Kemunculan kumpulan penyanyi wanita paling lama di Malaysia dan popular sekitar 90an, Elite pada Konsert GenKRU baru-baru ini kembali mencetuskan fenomena.
Ternyata, aura ‘legend’ masih berbisa biarpun masing-masing sudah berstatus isteri dan ibu serta memiliki kehidupan peribadi tersendiri.
Kumpulan di bawah naungan syarikat rakaman, KRU Records ini dianggotai oleh Abby Abadi, Linda Rafar, Azza, Sasha Saidin dan Watie Sadali.
Antara lagu-lagu popular nyanyian kumpulan Elite yang masih menjadi siulan hingga kini ialah Trauma, Di Pintu Syurga dan Tamparan Wanita.
September ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri sen tanah air apabila bakal mengadakan Konsert Elite Live ’25 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre.
Ads
Lebih istimewa, Konsert Elite Live’25 itu juga bersempena ulang tahun kumpulan Elite ke-30 yang bakal menggabungkan kembali Abby Abadi, Azza, Sasha Saidin, Linda Rafar dan Watie Sadali sebagai ahli kumpulan asal.
Tarikan persembahan Elite di Konsert GenKRU mencetuskan inspirasi buat mereka untuk mengadakan konsert. Ia juga sebagai ‘buah tangan’ istimewa buat para peminat.
NONA kongsikan gaya ranggi Abby Abadi, Linda Rafar, Azza dan Sasha Saidin pada usia 40-an.
Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon, Erin Malek setelah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda. Jika diintai di laman instagramnya, dia baru-baru ini menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara.
Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.
Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab.
Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.
Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat.
Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.
Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!
Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.
Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!
Pencuci muka, bedak padat dan pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.
Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.
Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.
Erin jarang mengunjungi pusat-pusat kecantikan, mungkin setahun hanya dua atau tiga kali sahaja melakukan rawatan di sana.
Erin memang mengikuti kelas ‘kickboxing’ dua kali seminggu bagi memastikan tubuh badan kekal cergas dan aktif.
Campurkan lima sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung kemudian pupurkan pada wajah hingga kering.
Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sofeashra atau lebih dikenali sebagai Sofea merupakan figura yang tidak asing lagi di aplikasi Tiktok yang sering mencipta kandungan fesyen, stail dan kecantikan sehingga kini digelar sebagai ‘TikTok Famous’.
Bermula sebagai hobi kini, mencipta kandungan (content creator) menjadi pekerjaan sepenuh masa bagi Sofea yang mempunyai personaliti disenangi iaitu seorang peramah, bersemangat dan juga cantik membuatkan dirinya mudah mengumpul pengikutnya yang tersendiri!
Namun, siapa sangka gadis ceria dan periang ini juga tidak terlepas dari mempunyai masalah kulit seperti hijabista diluar sana. Tapi menariknya, Sofea mempunyai sudut pandang serta ‘remedy’ yang tersendiri untuk mengatasi masalah kulitnya, disini Hijabista kongsikan sudut pandang Sofea untuk anda!
Meski sentiasa tampil menawan dan jelita dihadapan lensa kamera, siapa sangka bahawa gadis manis ini juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah.
Menurut Sofea, kesan dari pemakaian Make-up setiap hari membuatkan kulit wajahnya juga mengalami masalah dan tidaklah halus licin sempurna atau memiliki glass skin. Ini respon beliau ketika NONA bertanyakan adakah dia pernah mengalami masalah kulit wajah.
“Eh pernah! Tengok la, kulit Sofea tak perfect pun sekarang. Kita masih ada masalah tinybumps. Setiap hari kena pakai make-up apa semua kan terutamanya bila dihadapan kamera, mesti ada masalah kulit juga.
“Kalau kulit okay pun, dia hanya okay seminggu je, hari berikutnya tu kulit saya tak memberi kerjasama. Jadi, kalau Sofea pergi facial atau jaga macam mana pun, tinybumps ni tetap akan naik juga,” katanya.
Ketika disoal bagaimana dia mengatasi rasa malu untuk keluar atau berhadapan dengan khalayak umum ketika kulit wajahnya sedang bermasalah. Sofea menegaskan bahawa dia sering mengambil pendekatan positif dan tak pernah merasa malu terhadap apa jua kondisi kulitnya sebagai ‘remedy’ terbaik tanpa perlu merasa hilang keyakinan diri!
“Kalau ada masalah kulit, benda tu Sofea rasa tak perlu malu pun. Sebab 90 peratus, wanita di Malaysia memang ada masalah kulit. Lagi 10 peratus tu sangat bertuah sebab mempunyai genetik yang best!
“Tambahan dalam industri ini, bila semua orang selalu pakai make-up, memang semua orang akan ada masalah kulit. Jadi, ia perkara biasa. Bila Sofea rasa benda tu normal, saya tak rasa saya seorang sahaja yang tak cantik,” jelasnya.
Menurut Sofea, masalah sebenarnya berpunca dari cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu masalah yang kita hadapi itu. Jika kita melihatnya dengan cara postif ia tidak akan memberi kesan kepada diri kita.
“Usually, we are our biggest critic. Jadi bila kita terlalu fokus pada satu masalah, contohnya masalah kulit, kita akan rasa rendah diri, tak nak keluar rumah. Ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Sofea, kita patut berlapang dada dan lepaskan semua perkata yang buat kita tertekan.
“Kita tak boleh lari dari ketidak seimbangan hormon, jadi mempunyai masalah kulit adalah normal. Just take comfort knowing that you’re not alone and that is the best remedy,” ujarnya.
Untuk rekod, Sofeashra merupakan seorang pempengaruh terkemuka di Tik Tok yang menghidangkan kandungan-kandungan tentang ‘Beauty & lifestyle’ dengan pengikut seramai 784.3 ribu dengan 51.2 juta tanda suka.
Jadi tidak hairanlah jika apa sahaja perkongsian berkenaan kecantikan dan stail yang dimuatnaik oleh wanita ini pasti menjadi sorotan para pengikutnya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Gandingan romantis Acha Septriasa dan Irwansyah dalam filem box office Indonesia, ‘Heart’ pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat seni di negara ini sekitar tahun 2006. Walau sudah 15 tahun berlalu, Nona percaya masih ramai yang mengingati jalan cerita filem tersebut dan pelakon wanita utamanya, Acha Septriasa.
Meniti usia 31 tahun, difahamkan Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Meskipun jauh dari keluarga dan tanah air, namun ia sedikit pun tidak menghalang Acha untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan. Bahkan ketika pandemik turut melanda Australia, Acha tetap meneruskan rakaman audio filem terbaharunya di studio.
Mengintai media sosial Acha baru-baru ini terserlah kehidupan bahagianya di samping keluarga tersayang. Malah, isteri Vicky Kharisma ini juga kelihatan makin cantik jelita dan langsing!
Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma pada 20 September 2017. Tak lama lagi Bridgia atau mesra disapa Brie bakal mencecah usia 4 tahun.
Mengimbau perjalanan seni Acha, dia memulakan kerjaya sebagai model sebelum menceburi dunia lakonan pada tahun 2005 dan namanya kian melonjak naik sejak membintangi filem ‘Heart’.
Tidak hanya menjadi teraju utama dalam filem itu, Acha turut menyumbangkan suara lunaknya untuk salah satu sountrack filem ‘Heart’ bertajuk ‘My Heart’, Sampai Menutup Mata dan Berdua Lebih Baik. Memang legend lagu-lagu ni zaman kegemilangan Acha dulu!
Pernah menyandang gelaran pelakon yang mendapat bayaran termahal di Indonesia suatu ketika dulu, Acha meraih pelbagai anugerah antaranya Aktris Terbaik dari Guardians e-Awards 2008, Star of the Year 2008 oleh Mellyana Guardian dan Pelakon Utama Wanita Filem Nasional Terpuji pada Festival Film Bandung tahun 2013.
Walau sibuk dengan kerjaya seni tapi Acha tak lupa mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik. Acha dilaporkan pernah menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di University of Creative Technology, Cyberjaya, Malaysia dalam bidang seni.
Puas memenuhi impian yang didambakan selama ini, Acha akhirnya mengakhiri zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan bersama suami tercinta pada 11 Disember 2016.
Kredit foto: Instagram Acha Septriasa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!