Pengambilan cuka epal atau apple cider vinegar sememangnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Dengan cara yang betul, ia mampu memberi kesan yang positif, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.
Cuka epal diperbuat daripada cider (jus perahan untuk cuka) dan mempunyai rasa masam kerana asid asetik dan asid malik. Pada zaman dahulu, pahlawan Samurai Jepun dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan imunisasi mereka.
Antara khasiat terbaik cuka epal adalah menurunkan berat badan dan mengekalkan tahap gula darah. Jadi cukup dengan mencampurkan sesudu cuka epal dengan kira-kira 250ml air untuk mendapatkan khasiatnya.
Mengambil hikmah berpuasa iaitu menahan lapar dan dahaga, waktu ini juga sesuai untuk mengimbangi semula kesihatan dalaman perut dengan cuka epal. Namun, elakkan tiga kesilapan ini ya!
Ads
(1) Kuantiti
Ketika berpuasa, tubuh badan lazimnya tinggi stres. Ini akan meningkatkan histamin, seterusnya asid perut dan keradangan bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Jadi, elakkan mengambil cuka epal dalam kuantiti banyak. Memadai 2-3 titik, dan naikkan kuantitinya sedikit demi sedikit. Bukan terus satu sudu ya!
Ads
(2) Masa Pengambilan
Bimbang rasa kurang senang selepas mengambil cuka epal? Nah, mungkin anda salah masa pengambilannya. Sebaik-baik waktu adalah selepas makan, pagi atau selepas bersahur. Bancuh dulu dengan air sejuk dan madu.
Ads
(3) Cuka Dalam Botol Plastik
Sebenarnya botol plastik akan cepat rosak apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang rosak ini bukan sahaja menjejaskan hormon, malah meningkatkan histamin dan asid perut. Sebab itu kena beli cuka epal dalam botol kaca!
Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dulu sebelum memulakan diet berasaskan cuka epal. Walaupun ia merupakan makanan semula jadi, tapi reaksi setiap badan tu berbeza! Selamat mencuba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan, aktres terkenal Bollywood ini memang awet muda! Melihat raut wajah dan penampilan Preity Zinta pasti ada yang tidak menyangka bintang filem Har Dil Jo Pyar Karega berkenaan sudah pun meniti usia 50an. 31 Januari lalu, dia genap berusia 51 tahun.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-51, Preity yang juga penerbit, penulis, aktivis kemanusiaan dan pencinta sukan kriket ini meluahkan rasa terima kasih dan gembira atas penghargaan peminat terhadap dirinya.
“Thank you everyone for the birthday wishes, flowers, cake and most of all thank you so much for all the LOVE each one of you has sent my way. I’m deeply humbled, and my heart is full of gratitude and happiness.
I cannot thank the almighty enough for my family, friends, fans and supporters that light up my day and life in so many magical ways. Love you all.”
Sejak berkahwin dan berpindah ke Amerika Syarikat, Preity Zinta memperlahan karier seni dan memberi sepenuh tumpuan serta masa berkualiti bersama suami dan anak tersayang.
Terkenal dengan lesung pipit memikat, penggemar filem Bollywood terpesona dengan karisma dimiliki figura ini.
Walau anak kembar yang diberi nama Gia Zinta dan Jai Zinta kian meningkat dewasa, Preity dan suami iaitu Gene Goodenough belum bersedia mendedahkan wajah mereka kepada umum.
Menurut laporan The Economic Times, Preity dan Gene membuat pengumuman mengenai bayi kembar perempuan dan lelaki mereka di Instagram pada 18 November 2021. Difahamkan bayi berkenaan dilahirkan melalui ‘ibu tumpang’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan dan wanita sememangnya bagai aur dengan tebing. Tidak salah jika dikatakan bahawa wanita sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan tampil cantik. Kunjungan ke premis pusat kecantikan seperti Beaute Cosmeceutical memberikan keyakinan bahawa setiap wanita berhak untuk tampil cantik.
Pusat kecantikan yang terletak di Taipan, Petaling Jaya menyediakan rawatan kecantikkan moden dengan ruang yang selesa serta dekorasi moden bagi sebagai pencetus ketenangan dalam jiwa setiap pelanggannya.
Beaute Cosmeceutical ini terkenal dengan rawatan kecantikan yang akan membuat anda dapat melihat perbezaan dalam kulit anda walaupun selepas satu rawatan. Cindy Ng yang merupakan pemilik pusat kecantikan ini adalah pakar penjagaan kulit profesional yang mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dalam industri kecantikan.
Beliau merupakan pakar kecantikan mendapat pengesahan sijil daripada CIBTAC, CIDESCO dan ITEC dari kedua-dua United Kingdom dan Switzerland. Beliau bermula sebagai pelatih dan perunding kecantikan, dan akhirnya mengasaskan Beaute Cosmeceutical pada tahun 2015.
Dalam pada itu, sebagai pakar penjagaan kulit, Cindy berharap dapat mendidik, melatih dan memperkasakan ahli terapi kecantikan yang lebih profesional untuk mengambil pemilikan profesion mereka untuk membantu pelanggan dalam menjaga kecantikan diri kepada wanita dan juga lelaki.
Beaute Cosmeceutical, tampil sebagai pusat kecantikan yang menawarkan rawatan untuk kecantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Terdapat tiga rawatan utama ditawarkan di sini iaitu Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian, The Power Of Instant White dan Rawatan Micro Dermastamp.
Dekorasi santai
Pusat kecantikkan ini tampil dengan dekorasi santai yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruang menunggu dan rawatan. Tampil sengan suasana tenang, dekorasi menarik di samping alunan muzik yang mengasyikkan pasti membuatkan pengunjung berasa segar selepas menjalani rawatan kecantikkan di pusat ini.
Ruang menunggu ditatarias moden dengan sofa dan meja. Manakala ruang untuk membeli barangan kecantikkan disediakan dengan nasihat daripada pakar kecantikkan. Pusat ini mempunyai beberapa bilik rawatan yang luas untuk selesaan pengunjung. Manakala pencahayaan yang melatari bilik rawatan memberikan unsur ketenangan kala menjalani rawatan di sini. Dalam pada itu, untuk memastikan pengunjung datang tidak menunggu lama mendapatkan rawatan kecantikan, digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu.
Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian
Rawatan yang terkenal di pusat ini adalah Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian yang membantu meningkatkan oksigen untuk kulit, meningkatkan kadar metabolisme sel-sel kulit, menghapuskan radikal bebas dan menggalakkan peredaran cairan darah dan limfa, mengurangkan sinus, insomnia, migrain, sakit kepala, leher dan bahu kaku serta sekatakan warna kulit. Rawatan ini menggunakan 100% minyak pati tulen yang membantu untuk membuang toksin atau detox pada kulit anda. Pakar terapi kami menggunakan alat khusus untuk melakukan urutan mata yang mendalam di seluruh wajah anda. Urut memberi tumpuan kepada nodus limfa dan kulit kepala anda. Rawatan ini sesuai untuk kulit kering, dehidrasi, pigmentasi, bintik-bintik, penuaan, garis halus, dan kedutan.
The Power Of Instant White
Bagi yang ingin melakukan pencerahan kulit akan melalui rawatan The Power Of Instant White yang menyediakan tiga langkah kepada pengunjung. Langkah pertama adalah rawatan VC Bio Aqua White® yang merupakan rawatan kulit untuk mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap, meninggalkan kulit anda cerah dan bersinar! Seterusnya langkah kedua adalah rawatan Inhibits; RenewStem Instant White® Treatment. Rawatan ini akan membantu kulit anda kembali diremajakan dengan Masker RenewStem EggCell. Topeng ini diformulasikan secara saintifik dengan teknologi Bio-matriks. Langkah yang terakhir iaitu rawatan Illuminate; Hydro Diamond White® yang mempunyai anti-oksidan dan vitamin C yang tinggi. Ia akan membaiki dan melindungi membran sel kulit anda dan DNA daripada merosakkan.
Rawatan ketiga pusat ini merupakan rawatan Micro Dermastamp adalah alat stamping vibrational yang direka untuk merawat parut dan kedut. Dermastamp secara klinikal terbukti mendorong kolagen untuk menggalakkan rangsangan dan peremajaan tisu. Paras, garis halus dan kedutan dikurangkan. Sesuai untuk masalah jerawat yang teruk, kulit jerawat, parut jerawat, kulit penuaan. Manakala perkhidmatan lain yang tersedia antaranya pelangsingan, pencerahan dan mencantikkan bibir dan rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana mahu kelihatan menyerlah di Aidilfitri? Adakah dengan memakai eyeshadow pelangi atau rona sedondon baju raya (bayangkan jingga atau hijau emerald), mampu membuat orang lain menoleh berkali-kali melihat anda? Fikirkan semula.
Salah satu elemen imej yang penting sewaktu beraya adalah solekan yang dikenakan. Taknak kelihatan pucat lesi, nampak tua atau berminyak, itu antara alasan mengapa kita selalu bersolek di hari raya. Kali ni, jom semak rahsia solekan kekal ayu sepanjang hari tanpa membuatkan anda kelihatan seperti badut bergerak.
ASAS SOLEKAN
Agar solekan anda nampak cantik sepanjang masa, apa kata anda berbelanja sedikit untuk produk bedak asas yang terbaik? Cara paling bijak adalah dengan mengunjungi kaunter solekan dan tanyakan pilihan paling sesuai jenis dan warna kulit anda pada konsultan kecantikan di sana. Mahu lebih yakin, calitkan bedak asas pada wajah sendiri untuk menilai kesesuaiannya.
MATA
Elakkan tragedi solekan mata comot kerana air mata bercucuran dengan menyapu primer khas di bahagian mata. Tip ini baik untuk memastikan eyeshadow anda tahan lama, malah menyerlahkan lagi warna yang dikenakan. Warna-warna evergreen untuk kelihatan ayu adalah nude, coklat dan pink lembut.
BIBIR
Sememangnya gincu bibir akan hilang sewaktu anda menjamah makanan yang terhidang. Jadi pilihlah gincu jenis matte kerana warnanya kekal lebih lama dan tidak mudah tanggal. Tip ini juga memastikan anda tak perlu touch up berulang kali.
PIPI
Layangkan pemerah pipi secara nipis untuk efek segar. Jangan tonyoh berus pipi berkali-kali sampai nampak macam kesan penampar pula!
SEMBUR PERFUME Akhir sekali, semburkan perfume kegemaran sebelum keluar beraya. Pilihan aroma manis yang berasaskan bunga atau buah-buahan lebih disarankan berbanding aroma yang kuat dan menyengat hidung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!