Suatu ketika dulunya, wajahnya pernah tular dek seakan-akan mirip pelakon jelita, Mira Filzah. Dan kini dialah Dewi Remaja 2022. Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022. Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Ads
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy.
Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan.
Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain.
Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.
Tahniah dan selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Tracie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awal pagi semalam, kita dikejutkan dengan insiden penahanan peserta misi kemanusiaan dalam konvoi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk dari Malaysia oleh rejim zionis ketika dalam pelayaran menuju Gaza.
Kesan daripada insiden itu, ia telah membuka mata ramai pihak tentang perjuangan misi flotilla yang bukan sekadar pelayaran membawa bantuan tetapi satu bentuk penentangan aman terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di Gaza.
Misi itu turut menjadi lambang solidariti global. Tidak kira agama, bangsa, negara mahupun fahaman politik semuanya bersatu demi Palestin.
Insiden penahanan peserta misi GSF secara tidak sah pada 2 Oktober lalu oleh tentera zionis mencetuskan gelombang protes dan kemarahan publik kerana dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.
Masyarakat dunia berhimpun di jalan sebagai tanda protes dan solidariti. Mereka menganggap insiden itu sebagai simbol perjuangan global demi keadilan kemanusiaan.
“Turut bersama dalam berhimpun dan bersolidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat petang tadi.
“Himpunan ini disertakan dengan penyerahan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat termasuk menuntut pembebasan tanpa syarat kesemua sukarelawan Global Sumud Flotilla yang diberkas oleh tentera Laknatullah Isr43l awal pagi tadi.”
Beliau menyuarakan kekecewaan terhadap kuasa-kuasa besar dunia yang seolah-olah sengaja menutup mata melihat apa yang berlaku di Palestin.
“Ini bukan soal peperangan, ini soal kekejaman serta genosid ke atas Palestin yang berlangsung dan kuasa besar dunia seakan membutakan mata melihat keganasan ini berlaku.”
YB Young Syefura turut menyeru orang ramai agar sama-sama berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di bumi Palestin.
“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan buat semua sukarelawan Global Sumud Flotilla khususnya rakan-rakan kita dari Malaysia serta saudara kita di Palestin.
“From the river to the sea, Palestine will be free!”
Kepimpinan Jacinda Ardern sewaktu mendepani pandemik COVID-19 di New Zealand menarik perhatian dunia.
Jacinda Ardern berjaya meletakkan tanda aras yang tinggi sebagai seorang pemimpin, khususnya di mata negara-negara maju yang mencatatkan rekod jangkitan penyakit yang tinggi.
Dalam satu klip video yang tular di media sosial, kepimpinan Jacinda Ardern dibandingkan dengan kepimpinan Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson.
Berdasarkan klip di atas, kelantangan beliau dalam menguruskan krisis, keprihatinan terhadap kebajikan negara dan kemahiran memimpin rakyat sepanjang tempoh lockdown, jelas ‘menyelamatkan’ New Zealand dari kelumpuhan lebih besar.
KAJI CORAK KEPIMPINAN
(1) Berani Buat Keputusan
New Zealand antara negara yang terawal mengenakan lockdown kepada rakyat. Meskipun pada mulanya rakyat bimbang terhadap impak ekonomi mereka, namun seorang pemimpin perlu membuat keputusan terbaik berdasarkan situasi atau pilihan yang ada.
Jacinda Ardern beruntung kerana beliau dibantu oleh KP Kesihatan, Dr Ashley Bloomfield untuk memberi pandangan dan menjelaskan prioriti yang sepatutnya diutamakan.
(2) Semangat Berpasukan
Sebagai pemimpin, Jacinda Ardern menggambarkan New Zealand adalah satu pasukan besar. Beliau kerap menggunakan terma “Our team of 5 millions” sebagai menggambarkan perjuangan bersama menentang COVID-19, pasukan New Zealand.
(3) Sifat Empati
Sejak tragedi berdarah di Christchurch, Jacinda Ardern menunjukkan kualiti empati yang sangat tinggi. Umpamanya, beliau memakai selendang untuk melawat keluarga korban pengganas.
Penganalisis menggambarkan beliau sekali lagi menggunakan kaedah science and empathy dalam menangani krisis COVID-19. Sains dalam membuat keputusan, empati dalam kaedah menanganinya. Dalam perutusan, beliau sering mengakhiri ucapan dengan kata-kata…
Be strong. Be kind.
(4) Kepimpinan Berteraskan Nilai
Nilai adalah apa yang menjadi garis panduan Jacinda Ardern dalam setiap keputusan yang dibuat. New Zealand adalah negara seperti satu komuniti.
Beliau meletakkan keselamatan rakyat lebih utama berbanding ekonomi. Ucapan beliau banyak menggunakan positive reinforcement, umpamanya, “I ask all New Zealanders to do what we do so well. We are creative, practical and community minded.” Malah, beliau juga menggalakkan rakyat untuk saling menjaga satu sama lain.
(5) Kuasa Komunikasi
Dalam perutusan, beliau selalu menjelaskan tentang asas sesuatu keputusan dibuat supaya masyarakat faham tujuannya.
Berkomunikasi secara kerap juga antara amalan Jacinda Ardern, termasuk menggunakan Facebook Live dalam suasana santai di rumah pada tengah malam. Setiap ayat yang diucapkan dipilih dengan sangat teliti dan memberikan ketenangan kepada rakyat.
SUPERWOMAN
Menurut Penceramah dan Jurulatih Profesional, Johan Irwan Kamarozaman, Jacinda Ardern adalah pemimpin yang sangat hebat. Tanpa perlu menjadi karismatik dan egoistik, beliau sebaliknya selesa menjadi diri sendiri, mendengar, membuat keputusan yang betul dan berkomunikasi dengan bijak.
Pemimpin muda berusia 38 tahun itu pernah mencuri perhatian ketika menangani insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, pada Mac 2019.
Beliau merupakan Perdana Menteri New Zealand yang ke-40 dan wanita termuda yang memegang jawatan tersebut di negara itu. Jacinda Ardern dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2017.
Tiga bulan selepas dilantik PM, Jacinda mengumumkan bahawa beliau hamil anak pertama dan bakal bersalin pada bulan Jun tahun yang sama.
Menggambarkan dirinya sebagai berfahaman demokrat sosial dan seorang progresif, sikap profesional dan tanggungjawab Ardern terhadap negara terbukti apabila beliau hanya mengambil cuti bersalin selama enam minggu ketika melahirkan anak pertamanya.
Selain itu, sikap diplomasi Ardern ketika berdepan dengan insiden tembakan, yang beliau sifatkan sebagai ‘hari gelap buat New Zealand’ membuatkan semua orang di negara itu jatuh cinta kepadanya.
Laporan sebuah portal antarabangsa menyatakan Ardern sentiasa mengingatkan rakyat Kiwi supaya memahami istilah komposis negara, malah cuba memberitahu Donald Trump bahawa cara terbaik untuk Presiden Amerika Syarikat itu boleh menyokong New Zealand adalah dengan memberikan nilai ‘simpati dan cinta’ kepada semua masyarakat Islam.
Semoga mesej cinta yang dibawa oleh Jacinda Ardern menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin dunia lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya industri hijab di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama hijab yang menjadi pilihan hijabi masakini. Walapun masih baharu dalam industri hijab di Malaysia, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.
Keunikan jenama Roos Scarves terletak pada namanya yang mempunyai kisah menarik bagaimana jenama ini tercetus. Menurut Pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021. Ketika itu, isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” ujar Safiudin ketika ditemui di majlis eksklusif Roos Scarves baru-baru ini.
Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media serta pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gilang-gemilang.
”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.
Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.
Pada majlis pelancaran juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.
Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.
Tambah Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!