Petang bersejarah di The St. Regis Kuala Lumpur, suasana mewah di Astor Ballroom berkerlipan dengan keindahan Swarovski. Dengan dada berdebar-debar, tetamu yang hadir ‘dikejutkan’ dengan pengumuman paling dinanti-nanti – Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilantik sebagai wajah baharu Swarovski.
Membuka tirai majlis, penampilan Miss World Malaysia iaitu Yvonne Lee sebagai pengacara menyemarakkan suasana.
Beliau menjemput Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Swarovski Asia Tenggara dan India, Tracy Ng ke pentas sekaligus mewakili pengurusan untuk menyampaikan ucapan.
Tidak ketinggalan, layar skrin utama turut menyiarkan rakaman video eksklusif bersama Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan India, Lars Schmidt.
Zoe Teo, Siti Nurhaliza, Tracy Ng
Lars Schmidt
“Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan seorang ibu dan isteri, usahawan berjaya, dermawan, ikon fesyen dan role model yang baik di mata masyarakat.
Dengan pesona dan keanggunan yang dimilikinya, kami cukup berbangga mengumumkan nama beliau sebagai wajah kempen Hari Raya kali ini.” Lars Schmidt
Ads
Serentak dengan ucapan tersebut, berkumandang alunan suara penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Inggeris – Can’t Take My Eyes Off You.
Menawan dalam dress labuh rona merah garang, wanita hebat itu dihiasi perhiasan kemas Swarovski yang cukup memukau mata. Oh, cantik sangat!
Sambil memperagakan koleksi terbaharu Swarovski, beliau terus menghiburkan tetamu yang menjamu selera dengan lagu evergreen, Aku Cinta Padamu.
Ads
Ads
“Saya dah lama minat dan kumpul koleksi Swarovski. Ada juga barang kemas yang dibeli untuk dihadiahkan pada ahli keluarga. Rasa lebih seronok berhias bila pakai aksesori jenama ini.”
Siti Nurhaliza turut berkongsi tentang makna Hari Raya yang sebenar dari sudut hatinya. Paling tersentuh bila wanita ini tiba-tiba mengalirkan air mata.
Rupanya beliau terkenang kesusahan peminat sewaktu sambutan Hari Raya pada waktu pandemik. Tak sangka bantuan kecil membuat review produk mampu membantu menjana rezeki buat golongan yang terkesan masa tu.
Kesempatan bertentang mata dengan Siti Nurhaliza, sempat juga penulis tanyakan koleksi mana yang menjadi pilihan hatinya.
Jom tengok koleksi favourite beliau ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya semua ini adalah ketentuan-Nya. Dan kita semua amat berdukacita atas apa yang berlaku. Namun sebagai orang beriman kita harus sabar dan berikhtiar mencegah penyakit untuk kebaikan semua.
Cubalah untuk patuh dengan segala nasihat dan arahan yang telah dilaksanakan. Kasihan insan lain yang berkorban demi kita. Terpaksa bekerja dan tinggalkan keluarga demi amanah merawat pesakit di hospital.
Mereka ada tanggungjawab yang besar, ia bukan soal gaji atau imbuhan. Tapi ia soal sumpah ahli badan perubatan yang mereka pernah ikrarkan.
Mereka patuh untuk menjaga kesihatan kita semua. Bantu mereka dengan:
Kekal duduk di rumah dengan baik.
Jangan ada impian pulang ke kampung halaman. JANGAN BAWA RISIKO BUAT IBU BAPA YANG TINGGAL DI KAMPUNG.
Jangan sebarkan berita yang tak pasti.
Jangan sesekali mengkritik kerja sesiapa pun, ini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan orang.
Jadi positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar-benar bahaya.
Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat di media sosial.
Keluar dan tinggalkan WhatsApp Group yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Left and delete group.
Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik mengeratkan silaturrahim. Tapi jangan cuba-cuba untuk ke surau atau masjid yang dah dimaklumkan tutup buat sementara waktu.
Bacalah Quran atau buku, satu surah atau satu bab sehari, cabar 14 hari berapa surah dan berapa buku boleh dibaca.
Boleh mantapkan ilmu dengan ikuti kuliah online siaran tertunda Surau Nurul Iman.
Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini.
Ya Allah, peliharalah kami semua dan semua yang bertungkus lumus membantu agar ummat Nabi Muhammad ini masih kekal bernyawa.
Jaga diri dan ahli keluarga baik-baik. Kiffy Razak #staysafe #stayhome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan kanak-kanak mudah diserang batuk dan selesema. Sebagai ibu sebolehnya tak mahu terlalu kerap memberikan ubat yang kita tahu kesan sampingannya dalam jangkamasa panjang di samping kandungan dadah di dalamnya. Batuk berkahak berpunca daripada beberapa jenis penyakit termasuklah jangkitan atau alahan habuk, asap, wangian dan bulu haiwan.
Cuaca yang terlalu sejuk atau panas turut menjadi punca. Badan akan lebih mudah dijangkiti virus, bukan hanya pada kanak-kanak bahkan juga dewasa. Kebiasaannya, 3 hari pertama keadaan batuk berkahak terjadi sangat kerap. Namun akan mulai reda dalam beberapa hari seterusnya.
Apa yang penting sebagai ibu kita berikhtiar dan berdoa semoga anak cepat sembuh. Jika keadaan masih tiada perubahan malah semakin teruk segeralah ke hospital. Berikut 5 cara yang boleh para ibu amalkan.
MADU ASLI
Kajian mendapati meminum madu bagi menghilangkan batuk berkahak pada anak lebih efektif berbanding penggunaan ubat. Madu mengandungi antioksidan yang mampu memerangi radang dalam badan. Berikan anak setengah sudu teh madu asli sebanyak 4-5 kali setiap hari. Namun, anak di bawah usia dua tahun tak dibenarkan meminum madu kerana boleh menjejaskan kesihatannya.
AIR SUAM
Membantu mencairkan kahak seterusnya menyembuhkan jangkitan. Air suam juga membantu meredakan tekak yang gatal-gatal dan rasa tak selesa disebabkan oleh sinus yang mengering. Ajar anak untuk minum 6-8 gelas air suam setiap hari terutama sepanjang dirinya tidak sihat.
JUS LEMON
Kajian mendapati jus lemon atau air perahan lemon membantu mengatasi batuk berkahak pada anak di samping menyembuhkan jangkitan di saluran pernafasan. Berikan satu sudu teh jus lemon setiap tiga jam. Berikan anak segelas air putih selepas meminum jus lemon kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
MANDIAN LEMON
Letak hirisan lemon ke dalam air mandian. Bau lemon dipercayai membantu mengeringkan hingus. Aromanya juga cukup menenangkan.
KUNYIT
Terkenal dengan antibiotik semula jadi sama seperti bawang putih. Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat kemudian sapu pada dahi dan batang hidung anak. Buat dengan yakin, dengan izin-Nya selesema akan sembuh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih tiga tahun menduda, bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis dari Indonesia pertengahan September ini.
Bukan calang-calang ya penakluk hati Engku Emran kerana insan yang dimaksudkan tersebut adalah selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Dilahirkan pada 24 Februari 1988 di Bandung, Indonesia, Bella cukup dikenali di negara jiran kerana bakatnya dalam bidang seni nyanyian dan lakonan. Dia yang berketurunan Sunda, Jawa dan Minangkabau mula berkecimpung dalam industri seni sejak 2001 dan telah membintangi filem-filem hebat seperti Di Bawah Lindungan Ka’abah, Lantera Merah, Belenggu serta termasuklah, Surga Yang Tak Dirindukan.
Tahun 2015 menjadi detik istimewa buat Bella kerana bukan hanya mendapat hidayah untuk mengenakan hijab malah turut mencipta kemuncak kerjaya apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem di Festival Film Bandung (FFB) 2015 menerusi filem Surga Yang Tak Dirindukan.
Selain itu, wajahnya juga kian menjadi rebutan untuk pelbagai iklan komersial di negara seberang.
Dia seterusnya mengekalkan momentum populariti hingga berjaya dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik di Indonesia Box Office Movie Awards 2016, Selebriti Wanita Instagram di Indonesian Social Media Awards 2016, Selebriti Hijab Paling Cantik di Seleb On News Awards 2017 dan Aktres Pilihan di Indonesian Movie Actor Awards 2017.
Sebelum kisah cintanya bersama Engku Emran bertebaran di laman sosial, jelitawan yang mempunyai lebih 17 juta pengikut di Instagram ini juga pernah mengalami episod duka apabila berita pernikahannya dengan seorang jejaka Indonesia terputus sebelum masanya.
Enggan meratapi kisah silam dan khuatir popularitinya akan merosot setelah berhijab, penampilan sopan dan matang Bella hari ini bukan sekadar menarik perhatian peminat Indonesia dan Malaysia semata-mata.
Paling penting, Bella berjaya menambat hati Engku Emran untuk menyunting wanita berusia 29 tahun itu sebagai suri hati. Tahniah diucapkan kepada Bella dan Engku Emran. Moga ikatan yang bakal dibina berkekalan hingga ke syurga. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan menginspirasikan! Rohana Abdullah berjaya menamatkan Diploma Sains Komputer di UTeM melalui Biasiswa Anak Emas UTeM — program bantuan pendidikan yang membuktikan keprihatinan universiti terhadap pelajar cemerlang daripada golongan kurang berkemampuan.