
Bersorak gembira seluruh rakyat Malaysia apabila menyaksikan gandingan beregu lelaki tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjulang gelaran Juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China.
Tanggal 13 April pastinya menjadi detik indah buat kedua-dua atlet badminton berkenaan kerana akhirnya mereka berjaya memecahkan ‘kemarau’ 18 tahun menanti kejayaan itu selepas kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah pada tahun 2007.
Artikel https://www.nona.my/raih-pingat-pertama-olimpik-2024-untuk-negara-aaron-chia-h
Kemarau 18 Tahun Berakhir, Aaron Chia-Wooi Yik Juara Badminton Asia (BAC)
Ini adalah gelaran juara Asia pertama mereka sejak kali pertama beraksi acara beregu pada tahun 2015 dengan kejayaan terbaik di BAC adalah muncul sebagai Naib Juara 2022.
Lebih membanggakan, Aaron dan Wooi Yik menewaskan wakil tuan rumah iaitu Chen Bo Yang – Liu Yi dalam aksi straight set 21-19, 21-17 hanya dalam masa 47 minit. Untuk rekod, ia merupakan kejohanan pertama disertai Aaron-Wooi Yik dan memenagi semua perlawanan menerusi straight set sehingga bergelar juara.
Sekaligus membuktikan semangat juang yang tinggi beregu lelaki Malaysia berkenaan yang ‘dahagakan’ kemenangan.
Di sebalik pencapaian luar biasa ini, sentuhan magis yang juga debut pertama ketua jurulatih skuad beregu lelaki badminton negara iaitu Herry Iman Pierngadi atau dikenali sebagai Naga Api bersama pasukan negara turut mendapat pujian dalam kalangan peminat sukan.
Ternyata percaturan Herry Iman Pierngadi cukup bijak dan memberi peluang kepada jaguh badminton tersebut untuk melakar sejarah sukan tanah air.
Bawa Wang Kemenangan USD 37,000 Jadi Juara Badminton Asia
Atas kejayaan membanggakan itu, Aaron Chia – Wooi Yik membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD 37,000 atau lebih RM163,000.
View this post on Instagram
Sementara itu, bekas pemain perseorangan lelaki badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki tersebut.
“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!
Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda!
Cayalah… macam ada level up je!”, titip Datuk Lee Chong Wei di media sosial miliknya.