Gaya Hidup

Rambang Mata! Inilah Butik Kegemaran Shopaholic Kalau Ke Pavilion KL, Bao Bao & Pleats Please Issey Miyake

Bermulanya pada musim bunga, BAO BAO ISSEY MIYAKE bersama PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE bergabung di bawah butik konsep yang sama serta berwajah baharu di Pavilion Kuala Lumpur.

Butik konsep yang merangkumi keluasan sekitar 1,195 kaki persegi ini mengutamakan koleksi barangan ikonik antaranya beg bermotifkan geometri, pleated blouse eksklusif serta structured outerwear diperbuat daripada sutera dan crepes mewah.

BAO BAO ISSEY MIYAKE adalah rangkaian beg geometri dan pouch bertemakan ‘shapes made by chance’ yang fleksibel. Rangkaian ini sesuai buat mereka yang memiliki gaya hidup moden serta sibuk.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000, BAO BAO ISSEY MIYAKE memperluaskan rangkaian produknya yang dihasilkan daripada material bermutu tinggi.

Manakala PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE merupakan rangkaian pakaian wanita yang direka khusus bagi melengkapkan gaya hidup yang kontemporari.

Setiap helaian fabriknya dipotong dan dijahit, kemudian dilipat menggunakan teknik perindustrian. Proses ini membolehkan tekstur dan bentuk dicipta. Kesederhanaan bentuk yang klasik membolehkan ia disarungkan untuk sebarang majlis.

Bermula dari yang klasik sehinggalah kepada jewel tones dan cetakan terang, menjadikan pakaian tersebut lebih praktikal seterusnya mampu mengubah cara golongan wanita berpakaian.

Setiap koleksi terserlah dengan rekaan yang dramatik serta unik di samping pilihan warna-warnanya yang memukau.

INTERIOR

Sesiapa sahaja yang mengunjungi butik konsep ini pasti akan terpegun dengan keunikan interior dalamannya. Butik konsep ini memiliki nilai-nilai estetika futuristik moden bersama kemasan krom di bahagian luarnya.

Untuk memudahkan akses, butik konsep ini mempunyai dua pintu masuk untuk BAO BAO ISSEY MIYAKE dan PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE bermula dari pusat membeli-belah dan dinding custom aluminium

di antaranya, bagi membezakan kedua-dua ruang.

Berkunjunglah ke butik konsep BAO BAO ISSEY MIYAKE & PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE yang terletak di aras tiga Pavilion Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Amy Mohd

IKLAN
Share