
Kemunculan kumpulan penyanyi wanita paling lama di Malaysia dan popular sekitar 90an, Elite pada Konsert GenKRU baru-baru ini kembali mencetuskan fenomena.
Ternyata, aura ‘legend’ masih berbisa biarpun masing-masing sudah berstatus isteri dan ibu serta memiliki kehidupan peribadi tersendiri.
Kumpulan di bawah naungan syarikat rakaman, KRU Records ini dianggotai oleh Abby Abadi, Linda Rafar, Azza, Sasha Saidin dan Watie Sadali.
Antara lagu-lagu popular nyanyian kumpulan Elite yang masih menjadi siulan hingga kini ialah Trauma, Di Pintu Syurga dan Tamparan Wanita.
Biarpun kini masing-masing telah pun mencecah usia 40an serta berstatus isteri dan ibu, mereka masih kelihatan energetic dan ranggi.
September ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri sen tanah air apabila bakal mengadakan Konsert Elite Live ’25 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre.
Lebih istimewa, Konsert Elite Live’25 itu juga bersempena ulang tahun kumpulan Elite ke-30 yang bakal menggabungkan kembali Abby Abadi, Azza, Sasha Saidin, Linda Rafar dan Watie Sadali sebagai ahli kumpulan asal.
Tarikan persembahan Elite di Konsert GenKRU mencetuskan inspirasi buat mereka untuk mengadakan konsert. Ia juga sebagai ‘buah tangan’ istimewa buat para peminat.
NONA kongsikan gaya ranggi Abby Abadi, Linda Rafar, Azza dan Sasha Saidin pada usia 40-an.
This website uses cookies.