Siapa yang tidak terpikat dengan keanggunan dan wajah cantik Krisdayanti. Memiliki raut wajah sempurna, Krisdayanti mempunyai nama besar dalam industri seni Indonesia dan terkenal di Malaysia. Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
Walau sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal. Apatah lagi, dia mula bergelar anak seni sejak 30 tahun yang lalu. Bukan tempoh singkat tu!
Meniti usia 47 tahun, aura dan pesona isteri usahawan Raul Lemos ini tetap menyerlah. Apa sahaja perkembangan terkini Krisdayanti pasti ditunggu-tunggu peminat.
Bahagia menjalani hidup berumah tangga di samping suami tercinta dan anak-anak yang kian meningkat dewasa di samping kerjaya yang sentiasa berada di puncak, membuatkan ‘kegembiraan’ itu terserlah menerusi wajah Krisdayanti.
Ads
Tidak dinafikan dalam usia lewat 40an dia kekal anggun, langsing dan sihat seperti anak dara. Semuanya bersandarkan gaya hidup sihat yang menjadi amalan Krisdayanti. Rajin bersenam meskipun hanya di rumah, pelantun lagu Makin Aku Cinta tersebut turut dilaporkan aktif belajar seni mempertahankan diri, Wushu.
Macam tak percaya tengok gerak-geri pantas dan tepat jelitawan ini dalam menyempurnakan seni Wushu.
Ads
Kredit Instagram @krisdayantilemosKredit Instagram @krisdayantilemosKredit Instagram @krisdayantilemosKredit Instagram @krisdayantilemos
Pada April 2021, Krisdayanti terima pengiktirafan HighEnd Magazine Indonesia memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021. Bukan calang-calang wanita menerima pengiktirafan sedemikian.
Antara yang tersenarai ialah pelakon Amanda Manopo, Miss Indonesia 2020/2021 Pricilia Carla, Pegawai Perubatan Jakarta’s Covid-19 Red Zone, Dr Debryna Dewi dan penyanyi muda Indonesia, Lyodra Ginting.
Ads
Terharu atas pengiktirafan berkenaan, Krisdayanti menzahirkan rasa syukur. “Terima kasih atas penghargaan ini Ya Allah. Diberikan keindahan pagi hari di bulan Ramadan. Alhamdulillah. Indonesia Beautiful Woman Award adalah semangat merangkul semua wanita untuk mahu terus menyertai pembangunan segala bidang.
Indonesia Beautiful Woman Award 2021 bukan sekadar tentang perempuan cantik. Namun wanita yang mahu memiliki kesedaran untuk melakukan transformasi kesetaraan darjat antara wanita dan lelaki seluas-luasnya dalam meningkatkan ilmu dan dapat bermanfaat bersama-sama.”
Krisdayanti mula melibatkan diri dalam pentas politik Indonesia secara serius pada tahun 2019. Mewakili parti DPR RQ dari PDIP, pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan Krisdayanti termasuklah pembinaan Workshop Balai Latihan Kerja (BLK) Kejuruan Informatika yang menjadi tempat untuk memperkasakan wanita dalam perusahaan di Kabupaten Malang, Indonesia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menginjak ke usia 53 tahun April ini, dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan iaitu Datin Sri Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri.
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“penjagaan asas kulit amat penting. setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya. ini kerana, Kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
“Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda. Bila jiwa bahagia dan tenang secara tak langsung ianya akan terserlah pada seri wajah.
Tahun ini masuk tahun ke-8 usia perkahwinan Datin Sri Noniswara dan suami. Menurut Datin Sri Noniswara, selain gemar bergurau Dato’Sri juga seorang yang manja serta happy all the time.
“Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai terkejut dengan pengumuman perkahwinan pelakon dan penyanyi popular, Jennifer Lopez yang melangsungkan perkahwinan rahsianya bersama tunang, pelakon Ben Affleck di Las Vegas baru-baru ini. Tiada angin tiada ribut, mereka berdua dah pun selamat disatukan.
Jennifer juga turut berkongsi beberapa foto serta video persiapannya menjelang beberapa jam sebelum diumumkan sebagai Jennifer Affleck, isteri kepada Ben Affleck di laman sesawang rasmi On The JLo.
Selain dari persiapan yang boleh dikira cukup sederhana dalam majlis resepsi yang tertutup, pelantun lagu On The Floor itu turut mendedahkan butiran eksklusif tentang gaun perkahwinan yang disarungnya.
Sewaktu perkahwinan, Jennifer memaklumkan bahawa dirinya menyarung bukan satu, tetapi dua persalinan, termasuk sehelai gaun perkahwinan daripada filem lakonannya yang telah lama disimpan sejak sekian lama untuk hari istimewanya.
Kelihatan Lopez nampak anggun mengenakan gaun bertekstur tanpa lengan yang dinyatakan “from an old movie”, khabarnya dari filem Gigli yang dilakonkannya bersama dengan Ben Affleck. Jennifer nampaknya masih mengekalkan tradisi pengantin yang membawa “something new and something old” untuk perkahwinannya.
Dengan rambut bouncy waves, dan smoky makeup look ternyata Jennifer memamg anggun, menawan dan melaram sakan pada hari bahagianya.
Dan perihal gaun keduanya pula, Jennifer mengenakan gaun hasil rekaan pereka terkenal Zuhair Murad yang berasal dari Lebanon. Jennifer Lopez memilih gaun yang sama elegannya iaitu off-the-shoulder corseted dress dengan lengan renda yang halus dan sweetheart-neckline, termasuk kosert dan veil sepadan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fuh! Kalau dapat minum air sejuk terutamanya berais ketika musim panas dan ketika panas terik memang boleh melegakan tekak dan mengembalikan kesegaran.
Ternyata, ais bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga mampu untuk merawat kulit wajah. Sebenarnya, ais batu mempunyai banyak manfaat lain untuk kulit wajah anda. Jom, cuba ‘usha’ ni.
KURANGKAN MATA BENGKAK
Tidak mendapat rehat yang secukupnya atau menghabiskan waktu lebih 10 jam menghadap komputer dan televisyen akan menyebabkan mata keletihan dan membengkak. Untuk itu, letak ais di lingkaran bawah mata bagi mengurangkan bengkak bawah mata dan membuat mata lebih rileks.
KEMERAHAN KULIT
Ais juga mampu membantu untuk mengurangkan kemerahan kulit yang terjadi akibat alergi salah penggunaan alat make up. Selain itu,ais juga boleh surutkan kemerahan akibat gigitan serangga atau terkena benda panas.
PEMBERSIH WAJAH
Jika pencuci muka anda habis dan belum sempat lagi untuk membeli yang baru, jangan risau. Gunakan saja ais sebagai jalan penyelesaian dengan menggosok ais batu secada perlahan pada wajah.
MAKE UP PRIMER
Ais juga boleh bertindak sebagai make up primer dengan menggunakan ais sebagai langkah pertama. Selain itu, ais juga boleh membuat make up anda tahan lama.
MENUTUP PORI-PORI
Selepas mencuci muka, sapu ais dengan perlahan pada wajah anda untuk membantu mengecilkan pori-pori. Pori-pori yang terbuka akan menyebabkan kulit bermasalah seperti berminyak dan berjerawat.
Jadi, ini dia manfaat ais yang boleh membantu merawat kulit wajah anda tanpa sebarang bajet yang besar. Buat di rumah saja pun boleh. Tak ada hal. Semoga ia membantu dan berhasil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.