Tahniah Anzalna Nasir dan suami Hanif Zaki yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Alhamdulillah, difahamkan ibu dan anak berada dalam keadaan baik!
Teruja dengan kehadiran bayi comel penyeri rumah tangga, sebuah foto memaparkan Anzalna dan suami serta cahaya mata baharu mereka turut dimuat naik di laman Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir tidak menyangka akan bersalin pada 20 Mei lepas bersamaan 19 Syawal 1443 Hijrah.
“Alhamdulillah syukur, barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up. However, Allah works in a mysterious way. Eidrees pun super excited nak jumpa adik dia! Everyday cakap tak sabar nak jumpa adik!”
3 April lepas, Anzalna mengumumkan keadaan dirinya yang sedang hamil anak kedua. Waktu itu usia kandungan aktres jelita ini sudah pun mencecah lapan bulan dan dia dijangka bersalin pada Syawal, sama seperti kelahiran anak sulungnya.
Mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami tercinta yang merupakan ahli perniagaan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam situasi negara berhadapan wabak COVID-19 yang kini memasuki hari ke 22 Perintah Kawalan Pergerakan, petugas di barisan hadapan masih lagi bertungkus lumus memastikan wabak ini tidak terus merebak dan mengancam lebih banyak nyawa. Sekaligus, keperluan terhadap pakaian PPE juga adalah satu keperluan yang mendesak di kalangan petugas di barisan hadapan.
Menyedari keperluan membantu rakan setugas, beberapa doktor pakar dan kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (FPSK USIM) mengambil inisiatif menjahit PPE untuk dibekalkan kepada beberapa hospital yang telah dikenalpasti keperluan yang mendesak. Projek ini dibawah naungan Dekan Fakulti, Profesor Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris.
Menurut Ketua Projek, Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar, sasaran permulaan adalah sebanyak 200 helai PPE (iaitu gaun, tudung dan boots) untuk minggu pertama projek dijalankan.
“Kekangan ini disebabkan bahan mentah agak limited (kain non-woven, getah) dan kekangan masa memandangkan ahli pasukan merupakan pensyarah dan juga doktor pakar yang masih menjalankan kerja-kerja di klinik atau di hospital.
“Tambahan pula dikala perintah kawalan pergerakan ini membataskan perjalanan kami untuk mengedarkan kain untuk dijahit oleh orang lain. Sasaran kami untuk menyediakan 1000 helai untuk diagihkan bersama kepada :
1.Klinik Pakar Kesihatan USIM termasuk Pusat Hemodialysis USIM, Nilai
2.Hospital Ampang
3.Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
4.Hospital Port Dickson dan juga beberapa klinik kesihatan dan pusat kesihatan daerah.
Menggelarkan Projek Cik Kiah PPE FPSK USIM, projek ini tercetus apabila sekumpulan kakitangan kesihatan amat terkesan dengan permasalahan kekurangan PPE di hospital dan di klinik-klinik memandangkan keperluan ini amat penting sebagai salah satu protection utk keselamatan kakitangan kesihatan.
“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menubuhkan unit menjahit ini memandangkan rasa tanggungjawab kami terhadap rakan-rakan kakitangan kesihatan yang memerlukan bantuan dari pelbagai segi. Dalam masa beberapa minit, pesanan ringkas kepada semua sahabat terdekat di FPSK dihantar dan mendapat balasan yang amat positif dan terus gerak kerja kami bermula dengan WA, alam maya terlebih dahulu.
Selain itu, mendengar keluhan rakan-rakan setugas yang tidak mempunyai bekalan PPE yang mencukupi, kami terus menghubungi pihak Hospital Ampang iaitu Hospital Pengajar USIM dan sangat berbesar hati dapat terus memulakan projek kami apabila pihak Hospital mempunyai bahan awal tetapi tidak mempunyai tenaga pekerja mencukupi untuk menjahit peralatan PPE. Ini terus membakar semangat kami untuk terus menggerakkan projek kami dalam masa 24 jam idea projek tercetus”, ujar Profesor Madya Azlina lagi.
Buat permulaan, sasaran permulaan sebanyak 200 helai PPE terdiri daripada gaun, tudung dan boots untuk minggu pertama projek dijalankan. Memandangkan terdapat kekangan bahan mentah dan masa agak suntuk (kebanyakan sukarelawan merupakan pensyarah dan doktor pakar yang masih menjalankan kerja kerja hakiki di klinik atau di hospital).
Pasukan doktor pakar ini juga sempat menitipkan nasihat untuk rakyat Malaysia agar kekal di rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
“Stay at home, let us stay at work. Sebagai petugas kesihatan, kami amat terkesan apabila rakan-rakan setugas khususnya yang terlibat secara langsung dalam perawatan masalah Covid-19 menanggung risiko yang tinggi apabila bertugas lebih-lebih lagi apabila stok PPE di hospital dan di klinik tidak mencukupi.
Kami amat berbesar hati dapat membantu rakan-rakan setugas di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya hospital Pengajar USIM yang selama ini banyak memberi bantuan kepada USIM dalam pengajaran pelajar perubatan USIM dan juga latihan doktor pakar USIM.
Kami turut melancarkan tabung bantuan barisan hadapan COVID-19 dan sehingga kini sambutan daripada rakan-rakan dan juga orang ramai sangat memberangsangkan dalam menyalurkan wang ringgit, bahan untuk PPE, sumbangan idea, masa dan juga tenaga”.
Sehingga kini, sebanyak 299 PPE telah diserahkan kepada pihak Hospital Ampang.
Terima kasih semua dan teruskan menyumbang untuk kebaikan semua. Semoga kita semua beroleh manfaat dan usaha kita diberkati Allah swt. Bersama kita hapuskan Covid-19 InsyaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu berita yang tidak disangkakan! Pelakon Datin Seri Zizie Izzete mendedahkan beliau kini hamil tiga bulan selepas tidak sampai sembilan bulan melahirkan sepasang bayi kembar lelaki.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Seri Bung Mokhtar itu berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
Melahirkan anak kembarnya secara pembedahan sebelum ini, masih tersimpan lagi rasa gementar dengan kehamilannya kali ini.
“I have always wanted another baby, but i didn’t expect to be expecting again too soon.
Risau, takut semua memang ada. Iyalah, perut nak kena potong lagi”, tulisnya.
Tak sabarnya nak tunggu new baby daripada Datin Seri Zizie. Walaupun mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil, tapi beliau tidak menyerahkan 100% urusan kepada pembantu malah menjadikan tugas sebagai ibu kepada empat orang anak sebagai satu kenangan yang terindah.
Datin Seri Zizie Izzete melahirkan sepasang anak lelaki kembar pada 29 Disember tahun lalu yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2009 ini turut mempunyai dua orang anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri Azrai yang selamat timang cahaya mata perempuan pada 25 Jun lepas. Berkongsi berita gembira tersebut di media sosial, Fizo memberitahu isteri dan bayi mereka berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah!
Fazeera atau mesra disapa Faz selamat melahirkan bayi perempuan sulung pada 25 Jun 2022 pada jam 12.39 malam. Difahamkan bayi comel tersebut dilahirkan secara normal dengan berat 2.73 kilogram di Pusat Perubatan Wanita dan Kanak-Kanak Andorra.
Kini memegang status ibu, Faz menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur atas kurniaan anugerah terindah berkenaan sambil memuat naik gambar anakanda tersayang.
“My endless love, my heaven. Alhamdulillah for this beautiful angel Allah has sent us. 25/6/22. Thanks to Andorra Hospital making us feel special along our journey until the delivery. I’d like to thank everyone for all the wishes and prayers.
I’m sorry that I could not attend to everyone’s message at this time. I highly appreciate that! Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah.”
Begitu juga Fizo yang teruja dengan kelahiran tersebut. Ini merupakan cahaya mata kedua Fizo Omar.
“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date).The mother is safe and the baby is cute.
Gratitude to Andorra Hospital for the great hospitality and the warm welcome. We are so delighted with the friendliness of the staffs, the team in the labour room who were very attentive and helpful to meet our needs especially to the mother and the baby.
Special thanks to Dr Khamsiah Muda for always being with us during our pregnancy journey and smoothen the delivery process. Thank youdi atas doa dari semua.Ok lah daddy dah nak on duty dah ni.”
Faz yang merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak ialah bekas pramugari Air Asia dan Qatar Airways. Dia kini menyambung pengajian peringkat Ijazah dalam bidang pendidikan di UNITAR. Faz sah bergelar isteri kepada Fizo Omar pada 21 Oktober 2021.
Hasil perkahwinan terdahulu Fizo, aktor ini mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun iaitu Wan Maryam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpikat dengan aura dan pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. 9 April nanti, personaliti diraja Brunei ini bakal menginjak usia 39 tahun. Meskipun menghampiri umur 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.