bulan Ramadhan dengan apa cara sekalipun selain daripada jima’ di siang hari hendaklah menggantikan puasa tersebut secepatnya sebelum datang Ramadhan pada tahun berikutnya.
Bagi mereka yang gagal menggantikan puasa sebelum datang Ramadan berikutnya, hendaklah membayar fidyah mengikut kadar yang telah ditentukan.
Semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq untuk mengamalkan segala titah perintah-Nya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai alternatif seperti promosi, kempen dan aktiviti dilaksanakan bagi menarik perhatian umum agar menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Antara kempen popular ialah kempen Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat).
Bagi meningkatkan pembayaran zakat menerusi Skim Thohir, PPZ-MAIWP berkolaborasi secara strategik bersama CIMB Islamic Bank Berhad yang meneruskan penajaan Kempen Skim Thohir 2.0 tahun 2017 buat kali kedua setelah edisi pertama berjaya diadakan pada April hingga Julai lalu.
18 Disember lalu, PPZ-MAIWP mengumumkan 10 pemenang Kempen Skim Thohir 2.0 dari 3,575 pembayar zakat yang membuat potongan gaji zakat melalui skim tersebut dalam tempoh 4 bulan iaitu bermula Ogos hingga November 2017.
CIMB Islamic Bank Berhad menaja hadiah bernilai RM49,000 bagi dua edisi kempen Skim Thohir ini sepanjang 2017 dengan tambahan RM7,000 lagi jika para pemenang memiliki akaun CIMB Bank selain penajaan Kempen CIMB Clicks sebanyak RM10,000 pada Ramadan lalu. Hadiah utama kempen Skim Thohir 2.0 bernilai RM24,500 tajaan CIMB Islamic Bank Berhad.
Pemenang utama, Rozalinda Katan yang bertugas di Amanah Mutual Berhad memenangi pakej umrah bagi 2 orang. Manakala pemenang kedua, Md Fadzli Md Saad dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membawa pulang baucer percutian bernilai RM5,000. Sementara pememang ketiga yang memenangi barangan elektrik bernilai RM3,000 dimiliki oleh Mohd Mustaqim Abdul Raji dari Gamuda Engineering Sdn Bhd.
Pemenang utama, Rozalinda Katan
Pemenang keempat hingga kesepuluh yang merupakan pemegang kad CIMB Bank memperoleh penambahan RM500 daripada pihak CIMB Islamic Bank Berhad. Kempen Skim Thohir 2.0 bukan saja berjaya mencapai objektif bahkan jumlah pembayar zakat meningkat seramai 7,035 dalam tempoh 8 bulan berbanding 2,356 bagi tempoh yang sama tahun lalu.
“Saya berbangga melihat peningkatan pembayar zakat melalui skim ini. Ia bukan saja memudahkan individu bahkan secara tidak langsung berperanan penting dalam memperkasakan amalan zakat di Wilayah Persekutuan dan memberi kelangsungan hidup buat golongan asnaf serta mereka yang memerlukan,” jelas Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad, Dato’ Mohamed Ross Mohd Din.
Semoga kempen seumpama ini akan terus meningkatkan jumlah pembayar zakat sekaligus dapat membantu golongan asnaf. Kempen ini juga membuktikan komitmen yang jitu dari pihak penaja terhadap sistem ekonomi Islam secara keseluruhan. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susulan kejayaan Nike mengeluarkan Nike Pro Hijab, Nike melangkah setapak lagi dalam memenuhi permintaan Muslimah dengan memperkenalkan koleksi renang pertama iaitu The Nike Victory Swim Collection khusus untuk wanita Muslimah yang ingin tampil menutup aurat dengan sempurna tatkala berenang.
Lebih istimewa, untuk kempen koleksi renang Nike ini, ia turut menampilkan empat model wanita Muslim dari serata dunia. Satu penghargaan buat wanita Muslim dari jenama antarabangsa yang telah lama bertapak dalam dunia sukan.
Salah seorang darinya termasuklah dari Malaysia iaitu Arinna Erin Wira. Arinna merupakan seorang graduan di Brunei University London dalam jurusan Masters of Science in Business Intelligence and Social Media.
foto : Ig Arinna Erin Wira
Selain itu, penyelam pertama Arab Saudi, Nouf Alosaimi turut terpilih menyertai kempen koleksi renang tersebut memandangkan tugas dan kerjaya sehariannya memerlukan dia sentiasa mengenakan pakaian renang. Nouf Alosaimi berkata sebahagian besar wanita enggan berenang atau menyelam kerana mereka sukar mendapatkan pakaian renang yang mesra Muslimah dan mengekalkan ciri-ciri kesopanan. “Saya percaya pakaian ini akan menjadi pilihan kebanyakan wanita yang ingin melakukan sukan air tanpa syarat kerana ia mematuhi tujuan kesopanan dengan longgar,” kata Nouf Alosaimi.
Foto: ig Nouf Alosaimi
Manakala seorang lagi atlet sukan luncur ais, Emirati Zahra Lari juga terpilih menjayakan kempen kali ini. Emirati Zahra Lari merupakan gadis berhijab pertama yang bersaing dalam acara luncur ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang lalu. Zahra menjadi buah mulut dunia sukan di Negara Teluk selepas bertekad menjadi atlet pertama mengambil bahagian dalam sukan luncur ais mengenakan pakaian hijab yang menepati tuntutan negara Islam.
Penulis sendiri diberi kesempatan untuk mencuba sendiri pakaian renang mesra muslimah Nike Victory Swim ini dan amat tertarik dengan ciri-ciri yang ditampilkan melalui koleksi yang boleh didapati pada harga RM2500 untuk set penuh, manakala setiap satu dijual pada harga berasingan iaitu RM330 untuk Tunic, RM165 untuk hijab dan RM280 untuk legging. Jika dilihat dari segi inovasi, sebenarnya ia bukan sahaja sesuai untuk aktiviti di dalam air, malah kaum wanita boleh menggunakan ia untuk aktiviti sukan lain seperti yoga, zumba dan berjogging dengan koleksi Nike Victory Swimsuit yang mudah digayakan mengikut aktiviti sukan yang menjadi pilihan wanita moden masa kini.
Selain itu, penulis tertarik dengan penampilan fabrik yang digunakan kerana ia bersifat ringan, mampu ‘bernafas’ dan cepat kering. Antara aspek penting yang menjadi tarikan utama selepas puas melakukan aktiviti air. Memiliki kadar UPF40+ sekaligus melindungi pemakainya daripada sinaran matahari. Satu inovasi yang sangat menarik!
Jika dilihat, koleksi ini sememangnya patuh Syariah kerana ia menampilkan ciri-ciri sut renang penuh atau Nike Victory Full-Coverage Swimsuit serta pilihan berasingan seperti Nike Victory Swim Hijab, Nike Victory Swim Tunic Top dan Nike Victory Swim Leggings yang direka khusus untuk aktiviti berakitan sukan air. Lebih istimewa, ia membawakan inovasi dua dalam satu di mana para atlet boleh meningkatkan prestasi dalam masa yang sama mengenakan pakaian yang sopan dan selasa ketika berada di dalam air!
Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Victory Swim Tunic Top turut menampilkan bra sukan dalaman dengan sports bra yang mempunyai liang-liang kecil untuk tahap keselesaan yang maksima. Manakala Nike Leggings Swim Leggings pula menampilkan gaya yang sederhana tetapi selesa untuk pergerakan dan yang pasti ia tidak melekap di kulit ketika basah.
Dalam menghasilkan pakaian renang Muslimah yang patuh Syariah, The Swim Hijab ini turut mempunyai mesh pocket bersepadu yang dapat mengekalkan kedudukan rambut ketika berada di dalam air sekaligus menolak rasa kegusaran si pemakai tentang masalah rambut akan terkeluar dari tudung ketika sedang berenang. The Nike Victory Swim sudah berada di pasaran dan bagi penggemar sukan air di kalangan Muslimah, mungkin selepas tamat Tempoh Pergerakan Terhad ini boleh mendapatkannya di rangkaian Nike.com di seluruh negara!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.