
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.
Dari riak wajah Dato’ Seri Amirudin Shari mahupun Datin Seri Masdiana jelas terserlah wajah bahagia mereka berdua.
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari

Bersempena ulang tahun perkahwinan, Ahli Parlimen Gombak ini memuat naik gambar di samping isteri tercinta di media sosial dan menitipkan ucapan romantis buat suri hati kesayangannya itu.
Malah, dia berkesempatan mengarang pantun khusus kepada Datin Seri Masdiana.
Titip Menteri Besar Selangor ke-16 ini, “Logam waja dibuat jeriji, Penampan kota selatan utara, Dua dekad mengikat janji, Moga keluarga bahagia sejahtera.
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-21 buat isteriku Masdiana Muhamad. Moga kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat. I love you.”

Lebih istimewa, sambutan ulang tahun perkahwinan diraikan ketika mereka menunaikan ibadah umrah. Difahamkan sebelum tiba di Tanah Suci, Dato’ Seri Amirudin dan isteri meluangkan masa menziarahi bumi Mesir.
“Saya dan isteri, Masdiana telah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah. Dalam perjalanan, kami turut singgah di bumi Mesir. Setibanya di Mesir semalam, saya telah menunaikan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di salah sebuah masjid yang sangat terkemuka di Mesir iaitu Masjid Nabi Danial.
Saya sangat tertarik dengan pengisian solat Tarawih di masjid ini yang diselangi aktiviti soalan kuiz kepada jemaah di antara 4 rakaat. Antara soalan kuiz tersebut kepada para jemaah masjid ialah siapakah perawi hadith yang dibacakan oleh Imam Masjid.
Seperti kebiasaan di Mesir, kemeriahan Ramadan adalah amat ditunggu tunggu oleh masyarakat Islam disini, ibarat kemeriahan Aidilfitri di Malaysia. Semoga permusafiran saya dan isteri diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT.”
View this post on Instagram
Isteri & Anak Sulung Menteri Besar Selangor Ini Selesai Tunai Umrah
12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447 Hijrah, Dato’ Seri Amirudin dan Datin Seri Masdiana selamat tiba di Kota Mekah. Istimewanya, anak sulung iaitu Amirul Haziq turut bersama mereka di sana.

“Alhamdulillah saya bersama Diana dan Amirul Haziq telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah. Sejurus tiba, kami telah melaksanakan umrah pertama di Khamis malam Jumaat yang cukup indah. Syukur alhamdulillah.”
Sepanjang perjalanan mengerjakan umrah, mereka turut berpeluang menziarahi makam salah seorang wali Allah, Syeikh Sidi Ahmad Badawi dan makam Imam Al-Busiri di Mesir.

21 tahun hidup berumah tangga, Menteri Besar Selangor ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Amirul Haziq, Najwan Imran, Amina Safrina, Luthfi Abshar, Ana Safiyah dan Iffa Batrisya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





