Gaya Hidup

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 5, FATTAH AMIN & FAZURA Kongsi Ucapan “Sweet But Meaningful!”

Tanggal 27 November 2017 menyaksikan Fattah Amin dan Nur Fazura disatukan sebagai suami isteri. Diam tak diam, sudah 5 tahun pasangan sehati sejiwa ini melayari bahtera perkahwinan. Kehidupan berumahtangga diserikan dengan kehadiran,Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Meskipun sudah 5 tahun bergelar suami isteri, namun momen romantis tetap menjadi elemen utama dalam kehidupan pasangan selebriti ini. Mana tidaknya, melalui posting di media sosial baik Fazura mahupun Fattah, pasangan ini sentiasa mencuri tumpuan dan tidak terlepas dari menjadi bahan usikan netizen yang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini melayari bahtera rumahtangga.

Sempena ulang tahun perkahwinan yang disambut 27 November lalu, kedua-duanya saling menitipkan ucapan ‘sweet’ di lama sosial. Malah Fazura turut berkongsi perbualan di WhatsApp bersama suami tersayang yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran. Bila membaca ucapan Fazura buat sang suami, pasangan ini romantis bagaikan pasangan yang baharu dilamun cinta!

Kebiasaannya, fasa perkahwinan memasuki angka 5 ke 10 tahun dikategorikan sebagai fasa  suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

Semoga rumah tangga pasangan selebriti ini sentiasa harmoni dan berada di bawah lindunganNya. Tahniah Fazura & Fattah!

 

IKLAN
Share