Lisa tampil bagaikan boneka hidup dengan gaya solekan Korean doll look yang lembut dan segar.
Solekan wajah Lisa kali ini menyerlahkan glass skin yang bercahaya dengan kemasan dewy.
Ads
Manakala pemerah pipi rona pink disapu lembut hingga ke bawah mata, menghasilkan kesan youthful dan segar.
Bahagian yang paling mencuri tumpuan ialah garis lembut di bawah mata yang mempertegas ekspresi innocent ala boneka. Ini berbeza sekali dengan gaya smoky eyesbold yang sinonim dengannya.
Solekan Mata
Untuk solekan mata, Lisa memilih sentuhan yang sederhana namun memikat. Eyeshadow rona peach-pink dengan highlight di sudut dalam mata memberikan ilusi mata yang lebih besar dan bercahaya.
Ads
Bulu mata yang lentik secara natural serta eyeliner nipis melengkapkan keseluruhan gaya, menghasilkan kesan innocent tetapi tetap glamor.
Sementara itu, lip gloss rona rose pink menjadi pelengkap yang sempurna, memberi ilusi bibir mungil yang menguatkan lagi efek doll-like.
Melalui penampilan ini, Lisa seakan menyingkap sisi lain dirinya.
Bukan hanya seorang superstar global dengan pesona Hollywood, tetapi juga tetap dekat dengan ciri-ciri gadis K-beauty yang dipuja ramai.
Diserikan dengan balutan knitwear pastel serta aksesori ikonik Louis Vuitton, Lisa membuktikan bahawa kecantikannya mampu menyesuaikan suasana tanpa kehilangan identitinya yang istimewa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah perut buncit boleh membuatkan seseorang wanita kurang berkeyakinan diri dan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, masalah ini juga menjadi musuh utama wanita kerana boleh membuat mereka bingung untuk memilih baju yang sesuai dan menutup perut buncit ketika bergaya. Selalunya, yang menjadi masalah orang perut buncit dalam pemilihan pakaian ialah seluar. Dah cantik dah boleh sarung seluar masuk kaki ke peha. Tapi alamak, bila sampai perut je tak lepas!
Tidak semestinya orang yang berbadan saja mempunyai masalah perut buncit, tapi orang yang kurus pun ada masalah perut buncit. Ramai orang yang tidak menyedari sebenarnya punca utama masalah perut buncit ialah kerana pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman bergas juga akan membuatkan badan anda naik berlipat kali ganda. Jadi, cubalah untuk menghindari makanan jenis bagi mengekalkan betuk body yang perfect di mata anda.
Namun, perut buncit tidak seharusnya menjadi halangan kita untuk bergaya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, betul tak? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ini ada beberapa tip pemakaian untuk menyembunyikan perut buncit anda dengan berkesan.
HIGH WAISTED PANTS
Seluar dengan potongan pinggang tinggi jawapan untuk masalah perut buncit anda. Selain menyerlahkan ukuran pinggang dan menutup bahagian depan perut, seluar jenis ini juga mampu memberi kesan tinggi kepada si pemakai. Kebiasaanya seluar berpinggang tinggi ini hadir dalam fabrik denim tapi tedapat juga pelbagai jenis fabrik lain yang menyediakan potongan seperti ini. Anda boleh memilih apa sahaja fabrik yang anda mahukan namun pastikan ia berfabrik tebal seperti denim kerana ia akan bertindak seperti bengkung.
BAJU OVERSIZED
Cara ini ternyata berkesan menyembunyikan perut anda yang berlemak tu! Jangan pernah menggunakan baju atau dress yang terlalu ketat kerana ia akan membuat anda seperti perempuan mengandung. Selain itu, baju yang mempunyai potongan besar juga boleh memberi keselesaan yang maksimum kepada anda dan boleh digayakan dengan pelbagai cara.
BAJU PEPLUM
Pakaian jenis potongan ini juga harus ada dalam koleksi anda. Di pasaran juga terdapat begitu banyak pilihan potongan seperti ini. Selain sesuai digayakan ke majlis-majlis formal, baju peplum juga sesuai digayakan bersama seluar jeans.
WARNA GELAP
Hal pertama yang anda perlu pastikan ketika memilih pakaian untuk menyembunyikan perut buncit ialah warnanya. Memilih pakaian berwarna gelap dapat membuat tubuh tampak lebih langsing selain dapat menyamarkan perut buncit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan ada berkongsi hantaran gambar anak kesayangannya, Aaishah Dhia Rana ke sekolah nyata mengundang perhatian orang ramai. Mana tidaknya, penampilan Aaishah persis barbie doll, memang cantik dan comel sungguh!!
Melihat pada hantaran Instagram tersebut, Aaisyah kelihatan sangat simple, wajah yang polos tanpa secalit solekan dengan rambut yang didandan bertocang dua.
Umum mengetahui Aaisyah sebelum ini seringkali disolek dan didandan indah oleh Che Ta seperti kebiasaan, namun penampilan Aaishah kali ini langsung tidak berlebihan, namun aura manis Aaishah tetap terserlah. Tidak hairanlah, gambar yang dikongsikan ibunya itu meraih perhatian ramai.
Menurut Che Ta menerusi kapsyennya, gambar tersebut diambil selepas Aaisyah kembali semula ke sekolah memandangkan cuti penggal persekolahannya sudah tamat. “Dia nak nak nampak presentable”, ulas Che Ta.
“Cuti sekolah anak kami (saya) sudah habis, sekarang kena kembali ke sekolah. Pukul 5.30 pagi Aaisyah sudah bangun dan bersiap. Teruja untuk kembali ke sekolah. Maklumlah, lama cuti sekolah,” ulas Che Ta yang berkongsi telatah anak perempuan tunggalnya itu.
Tambah Che Ta lagi, walaupun anaknya gemar tampil cantik, namun nalurinya tetap sama seperti kanak-kanak lain yang seusia.
“Waktu sekolah, tiada bulu mata palsu. Cukuplah sekadar rambut ditocang dua dan bibir dicalit dengan lip gloss,” tegasnya yang tiada kompromoi dalam hal tersebut lebih-lebih lagi pemakaian mekap ke sekolah.
Akui Che Ta lagi, perkongsian tersebut dibuat bagi meleraikan pertanyaan sekali gus memberi pemahaman kepada warga maya mengenai isu anaknya ke sekolah.
Sumber: Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertemuan dengan Datin Umi Kalsom Abdol Latif sekitar awal Mac lalu sememangnya sukar dilupakan. Beliau merupakan seorang wanita yang cukup menyenangkan kerana sangat mesra, penyayang, berjiwa besar dan cantik dalam kelas tersendiri. Meskipun baru pertama kali bersua namun sepanjang berada bersama ibu Dato’ Fazley Yaakob ini bermacam-macam petua dan pengalaman hidup dikongsikan Datin Umi kepada penulis. Yang pasti, beliau tidak lokek berkongsi rahsia!
Melihat susuk tubuh dan raut wajah Datin Umi pasti ramai yang tidak menyangka ibu empat anak ini sebenarnya sudah pun berusia 67 tahun pada 13 April lalu. Bersandarkan
rupa paras cantik dan pesona anggun yang dimiliki, Datin Umi dilihat jauh kelihatan muda daripada usia sebenar. Apatah lagi beliau masih kekal cergas dan bijak bergaya. Sambil mengaku gemar berfesyen tetapi masih berpegang kepada penampilan sopan seorang muslimah, Datin Umi terbuka berkongsi rutin harian.
Saat ditanya petua cantik yang diamalkan hingga mampu keelihatan menarik pada usia lewat 60an, ini jawapan jujur beliau. “Mungkin sebab jiwa saya tak suka simpan apa-apa. Maksudnya, ada orang kalau ada sesuatu yang tidak kena… mereka suka simpan dan pendam tapi saya tak. Saya orangnya cukup terbuka tidak kira sama ada dengan arwah suami ke, anak-anak mahupun kawan-kawan. Kalau saya ada rasa kurang senang dengan sesuatu perkara, saya akan cakap dan tak simpan.
Dari situ, tiada lagi perasaan curiga dan mungkin salah satunya juga… saya tak kata yang saya alim tapi saya amal baca Al-Quran hari-hari. Tambahan lagi bila arwah suami dan emak dah tak ada. Bayangkan, lepas satu bulan suami meninggal dunia selang dua minggu kemudian emak pula pergi menghadap ilahi.
Kalau saya pergi luar negara pun, saya ada apps yang membolehkan saya sentiasa mengaji. Sejak arwah tak ada, saya mula catit berapa banyak kali saya dah khatam selama empat tahun ini. Dalam sehari saya akan peruntukan sekurang-kurangnya sejam untuk baca Al-Quran dan target berapa lama saya boleh habis baca satu Al-Quran.
Selain mengamalkan rutin itu sebenarnya tak ada pun petua lain sebab saya tak makan jamu. Saya ingat lagi arwah suami pernah pesan dulu. Katanya, “Ibu, biar ibu setua tu. Jangan ‘cucuk-cucuk’, bapak tak bagi. Kalau ibu buat facial, itu tak apa.”
Ujar Datin Umi lagi, “Masa muda-muda saya rajin juga buat jus. Paling saya suka ialah jus tomato dan carrot tapi saya minum berselang-selang. Tapi selepas arwah meninggal, saya kena asid refluks sebab trauma, murung dan depress kerana terkejut dengan pemergian suami. Saya tak boleh tengok makanan dan masuk dapur selama setahun. Padahal saya suka masak dan selalu masakkan untuk keluarga dan anak-anak. Saya tak boleh buat semua tu sebab teringat arwah sampaikan tak lalu makan dan masuk hospital.
Pada mulanya doktor ingat saya gastrik tapi lepas buat prosedur, asid refluks rupanya. Alhamdulillah, dah berkurang 10 peratus cuma saya tak boleh minum jus seperti tomato dan nanas macam dulu. Ikutkan masa muda, semua jus saya buat sendiri termasuk pucuk pegaga tapi sekarang kena kawal.
Memang saya teliti dan jaga pemakanan, tak ambil makanan manis, minuman kafein dan susu. Hanya jus tertentu je boleh dan banyak minum air kosong. Nasi pun makan sedikit. Apa-apa pun saya bersyukur sebab mewarisi gen cantik daripada arwah mak. Arwah dulu walaupun dah 82 tahun tapi kulit dia cantik.”
Bercerita mengenai rutin harian pula, Datin Umi menjelaskan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Namun terpaksa berhenti kerja kerana mahu memenuhi permintaan anak sulungnya, Dato’ Fazley Yaakob. “Saya pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun tapi berhenti kerja bila anak saya, Fazley balik dari belajar luar negara. Dia anak pertama saya dan waktu tu saya baru 40an. Fazley kata dia jemu tengok saya bekerja dan berkorban untuk anak-anak jadi dia mahu saya berehat.
Bila dah berhenti, saya isi masa dengan aktiviti yang saya suka seperti masuk kelas memasak, belajar mengait, buat flower arrangement dan decoration. Sekarang, hobi saya
ialah tanam bunga orkid. Awal dulu memang saya tak pandai tanam tapi lepas beli buku dan belajar alhamdulillah pokok orkid saya kalau berbunga boleh bertahan sampai
3 hingga 4 bulan. Bila anak-anak dah besar, saya sibukkan diri dengan benda yang saya minat macam mengait, menyulam dan tanam pokok. Waktu bekerja dulu, balik je rumah saya akan buat makanan seperti piza, kek, roti dan masak semuanya sendiri. Jarang beli di luar.”
Mengakui budaya wanita hari ini yang lebih berdikari dan memiliki kerjaya sendiri, Datin Umi bagaimana pun menitipkan pesan berikut kepada seluruh wanita demi mengimbangi
kehidupan berkeluarga. “Ibu saya ajar, macam mana tinggi pangkat kita sebagai seorang wanita tapi bila kita dah berkahwin dan ada di rumah… kita adalah isteri dan ibu. Sebagai seorang wanita, macam mana sibuk kerjaya sekalipun menjaga suami dan anak-anak juga adalah tanggungjawab. Paling penting, pastikan anak-anak dapat didikan agama,” akhirinya.
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.