Ads

Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta!

Putera Mateen Dedah Wajah Anak, Zahra Mariam Bolkiah
Putera Mateen Dedah Wajah Anak, Zahra Mariam Bolkiah

Khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung pasangan diraja Brunei, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi bualan ramai kebelakangan ini. Pastinya ramai yang menanti-nantikan untuk melihat wajah puteri kesayangan pasangan berkenaan yang juga cucunda Sultan Brunei.

Pengiran Anak Isteri Anisha dilapor selamat melahirkan bayi perempuan pada 8 Februari lalu kira-kira jam 8.50 pagi di Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

Artikel https://www.nona.my/hampir-setahun-jadi-suri-hati-putera-mateen-terserlah-wajah-bahagia-pengiran-anak-isteri-anisha-rosnah/

Putera Mateen Timang Anak Sulung

Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta! Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta! Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta!Terbaharu, Pengiran Muda Abdul Mateen menjadi sorotan warga maya apabila terbuka berkongsi wajah puteri kesayangan buat kali pertama buat tatapan umum.

Ads

Menerusi perkongsian itu di Instagram, Putera Mateen memuat naik foto dirinya mendukung kemas bayi perempuan yang diberi nama Zahra Mariam Bolkiah sambil ditemani isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha di sisi.

Zahra Mariam Bolkiah, Buah Hati Putera Mateen

Dalam pada itu, Putera Mateen turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan serta kata-kata semangat daripada peminat.

“Zahra Mariam Bolkiah. Anisha and I are so grateful to the incredible team at JPMC for their exceptional care and support, and so thankful to everyone for the kind wishes.”

Ads

Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta! Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta! Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam Bolkiah Di Sisi Isteri Tercinta!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

Ads

Kelahiran cucunda Sultan Hassanal Bolkiah, Zahra Mariam Bolkiah disambut penuh kesyukuran dan istiadat apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2024.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Puan Sri Normala Samsudin Sambut Raya Sederhana

Anggun Dalam Busana Tradisi, Puan Sri Normala Samsudin Syukuri Nikmat Bersama...

Lama tak dengar khabar bekas personaliti cantik televisyen, Puan Sri Normala Samsudin. Menjelang 1 Syawal, jelitawan ini tidak melepaskan peluang meraikan hari lebaran di samping keluarga tersayang.