Persis Boneka Hidup, Lisa BLACKPINK Tampil Manis Dengan Solekan ‘Korean Doll Look’ Di Paris Fashion Week

Beberapa bulan kebelakangan ini, Lisa BLACKPINK sering tampil dengan solekan berkarakter Hollywood glam yang bold, tegas dan edgy.

Kredit Foto: lalalalisa_m

Namun, kemunculannya di pertunjukan Louis Vuitton Spring/Summer 2026 sempena Paris Fashion Week pada 30 September lalu meraih perhatian ramai.

Lisa tampil bagaikan boneka hidup dengan gaya solekan Korean doll look

yang lembut dan segar.

Solekan wajah Lisa kali ini menyerlahkan glass skin yang bercahaya dengan kemasan dewy.

Manakala pemerah pipi rona pink disapu lembut hingga ke bawah mata, menghasilkan kesan youthful dan segar.

Bahagian yang paling mencuri tumpuan ialah garis lembut di bawah mata yang mempertegas ekspresi innocent ala boneka. Ini berbeza sekali dengan gaya smoky eyes bold yang sinonim dengannya.

Solekan Mata

Untuk solekan mata, Lisa memilih sentuhan yang sederhana namun memikat. Eyeshadow rona peach-pink dengan highlight di sudut dalam mata memberikan ilusi mata yang lebih besar dan bercahaya.

Bulu mata yang lentik secara natural serta eyeliner nipis melengkapkan keseluruhan gaya, menghasilkan kesan innocent tetapi tetap glamor.

Sementara itu, lip gloss

rona rose pink menjadi pelengkap yang sempurna, memberi ilusi bibir mungil yang menguatkan lagi efek doll-like.

BACA JUGA: Dandanan Rambut Tanpa ‘Fringe’ Penampilan LISA BLACKPINK Di Acara Berprestij Dipuji Cantik!

Melalui penampilan ini, Lisa seakan menyingkap sisi lain dirinya.

Bukan hanya seorang superstar global dengan pesona Hollywood, tetapi juga tetap dekat dengan ciri-ciri gadis K-beauty yang dipuja ramai.

Diserikan dengan balutan knitwear pastel serta aksesori ikonik Louis Vuitton, Lisa membuktikan bahawa kecantikannya mampu menyesuaikan suasana tanpa kehilangan identitinya yang istimewa.

Share
Published by
Amy Mohd