Pesona Arni Nazira, Pelantun Lagu Cinta Antara Benua Ini Tak Lagi Aktif Seni & Bahagia Urus Keluarga!

Rindu kemunculan Arni Nazira kembali ke persada seni. Namun tumpuan penyanyi bersuara lunak tersebut bukan lagi terhadap karier nyanyian.  

Sebaliknya memberi sepenuh perhatian untuk mengurus keluarga dan mendidik anak-anak. 

Meskipun Arni atau nama penuhnya Arni Nazira Anuar tidak lagi aktif dalam industri muzik dan enggan menghadiri majlis hiburan.  

Tetapi pesona figura ini masih diingati peminat apatah lagi dalma kalangan mereka yang membesar dengan lagu-lagu dendangannya.  

Artikel https://www.nona.my/maintain-ayu-usia-46-tahun-arni-nazira-bahagia-jadi-suri-hati-usahawan-di-samping-5-anak/

Pesona Arni Nazira

Keayuan dan penampilan menawan wanita kelahiran Terengganu ini berjaya menambat peminat seni muzik sekitar era 90an.  

Salah satu lagu nyanyian Arni yang masih melekat di halwa telinga peminat sudah pastinya Cinta Antara Benua.  

Sempena Aidiladha yang disambut pada 27 Mei 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 Hijrah, Arni meraikan hari lebaran bersama suami tersayang dan tiga anaknya di Kuala Terengganu.  

Berserta kapsyen ringkas, “Salam Aidiladha” hantaran Arni Nazira di media sosial meraih reaksi followers setia. 

Bersandarkan gambar Hari Raya Haji itu, ibu jelita tersebut kelihatan ceria dalam persalinan jubah bercorak Arabes sedondon dengan anak gadisnya, Wan Ayesha Maserra.  

Manakala suami dan dua anak lelaki segak berbaju Melayu rona merah jambu.  

Selesa tampil sederhana dan menjaga privasi keluarga, suri hati kesayangan Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar berkenaan bahagia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.  

Arni Nazira Bahagia Galas Tugas Ibu & Isteri

Awal Februari lepas, Arni memuat naik momen meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya bersama Wan Hazrie iaitu Wan Muhammad Muadz di Instagram.  

Titipnya, “Semoga Allah memberkati hati, akhlak dan masa depan dunia akhirat. Mummy dan daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk Muadz.” 

Arni Nazira mendirikan rumah tangga dengan usahawan Wan Mohd Hazrie.

Pasangan romantis ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Wan Muhammad Muadz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief. 

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan penyanyi rock tanah air Datuk Awie pada 10 Disember 1998 namun dilaporkan bercerai pada 2006.

Menerusi perkahwinan itu, dia mempunyai dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.  

Semoga perkahwinan Arni Nazira dan suami sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta bahagia di samping anak-anak.  

Share
Published by
Suzi