Bayangkan dalam tempoh seminggu sahaja, Didiyana Ehsan mampu meraih sehingga RM4, 000. Pengakuan hijab stylist ternama ini nyata membuatkan penulis terkedu seketika. Masakan tidak, dalam masa tujuh hari.. dia sudah menjana pendapatan lumayan dan ibarat gaji bulanan bagi kebanyakan kerjaya lain. Memang menguntungkan! Mesti ramai wanita menyimpan hasrat untuk menjadi penata gaya hijab seperti Didiyana lepas ini, bukan?

Selesa membahasakan dirinya sebagai Didi, wanita yang tidak lokek menguntum senyuman ini seorang yang sangat merendah diri. Meskipun sudah menata gaya selebriti hijab terkenal seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Azrinaz Mazhar Hakim.. namun dia enggan meletakkan dirinya terlalu tinggi dan mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

IKLAN

Ditemui ketika menjadi penata gaya hijab seorang kliennya semalam, ibu kepada seorang anak ini meluahkan rasa syukur kerana kerjaya ini semakin mendapat perhatian masyarakat. “Sudah tentu saya happy sebab finally orang acknowledge hijab stylist is a career. Kalau dulu bab pemakaian tudung selebriti akan diuruskan make up artist, tapi kini tugas tersebut jadi lebih spesifik. Happy to see bila ramai yang dah start buat kerjaya ini.

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

Cuma apa yang saya boleh pesan kepada mereka yang baru atau mahu menceburi bidang ini… mereka kena banyak belajar lagi. Maksudnya jangan baru pertama kali buat styling tudung, terus label diri anda sebagai hijab stylist. Perlu pergi cari ilmu dari orang-orang yang biasa dalam industri ini dan dapatkan seberapa banyak pengalaman. Masa baru start, saya jadi assistant orang terlebih dulu dan dari situ saya belajar macam-macam perkara.”

Tambahnya lagi, “Styling saya lebih kepada gaya yang kemas macam draped. Sebab itu saya gunakan hashtag ‘drapedbydidi’. Awal pembabitan dulu saya pernah buat gaya flowy dan layers.. tapi sekarang, berbeza. Kalau baju yang dipakai nampak sarat, bahagian tudung kena minimal. Kalau dua-dua ni sarat, nanti tak tahu nak fokus di bahagian mana pula.

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

View this post on Instagram

Did you know you can DIY even with a shawl? I’m about to show you one now, do let me know what you think? . DIY your own criss cross inner without an actual criss cross inner with @stylevism.scarves chiffon silk shawl . . Simply place the end of the shawl on top of your head in a slanted manner and pin at the back to secure it in place . . Bring around the shawl to the other side of your head and flip over to create a simple criss cross. Secure with a pin . . Adjust the remaining of the material to how much coverage you prefer at the chest and around the face (how loose or tight you want it around your face) . . Secure with another pin any loose parts of the shawl. For this flowy look, I add a final pin just above my ear. Careful not to poke your ears or your scalp! . . You can make this style with any shawl, but the softness and the lightness of this shawl from @stylevism.scarves is just right to neatly DIY your own criss cross . . Try this style first to see if the criss cross inner look is suitable for you before you invest in any criss cross inner. If it doesn’t suit you, you can always use the @stylevism.scarves as a normal shawl 😉 #ddetutorial101 #hijabtutorial . . @stylevism.scarves chiffon silk shawl code STRONG Tie back Inner by @innersejuk

A post shared by Didiyana Ehsan (@didiyanaehsan) on

Jadi, you as stylist kena ada ‘mata’ untuk kenal pasti sama ada benda tu sesuai atau tidak. Ini termasuklah pemilihan warna, style yang sesuai.. semua tu kena buat homework. It’s not easy macam datang ke lokasi dan terus buat je. I always do my homework misalnya ambil tahu bentuk muka klien. Semua itu penting.”

Memandangkan Didi adalah graduan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian terutama ketika drapping class benar-benar membantunya melaksanakan kerjaya hijab stylist dengan baik.

Mengulas mengenai pendapatan yang diterimanya daripada karier glamor ini, sambil tertawa dia menjelaskan ia bergantung kepada kemampuan seseorang. “Kalau anda seorang yang rajin bekerja, saya anggarkan boleh sampai sekurang-kurangnya RM3, 000 hingga RM4, 000 seminggu. Dalam sebulan tu, dapatlah lebih kurang RM10, 000 hingga RM15, 000.

Biasanya saya akan charge RM250 per look kepada setiap klien. Katakan kalau satu klien ambil tiga atau empat look, dekat situ dah boleh dapat RM1, 000. Sama ada selebriti atau orang biasa, charge yang dikenakan tetap sama. Cuma untuk wedding, RM450 sebab kena pakai veil dan aksesori lain.

IKLAN

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

Popular Di Kalangan Selebriti Berhijab, DIDIYANA EHSAN Ikon Hijab Stylist Berjaya!

Masa mula-mula buat kerja ni, dua tahun pertama nak create portfolio.. bayaran yang saya kenakan hanya RM150 per look. Kemudian, saya naikkan harga kepada RM250 sampailah sekarang,” terang Didi yang telah tujuh tahun bergelar hijab stylist sewaktu masih bergelar penuntut fesyen tahun akhir suatu ketika dulu

Selain menata gaya hijab, Didi juga sebenarnya aktif mengadakan kelas tutorial sekurang-kurangnya tiga tahun sekali. “Dah dua tahun berturut-turut kita buat kelas bersama ibu-ibu chic dengan stylist, Min Luna dan jurumekap, Nad Ismail. Biasanya kami bertiga buat kelas ini untuk persiapan raya.

Dalam pada itu, saya juga ada buat review dari pengusaha tudung di IG saya sendiri. Tapi bukan sebarangan review sebab saya akan ambil dari label tudung yang baru nak meningkat naik dan kaji dulu produk mereka. Kalau ada potensi dan unik daripada tudung lain, baru saya putuskan untuk ambil.

IKLAN

Tujuan utama saya buat semua ini adalah untuk membantu orang ramai khususnya wanita berhijab. Bukan saja untuk galakkan mereka pakai tudung dan nampak cantik bila pakai tudung tapi juga untuk membantu label hijab baru untuk bertapak dalam pasaran,” akhirinya yang mengakui gemar mengenakan selendang velvet chiffon jenama Sharqiaa dari Dubai.

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI