Nyanyi Semula Lagu ‘Dendang Hari Raya’, Impian Afiqah Jalil Berduet Dengan Ayahnya Jalil Hamid Tercapai!

MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.  

Siapa sangka, usaha Afiqah menyanyikan semula lagu ‘Dendang Hari Raya’ karya kreatif ayah kesayangan menjadi siulan dan viral di media sosial. Lagu berkenaan dihasilkan pada tahun 1995 oleh komposer Dr Azmeer Abu Bakar dan lirik ditulis oleh Jalil Hamid.

Kini selepas 31 tahun, lagu dendangan bapa kepada enam anak tersebut dinyanyikan semula bersama anak perempuan tersayang.  

Artikel https://www.nona.my/cantik-isteri-dato-imuda-16-tahun-layari-perkahwinan-datin-zabarina-bahagia-bergelar-ibu-2-anak/

Afiqah Jalil Beri Nafas Baru Lagu Raya Ayah Tersayang

Kata Afiqah, “I’ve always wanted to remake this song for Ayah, so more people can hear the beautiful Raya song he wrote. And this Raya, I’m finally doing it. Stay tuned.  

2026 – Recorded, mixed and mastered by thank you Suffren Ghafar, Agal Musik, Hanis Azman, Kamar Seni. Couldn’t have made it without their awesome work.” 

Memandangkan naskhah istimewa berkenaan kian meniti di bibir pendengar menjelang Hari Raya, Afiqah Jalil dan Jalil Hamid diundang bercerita lebih lanjut mengenai kolaborasi anak dan ayah berkenaan di konti radio Era baru-baru ini.

Anak Perempuan Jalil Hamid, Afiqah Jalil

Ketika ditanya mengapa Afiqah mahu menyanyikan semula lagu tersebut, anak kelima daripada enam beradik berkenaan lantas berkata, “Saya kagum dengan lirik lagu Dendang Hari Raya. Saya sendiri book studio semua dan lepas tu terus call

ayah. Bagitahu ayah esok jom kita nyanyi.  

Lama sangat nak buat, saya memang dah lama bercita-cita untuk nyanyi Dendang Hari Raya ni semula. Dalam studio tu pun ayah cakap Iqa jelah nyanyi, ayah tak naklah.  

Lepas tu saya cakap, ‘Ayah ni untuk anak-anak saya dengar, cucu-cucu ayah dengar.’ Barulah dia macam nak.” 

Jalil Hamid yang kini meniti usia 69 tahun dan pernah popular menerusi lagu Ayam sekitar tahun 1993 kelihatan sihat dan ceria sepanjang bersama anak tersayang ketika ditemu bual penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Bella Astillah.

Muzik video Dendang Hari Raya nyayian Afiqah Jalil dan Jalil Hamid ini disiarkan pada 19 Mac 2026.  

Share
Published by
Suzi