
Ibu Johan Ghazali Cantik & Bekas Jaguh Muay Thai
Kagum tengok penampilan ibu kepada jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali. Meskipun sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata tapi Jennana Lynn Johnson pandai jaga badan dan kekal berstamina. Setiap kali Johan berlatih, pasti kelibat ibu tersayang ada di sisi dan turut serta.
Di sebalik kejayaan Johan Ghazali sebagai atlet Muay Thai kebanggaan negara, ada seorang ibu yang setia menyokong karier anak tersayang.
Jennana Lynn Johnson yang lahir pada tahun 1979 dan berusia 47 tahun ini merupakan wanita kelahiran Amerika Syarikat. Menurut laporan The Borneo Post, Jennana dan suami tercinta yang juga pegawai polis SAC Zulfikar Mohd Ghazali aktif dalam sukan Muay Thai sejak usia muda.
Bukan hanya memiliki raut wajah cantik, ibu Johan Ghazali atau mesra disapa Jojo ini tegas dalam mendidik anak-anak terutamanya apabila melibatkan soal kecergasan fizikal.
Difahamkan Jennana sudah mula terlibat dalam sukan Muay Thai seawal usia 16 tahun. Tidak hairanlah, dia sentiasa di sisi Jojo memandangkan sudah mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam bidang tersebut.
Malah, Jojo turut menjadikan ibu tersayang sebagai dorongan terbesar untuk terus maju dalam karier.
14 November lalu merupakan ulang tahun kelahiran Jojo yang ke-19. Bersempena hari lahirnya, Jojo menitipkan rasa syukur di media sosial.
“14.11.2006. Already lived a life some could only dream of. Alhamdulillah.”
Walau sudah mencipta nama dalam arena sukan Muay Thai namun Jojo selesa sentiasa berada di samping ibunya. Terinspirasi melihat hubungan akrab ibu dan anak ini.
Semoga hubungan kekeluargaan Johan Ghazali sentiasa terpelihara dan perancangan mereka dipermudah dan berjalan lancar.
This website uses cookies.