Sejak menceburi industri seni muzik pada hujung era 90an, Arni Nazira terkenal sebagai salah seorang penyanyi tanah air yang memiliki raut wajah menawan dan lemah-lembut orangnya.
Pernah popular menerusi lagu Cinta Antara Benua, pemilik nama Arni Nazira Anuar ini bagaimana pun tidak lagi aktif dalam arena seni suara. Sebaliknya, memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya mengurus suami dan anak-anak tersayang.
Arni Nazira Rai Aidilfitri
Biarpun enggan lagi terlibat dengan kehidupan glamor selebriti namun nama Arni masih dikenali hingga sekarang. Selesa menjaga privasi keluarga, isteri kepada Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar berkenaan berkongsi perkembangan terkini di media sosial sempena sambutan Syawal baru-baru ini.
Anggun berbusana pastel, Arni sekeluarga dilihat meraikan 1 Syawal di Kuantan, Pahang di samping lima anak tersayang. Menerusi gambar yang dikongsikan kelihatan anak-anak bintang filem Bara ini kian meningkat dewasa. Makin segak dan cantik!
Ads
Ternyata, anak-anak Arni Nazira mewarisi kejelitaan yang dimiliki. Buktinya meniti usia 46 tahun, dia masih kelihatan ayu dan cantik seperti dulu. Awet muda!
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Arni mengulas mengenai amalan kesihatan kulitnya yang bersih dan mulus.
Amalan Kecantikan Kulit Arni Nazira
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang. Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul.”
Ads
Arni pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rock tanah air, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 bagaimana pun bercerai pada tahun 2006. Menerusi perkahwinan itu, dia mempunyai dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha berusia 25 tahun dan Putri Aleefa Antasha, 23 tahun.
Arni kemudian kembali bertemu jodoh dengan usahawan Wan Mohd Hazrie yang juga Independent and Non-Executive Member of Risk Committee bagi syarikat korporat MAG Holdings Berhad.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Muhammad Muadz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief.
Bersandarkan kehidupan dengan ahli perniagaan sukses, kediaman Arni Nazira sering dikunjungi rakan-rakan perniagaan suami yang terkenal dan kaya-raya setiap kali tibanya Aidilfitri.
Terbaharu, salah seorang jutawan tanah air yang juga Pengarah Urusan Kumpula Weststar Group iaitu Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim turut meluangkan masa beraya di rumah Arni Nazira dan Wan Mohd Hazrie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak resipi kuruskan badan, tentu kita pernah dengar tentang khasiat air detoks atau air rendaman lemonkan? Ramai ke yang cuba?
Sebenarnya ramai peminat buah lemon yakin lemak-lemak degil akan terhakis bila minum air masam tu. Makin masam makin baguslah. Makin cepat kurus.
Tapi menurut Dr. Hanifah Bashirun, kepercayaan itu semua kurang tepat. Katanya, tubuh badan kita ni sebenarnya akan auto-adjust semua air yang diminum ke pH 7.35 – pH 7.45. Maknanya kalau kita minum air alkali atau air detoks masam sekali pun, badan kita tetap akan serap air tu dan adjust ke pH normal bagi menjaga sel badan.
Betul juga. Kalau sel badan kita ni sewenang-wenangnya serap pH berasid atau beralkali, tentu semua sel akan kecut. Sebab itu Tuhan ciptakan sistem yang sangat kompleks untuk neutralkan apa saja pH air yang kita minum, supaya sel tak terjejas.
Jom belajar cara-cara memaksimumkan khasiat lemon untuk diminum setiap hari, mudah sangat.
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Rendam Dengan Kulit
Walaupun agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malah kalau nak tahu, lebih baik kita rendam kulit lemon berbanding rendam isi buah lemon itu sendiri.
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Cara Simpan Lebihan Hirisan Lemon
Kalau masih ada sisa hirisan lemon, boleh ke ia disimpan semula dalam peti sejuk? Tiada masalah. Lemon sebenarnya adalah sejenis buah yang cukup awet. Walaupun nampak mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah. Mudahkan?
Jadi walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan jualan! Jangan terus percaya ya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang berbadan langsing pun belum tentu wajah tirus macam Erra Fazira! Itu belum lagi kalau dagu berlapis dan pipi tembam seperti kuih pau.
Masalah pipi tembam memang boleh memeningkan. Kalau kanak-kanak kecil mungkin nampak comel, tapi kalau sampai dewasa pun masih begitu… alamatnya macam-macam teknik shading kena buat!
Jangan khuatir, terdapat beberapa cara semula jadi untuk meniruskan pipi. Jika anda rajin melakukan kaedah efektif ini, tidak mustahil wajah nampak lebih kecil dan molek.
(1) Julurkan Lidah
(thelifesquare.com)
Caranya, buka mulut lebar-lebar dan julurkan lidah sejauh yang anda mampu. Cuba sentuh dagu dengan lidah, kalau boleh, dan tahan selama 10 saat. Ulang teknik ini sebanyak 10 kali dan buat sekerap mungkin.
(2) Sedut Pipi
Miranda Kerr
Berlatih menyedut pipi kiri dan kanan anda sekuat-kuat hati dan tahan selama 10 saat. Ulang teknik ini sebanyak 10 kali.
(3) Meniup Belon
Tiup belon sampai kembang, kempiskan semula dan tiup sekali lagi. Ulang tiup belon sebanyak 15 kali dan konsisten melakukan latihan ini setiap hari. Jangan terkejut, anda bakal melihat hasilnya dalam lima hari saja!
(4) Mengurut Wajah
(womenfitness.org)
Selain skrub, anda boleh menggunakan face oil untuk mengurut wajah. Urutan ini dapat melancarkan peredaran darah. Picit dari arah bawah (dagu) menuju ke atas (pipi) secara melingkar, ulang 5 kali. Kemudian urut pipi dari sudut bibir menggunakan hujung jari, lalu bergerak ke arah telinga. Urut sebanyak 10 kali.
(5) Kembungkan Mulut Seperti Ikan
Dengan latihan ini, anda akan melatih bahagian mulut, pipi dan rahang dengan mengucapkan huruf i dan o, persis seperti mulut ikan bergerak. Latihan ini dapat membantu melancarkan peredaran darah di bahagian wajah. Selamat mencuba! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi selebriti popular dengan pengikut mencecah 376 juta di Instagram pastinya bukan hal yang mudah. Bagi Selena Gomez, serba-serbinya jadi perhatian terutama sekali soal kecantikan. Namun baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu memilih mempamerkan wajahnya tanpa solekan – terbukti Selena juga punya masalah kulit macam orang lain!
Pada zaman media sosial ini, ramai wanita mendapat keyakinan diri daripada filter kamera yang digunakan.
Berbeza dengan pengasas jenama solekan Rare Beauty itu, beliau tampil bare face dengan rambut ikal messy bahkan tidak gusar menunjukkan jerawat kecil di bawah hidungnya.
“Me.”
Tulisnya ringkas pada 2 Februari 2023 lepas.
Hantaran tersebut menuai banyak komen-komen positif dan pujian daripada rakan-rakan Selena serta peminatnya. Sangat ramai yang terkesima melihat wajah polos beliau, malah mengagumi keberaniannya tanpa ‘kepalsuan’ di media sosial.
“Akhirnya seorang selebriti yang normal, dan menunjukkan bahawa tiada yang sempurna setiap saat dan setiap hari.”
KIND WORDS
Selena Gomez yang popular dengan lagu seperti ‘Lose You To Love Me’ dan ‘Come & Get It’ itu sering memperjuangkan semangat positif dalam kerjayanya.
Antara yang terkini, himpunan bibir Kind Words menerusi jenama miliknya Rare Beauty bagi menggalakkan pemakai sentiasa tampil cantik dan berkata-kata yang baik ketika bergincu.
Kind Words ditampilkan dalam pilihan Matte Lipstick dan Matte Lip Liner yang cukup ringan serta tidak mengeringkan bibir. Perlu ada Februari ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang ...