Cantik dan tak jemu mata memandang. Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli punya daya tarikan tersendiri selain lemah lembut orangnya.
Bila melihat susuk tubuhnya yang kekal langsing sejak dulu memang makan hati. Macam anak dara! Menurut Amyra, dia bukanlah seorang yang obses dengan amalan diet.
Biarpun menggemari makanan manis, Amyra tetap memantau pemakanannya terutama pengambilan gula.
Sejak bertudung pada 2019 Amyra yang mesra dengan panggilan Myra kekal menawan pada usia 33 tahun, biarpun berstatus isteri serta ibu kepada sepasang cahaya mata.
Bahkan, rezeki pelakon drama Nur yang wajahnya persis Nia Ramadhani ini sentiasa murah terutama dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
BACA JUGA: Cantiknya ‘Bidadari’ Amar Baharin, Penampilan Amyra Rosli Hadir Ke Majlis Ilmu Raih Perhatian!
Ternyata, isteri kepada pelakon kacak Amar Baharin ini memiliki kelasnya yang tersendiri sebagai seorang public figure
.Untuk info, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan sejiwa ini dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel iaitu Aqeef Anaqi Amar dan Ayra Aryssa.
This website uses cookies.