Nyanyikan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2025 “Lagu-Lagu Seumpama Ini Sangat Dekat Dengan Jiwa & Portfolio Karier Saya” DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Pemilihan penyanyi nombor satu negara yang juga Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyampai lagu tema Hari Kebangsaan 2025 berjudul ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’ sangat tepat.

Kredit Foto IG ctdk

30 tahun dalam industri muzik dengan pelbagai kejayaan dan sumbangan sudah cukup membuktikan kehebatan dan aura dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang berusia 46 tahun ini.

Lagu Yang Sangat Dekat Dengan Jiwa

Di Instagram peribadinya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkongsi momen-momennya ketika sesi penggambaran video muzik sempena Hari Kebangsaan 2025.

“Pada usia 46 tahun saya dan 30 tahun berada dalam industri muzik, saya tak pernah menjangka akan menerima tawaran menyanyikan lagu hari kebangsaan 2025.

“Sewaktu tawaran ini disampaikan, saya dengan rendah hati menerima kerana lagu-lagu seumpama ini sangat dekat dengan jiwa dan portfolio karier saya.”

BACA JUGA: “Terpaling Mega!” Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Foto Persalinan Konsert Violet Skies Buat Ramai Terpegun

Beliau turut menitipkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi atas peluang yang diberikan, serta pencipta lagu Affan Mazlan yang juga bukan calang-calang orangnya.

“Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi @komunikasi_gov yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan juga kepada pencipta lagu Affan Mazlan @affan.mazlan kerana telah ‘membawa’ kembali nostalgia lagu-lagu sebegini pada era kini.”

Syukur

Dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza meluahkan kesyukuran dan menyeru agar kita sama-sama menjaga keharmonian negara tercinta.

“Saya bersyukur menjadi anak Malaysia, melihat seluruh bangsa bersatu adalah sesuatu yang melambangkan inilah keunikan, keistimewaan negara ini dan kita peliharalah keharmonian ini sampai bila-bila.”

Share
Published by
Amy Mohd