Penampilan NORA DANISH Di Awal Ramadan Raih Pujian Ramai Doa Moga Terbuka Hati Untuk Berhijab

Siapa yang tidak mengenali personaliti dan pelakon popular, Nora Danish yang sememangnya dikenali antara selebriti yang cukup menjaga penampilan dan kecantikan. Dan kedatangan bulan Ramadan semestinya diraikan penuh gembira buat umat Islam termasuklah Nora sendiri.

Manakan tidak, penampilan Nora Danish di awal ramadan kali ini mendapat perhatian netizen apabila tampil anggun dan jelita mengenakan tudung menerusi foto yang dikongsinya di Instagram sebentar tadi.

Mengenakan persalinan putih bersama suami dan anak di dalam kereta menyaksikan penampilan Nora yang cukup sejuk mata memandang dipercayai sedang menuju ke sebuah majlis pernikahan. Turut kelihatan suami, Nedim Nazri yang juga memakai serba putih dan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim kelihatan segak mengenakan persalinan Arab.

Selain itu, Nora yang berumur 41 tahun juga turut mendedahkan turut mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran seperti mana dikongsinya menerusi Insta Story.

Menerusi hantaran  IG story dimuat naik, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkongsi kepada orang ramai mengenai ‘senarai semak’ buat umat Islam beribadah dalam bulan Ramadhan, penuh kemuliaan.

Turut dikongsikan dimana Nora bergambar bersama dengan anaknya ketika mengikut Nora menunaikan solat terawikh.

Antaranya adalah solat Tahajjud, membaca Al-Quran sekurang-kurangnya empat muka surat (setiap hari), solat sunat dan Tarawih seperti mana dinyatakan dalam tangkapan layar berikut.

Perkongsian Nora itu mendapat pujian ramai di mana rata-rata warganet memuji kecantikan Nora memakai tudung berwarna putih itu, dan ada yang mendoakan Nora terus istiqamah.

NONA mendoakan semoga terbuka hati Nora Danish untuk berhijab suatu hari nanti.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share