Gaya Hidup

Puteri Charlotte Persis ‘Mini’ Kate Middleton, Jadi Sorotan Pada Pertabalan Raja Charles III

Kemunculan Kate Middleton dan puterinya, Puteri Charlotte pada pertabalan Raja Charles III di Westminster Abbey, London menjadi perhatian.

Kate kelihatan memukau dengan headpiece bersulam kristal piuter ketika menghadiri majlis pertabalan itu.

Penampilan Kate dikatakan bercanggah dengan laporan sebelum ini yang menyatakan dia akan memilih mahkota bunga dan bukannya tiara sebagai aksesori di kepalanya.

Penampilan Puteri Wales ini juga dilengkapi dengan headpiece

bersulam daun tiga dimensi rekaan oleh Jess Collett dan Alexander McQueen.

Hiasan kepala itu diperbuat daripada jongkong perak, kristal dan disiapkan dengan benang perak.

Kate turut menyarungkan jubah agung ketika pertabalan termasuk Royal Victorian Order coat rona biru gelap rekaan Alexander McQueen.

Sementara itu, Puteri Charlotte kelihatan seperti versi mini ibunya dengan hiasan kepala kristal yang serupa yang merupakan karya pelapis yang sama.

Charlotte yang kini berusia lapan tahun turut memakai gaun Alexander McQueen, dengan jubah yang diperbuat daripada krep sutera rona gading.

Gaun Kate Middleton menampilkan jongkong emas dan benang bersulam bermotifkan bunga mawar, duri, daffodil dan shamrock, dengan lambang mewakili empat negara.

Lambang itu juga kelihatan pada gaun Charlotte yang disulam dengan jahitan sulaman satin gading.

 

Manakala anting-anting yang dipakai oleh Kate adalah satu penghormatan kepada mendiang ibu William iaitu Puteri Diana di mana kepingan mutiara dan berlian menghiasi anting-anting tersebut.

Kate turut memakai Kalung Festoon George VI Ratu Elizabeth II, yang diwariskan George VI kepada anak perempuannya Puteri Elizabeth pada 1950.

Kalung tiga utas yang berkilauan itu adalah kegemaran mendiang raja yang menggunakan 105 berlian collet-set longgar.

 

Kredit Foto: IG Catherine Princess of Wales

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share