
Ramai sedia maklum, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson dikurniakan putera pertama mereka pada 17 Julai yang lalu.
Selain mendedahkan wajah anakanda putera mereka di laman Instagramnya, TMP dan Che Puan Sofie juga turut berkongsi nama anakanda mereka iaitu Tengku Muhammad Johan Petra.
Selepas lebih hampir sebulan Tengku Muhammad Johan dilahirkan, baru-baru ini hantaran Che Puan Sofie sekali lagi meraih perhatian rakyat.
Gambar tersebut yang kini meraih tanda suka sebanyak 8 ribu lebih itu menyaksikan kelibat KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V mendukung Paduka Anakanda saudara, YM Tengku Muhammad Johan Petra bin YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Istana Kota Lama, Kota Bharu Kelantan.
Dengan wajah penuh ceria sambil tersenyum, Sultan Muhammad V kelihatan cukup teruja dapat bersua dengan anakanda saudaranya itu. “Baby Johan sangat gembira dapat bertemu dengan 2 orang pak cik nya” tulis Che Puan Sofie.
Rata-rata ramai yang teruja melihat momen Sultan Muhammad V menatap kecomelan putera Che Puan Sofie tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Di Usia 28 HERLYSA Ada Kilang OEM Sendiri & Peroleh Pendapatan RM1.4 Juta Tahun Lalu

Siapa sangka bermula dengan mengisi masa lapang ketika menunggu keputusan SPM, membuat sabun sendiri kini Nurainaa Herlysa Zainal Abidin telah mengorak langkah lebih jauh lagi. Bukan sekadar mempunyai produk di atas jenama sendiri malah memiliki sebuah kilang sendiri.


Anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini juga sendiri tidak menyangka mampu pergi sejauh ini sedangkan usianya baharu sahaja mencapai 28 tahun. “Secara jujurnya memang saya bangga apabila segala penat lelah dah nampak hasilnya.
Saya mempunyai kilang kosmetik OEM dengan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Lebih terharu apabila beberapa jenama kosmetik yang saya kagumi dahulu kini menghasilkan produk di kilang ini,” ujar Nurainaa Herlysa yang lebih mesra disapa Herlysa.
Menelusuri perjalanan anak muda ini sehingga mampu mempunyai kilang sendiri bukan semudah yang disangka. “Memang benar, apabila melihat operasi kilang ini sekarang, saya boleh menitiskan air mata mengenang perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang.


Cabaran yang dilalui bukan calang-calang namun saya bangga dengan diri sendiri apabila berjaya mengharungi dugaan ketika itu. Usia muda bukan penghalang untuk saya berjaya dan berkat restu ibu dan ayah adalah tunggak utama siapa saya sekarang,” terang wanita kelahiran Kuala Lumpur ini.
Rupanya salah satu yang menjadi pemangkin wanita ini berjaya adalah dengan menyertai pelbagai pertandingan. “Saya memang dari dulu suka masuk pertandingan.


Saya pernah menyertai program Tunas Mekar yang merupakan satu program latihan keusahawanan unik untuk graduan bumiputera dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta.
Dari program ini saya terpilih sehingga ke peringkat akhir. Kemudian saya membentangkan business proposal dekat SME Corp dan alhamdulillah telah ditawarkan geran.
Selepas itu saya menyertai Pertandingan MARA Negeri Sembilan sehingga mendapat tawaran mesin dan lokasi,” ujar graduan Universiti Limkokwing ini yang turut menerima tawaran dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk Projek Nano.

Memegang jawatan sebagai Ketua Operasi dan Penyelidikan di kilangnya sendiri, Herlysa mampu tersenyum bangga apabila kilangnya mendapat hasil pulangan lumayan sebanyak RM1.4 juta tahun lalu.
Kini sedang dalam proses berpindah ke lokasi yang lebih besar dan selesa, Herlysa mahu memperkukuhkan lagi pembuatan produk keluaran kilangnya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Minum Air Kosong Pun Kulit Boleh Cantik, Apatah Lagi Jika Rajin Buat INFUSED WATER.

Pernah tak anda amalkan meminum infused water? Boleh cuba tips ini dan nikmati rutin seharian anda dengan lebih segar! Bukan susah pun, rendam buah-buahan pilihan semalaman dan esoknya bawa bekalan air ke pejabat!
Pilihan infused water dengan campuran buah-buahan misalnya amat membantu memberikan tenanga. Bahkan, kulit juga terasa lebih lembap kerana tidak terhidrat. hal ini membolehkan anda memberi tumpuan yang baik kepada rutin harian.
Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan. Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Di antara kebaikannya:
- Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
- Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
- Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
- Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
- Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
- Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
- Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
- Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
- Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja. Minumlah sewaktu bersahur dan ketika berbuka.
- Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
- Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
- Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Inspirasi Menu Berbuka MAWAR KARIM, Sejak Awal PKP Share RESIPI Sedap!

Meriahnya laman Instagram Mawar Karim. Setiap hari ada sahaja menu dikongsi bersama followers. Siap ada step by step! Bagi anda yang buntu menu apa untuk dihidangkan pada keluarga ketika berbuka, mungkin video perkongsian Mawar Karim di laman Instagramnya boleh beri idea pada anda.
Mawar yang turut akur dengan Perintah Kawalan Pergerakkan sudah mula menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa. Akaun Instagram dengan nama @mawar_karim turut diserikan dengan gelagat si kecil Wan Maryam atau Maryam yang sudah berusia dua tahun tiga bulan.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Sambil-sambil memasak, sempat juga Mawar memberikan tips masakan yang sering digunakan untuk menyediakan hidangan. Menu yang disajikan tidak begitu complicated dan mudah untuk diikuti langkah-langkahnya. Di tambah pula dengan Mawar yang suka berceloteh, kita pun turut mudah untuk ingat cara-cara untuk memasak.
Menurut Mawar di salah satu postingnya, kebanyakkan para ibu pasti mudah untuk menurut perintah kerajaan untuk terus duduk di rumah kerana pengalaman berpantang selepas bersalin sahaja sudah mengambil masa lebih 44 hari.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Bukan sahaja sibuk melayan ‘selera’ harian tetapi Mawar juga membuat sambutan hari lahir Maryam yang ke dua tahun 3 bulan hanya dengan membuat pisang goreng. Comel sungguh bila anak kecil ini dihidangkan pisang goreng sambil nyanyian lagi ‘Happy Birthday‘ dari Mummynya.
Banyak video masakan dan resipi yang dikongsikan Mawar. Paling menambat hati apabila anak kelahiran Pulau Pinang ini memasak kari kepala ikan di atas permintaan Maryam yang mahukan nasi kandar. Anak mami sungguh Maryam! Menurut Mawar, cara orang Penang memasak hidangan ini tanpa menggunakan santan, susu cair mahupun gula.
“Cara Penang mami tak pakai gula,santan atau susu cair. Kami kebanyakkan pakai rempah giling hampa tau. Tapi lain orang lain cara. Cheq tak tau hampa punya style macam mana. Dan masakan Penang tak pedas cili, tetapi pedas kari.
Nak kata cheq ni pandai masak tak la,boleh la sekadar Maryam puji mama best pun, cheq dah bangga sampai ke langit 7. Sapa lagi nak puji kalau bukan anakanda Maryam.”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Dalam tempoh PKP ni, memang ramai yang mencari-cari resipi untuk dimasak kerana ketandusan idea. Semoga perkongsian Mawar dapatlah menolong mereka yang baru berjinak-jinak hendak memasak sendiri di rumah.
Kredit video dan foto: Instagram Mawar Karim