Perawatan kaki amat penting dan harus dilakukan oleh semua individu untuk mencapai kesihatan yang optimum. Kaki memiliki sumbangan yang besar dalam aktiviti seharian seperti berdiri dan berjalan. Tubuh bahagian bawah terutama kaki memiliki tugas untuk mendukung berat seluruh tubuh dan menjadi bahagian yang paling sering digunakan.
Semestinya memiliki kulit kaki yang bersih putih, halus, lembut seperti kulit bayi menjadi idaman semua wanita. Ketekunan dan rutin yang konsisten untuk melakukannya akan membawa hasil yang diinginkan. Lakukanlah perawatan yang sederhana, mudah dan praktikal serta boleh dilakukan di rumah.
1) Sapuan pelembap
Memberikan pelembap cukup penting untuk kaki sama ada menyapu minyak atau losen, pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kelembapan pada kulit wajib dipelihara agar tidak kering. Oleh itu, dengan menyapu pelembap akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Gunakan pelembap selepas mandi. Vitamin yang terkandung dalam pelembap akan diserap oleh kaki.
2) Rutin melakukan lulur dan skrub
Dengan cara menyental atau lulur akan menyingkirkan sel-sel kulit mati, sehingga kulit akan kembali cerah bersinar, halus dan lembut. Pilih dan pakai lulur mahu pun skrub yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan secara teratur. Seterusnya proses regenerasi kulit akan berlangsung, kolagen yang di produksi akan meningkat dan menjadikan kulit kusam berganti menjadi lebih lembut.
Ads
3) Gunakan Sikat Halus dan Batu Apung
Untuk mengangkat sel-sel kulit yang mati, sediakan alat seperti sikat kecil dan juga batu apung di dalam kamar mandi. Kedua-duanya bisa paling berkesan digunakan untuk mengikis bahagian kulit yang pecah-pecah biasanya di bahagian tumit kaki atau telapak kaki. Lakukan secara lembut tidak terlalu kuat ketika menggosok untuk mengelakkan alahan pada kulit.
4) Selalu memakai alas kaki atau selipar
Dengan menggunakan alas kaki adalah untuk mengelakkan kulit pada kaki menebal, kulit kaki pecah-pecah dan kaki terlindung dari benda atau barang yang boleh melukakan kaki.
Ads
5) Cuci kaki setiap hari untuk memastikan kaki tetap bersih.
Jangan lupa mencuci di celah-celah jari kaki. Segera keringkan kaki setelah dicuci. Kulit kaki yang basah akan membuatnya tidak elastin sehingga mudah mengalami pecah-pecah.
6) Potong kuku kaki secara teratur.
Ads
Berhati-hatilah, jangan memotong terlalu pendek yang berpotensi melukakan kulit. Khusus untuk wanita, cat kuku sebaik-baiknya hanya dipakai paling lama sehingga seminggu. Gunakan cecair pembersih cat kuku untuk untuk pembersihan. Pemakaian cat kuku dalam jangka lama dapat menyebabkan kuku rapuh dan menimbulkan masalah lain.
7) Pilih sepatu yang sesuai dengan ukuran kaki.
Ketika membeli sepatu baru, beri keutamaan pada faktor selesa atau tidak. Seboleh-bolehnya, hindari berjalan atau berlari tanpa selipar meskipun berada di dalam rumah untuk menjaga kondisi kaki.
8) Jangan pernah mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.
Rasa sakit umumnya berhubungan dengan peradangan atau sebab lain yang tersembunyi. Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa sakit kaki yang berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang persona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Anggun mengenakan persalinan tradisi, keramahan Baginda yang sering mengukir senyuman membuatkan khalayak terpikat dengan peribadi Tengku Permaisuri Selangor.
Pada 28 November lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 hari kedua dan ketiga yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.
Selaku Pro Canselor UiTM, Baginda berkenan menyampaikan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Professional dan Diploma membabitkan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Arshad Ayub Graduate Business School, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Institut Pengangkutan Malaysia.
Paling menarik perhatian ialah penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang cukup elegan berbusana songket rona biru. Biarpun minimalis, namun terserlah kejelitaan Baginda.
Lebih istimewa pada hari ketiga istiadat, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai barang perhiasan termasuk loket yang disembahkan oleh pihak UiTM.
Perhiasan eksklusif yang diberi nama “Newness & Timeless” ini adalah hasil seni rekaan yang diinspirasikan daripada keindahan dan keunikan motif Melayu pada kain songket serta diberi nafas terkini dengan gabungan elemen lama dan baharu.
Ia direka oleh Fardliana Ismail, pelajar Seni Reka Logam Kontemporari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM. Untung pelajar berkenaan kerana hasil karyanya digayakan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai wanita Asia yang sering terdedah kepada sinaran matahari, masalah kulit gelap atau kusam adalah masalah yang biasa dihadapi. Kulit gelap dan kusam adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang, terdedah kepada pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembapan kulit.
Punca kulit yang kusam adalah kerana sel kulit yang mati terkumpul di permukaan kulit. Pengumpulan sel kulit yang mati ini telah menghalang sel kulit yang baru tumbuh.
Warna kulit bergantung kepada pigmen yang disebut melanin. Melanin dihasilkan oleh sel melanocyte yang terletak di bawah kulit. Melanin berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada sinar matahari yang berbahaya.
Perubahan kimia pada kulit akan terjadi apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Melanin juga meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada sinar matahari terhadap kulit. Semakin banyak melanin pada kulit wajah lebih banyak perlindungan yang boleh diberikan kepada kulit.
Melanin yang terdapat di bawah kulit sebenarnya menentukan kulit wajah seseorang. Cerah atau gelap kulit wajah bergantung kepada kuantiti melanin tersebut. Wanita yang terdedah kepada cahaya matahari cenderung untuk memiliki kulit yang gelap kerana melanin di bawah kulit menjadi aktif.
Mempunyai kulit sensitif memerlukan penjagaan rapi. Pemilik kulit jenis ini tidak boleh menggunakan sebarang produk yang tidak sesuai dengan kulit. Jika tersalah produk kulit akan menjadi kemerah-merahan atau radang kulit. Mungkin juga kulit alah kepada habuk. Biasanya kulit sensitif peka kepada perubahan suhu dan bahan kimia tertentu yang boleh mengganggu kesihatan kulit.
Kesan hidrasi kepada kulit adalah kerana kekurangan air dalam badan sehingga mengakibatkan kulit kering dan kusam. Ini secara tidak langsung memberi kesan kulit yang lebih gelap dan tidak bermaya.
Ketika mengalami stres, kulit akan terpancar lebih gelap dan kusam. Ini kerana fikiran yang terbeban dengan masalah akan mencetus stres. Ketika itu tubuh akan melepaskan melanocyte-stimulating hormone atau MSH.
Hormon ini menghasilkan pigmen warna pada kulit sehingga pada waktu tertentu hormon ini melepaskan butir melanin ke seluruh lapisan kulit sehingga kulit menjadi hitam. Stres akan mengakibatkan hormon ini memberi isyarat kepada otak dan hormon ini diaktifkan sehingga kulit menjadi lebih gelap.
CERAHKAN KULIT SECARA SEMULA JADI
(a) Kelapa
Mengandungi asid lemak tepu mampu melindungi kulit. Parutan kepala membantu menyingkirkan sel kulit yang mati, merangsang keanjalan kulit dan memberi kelembapan. Kelapa sangat berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.
(b) Madu
Tekstur yang lembut dan kaya dengan vitamin, mineral, anti oksida dan potassium yang bertindak melembap dan menyegarkan wajah. Madu juga berupaya memutihkan wajah dengan menyingkirkan sel kulit yang mati yang terdapat di permukaan luar kulit.
(c) Timun
Memiliki kandungan air yang tinggi, kaya dengan vitamin A,B,C serta mineral seperti mangan, silika, kalium dan magnesium. Timun memiliki sifat diuretik juga memiliki kandungan asid caffeic dan asid askorbik yang mampu mengurangi pembengkakan mata. Timun juga mempunyai peranan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.
(d) Ais
Sifat ais yang sejuk mampu memberi ketenangan dan kesejukan kepada kulit. Ais mampu mengurangkan ketidaksamaan warna pada kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Laluan kerjaya yang dilalui sebilangan selebriti bertaraf legenda bukanlah mudah. Mereka perlu melalui proses yang panjang untuk mencapai puncak kegemilangan.
Begitu juga bekas penyanyi dan pelakon legenda Indonesia ini, Dewi Yull. Kerjayanya bermula sejak tahun 1977. Bukan sahaja bergelar penyanyi, pemilik nama penuh Raden Ayu Dewi Pujiati ini juga dikenali sebagai pelakon filem dan sinetron.
Beberapa filem telah menaikkan namanya untuk menjadi salah seorang artis terkemuka pada zamannya.
Selain itu, Dewi Yull pernah menerima Anugerah Muzik Indonesia sebagai penyanyi pop wanita terbaik.
Suaranya yang tersendiri dan merdu membuatkan dia sering diundang ke Istana Negara untuk menyanyikan lagu-lagu Indonesia ketika menyambut tetamu negara.
Kini, pada usia emasnya penyanyi ini sedang berehat dari dunia hiburan dan menikmati hari tuanya bersama suami dan anak-anaknya.
Berikut foto dan perkembangan terkini Dewi Yull.
PENAMPILAN BERSAHAJA
Dewi Yull seorang penyanyi dan pelakon yang pernah melalui fasa turun dan naik sepanjangd berada dalam dunia hiburan di eranya.
BAHAGIA BERSAMA SUAMI BARU
Dewi Yull pernah berkahwin dengan pelakon Ray Sahetapy. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki.
Anak perempuannya, Gizca Puteri Agustina meninggal dunia pada 2010.
Selepas bercerai dengan Ray Sahetapy, Dewi Yull berkahwin semula dengan Srikaton pada 2008. Kehidupan rumah tangganya kelihatan bahagia dan jauh daripada gosip.
JARANG MUNCUL
Biarpun sesekali muncul di kaca televisyen, karya Dewi Yull dalam dunia hiburan tidak lagi seperti dulu. Ini kerana sekarang ini dia jarang muncul di kaca televisyen seperti di awal kariernya.
AWET MUDA
Biarpun kini usianya mencecah 61 tahun, seri wajah Dewi Yull nampaknya tidak banyak berubah. Ini kerana Dewi Yull masih kelihatan cantik dan awet muda.
AKTIF DI MEDIA SOSIAL
Dewi Yull dilihat sangat aktif di Instagram. Dia sering berkongsi kehidupan seharian, baik bersama keluarga mahupun aktiviti lain seperti menyanyi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.