DIMPLE KAPADIA

Tanggal 8 Jun 1957 merupakan ulang tahun kelahiran bintang tersohor Bollywood, Dimple Kapadia. Melewati tarikh tersebut hari ini, Dimple secara rasminya genap berusia 65 tahun. Meskipun mencecah umur 60an, kecantikan aktres filem blockbuster Bobby ini masih berbisa. Lebih-lebih lagi dagu lekuknya yang sering menjadi tarikan!

IKLAN

Menelusuri latar belakang Dimple, dia dilahirkan di Mumbai, India dan anak kepada keluarga berada Gujarati di sana. Dimple merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Simple Kapadia yang juga pelakon. Namun Simple meninggal dunia pada tahun 2009.

Ketika baru berusia 16 tahun, Dimple Kapadia sudah bergelar bintang Bollywood. Namanya melonjak dan terus menjadi perhatian menerusi filem Bobby bergandingan bersama pelakon handalan, Rishi Kapoor pada tahun 1973.

Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!
Dimple Kapadia dalam filem Bobby tahun 1973
Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!
Dimple Kapadia dalam filem Bobby tahun 1973
Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!
Dimple Kapadia dalam filem Bobby tahun 1973

Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!

Sewaktu menjalani penggambaran filem Bobby, Dimple dilapor menjalin hubungan dengan teraju utama filem berkenaan dan Rishi berhasrat melamarnya. Tetapi dihalang untuk berjumpa dengan wanita cantik itu lagi oleh bapa Rishi yang juga pengarah tersohor, Raj Kapoor.

Dimple Kapadia menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana bakat lakonannya bahkan kerana wajah cantik aktres ini. Enam bulan sebelum filem Bobby disiarkan di layar perak, Dimple telah mengikat tali perkahwinan bersama superstar Bollywood, Rajesh Khanna yang 15 tahun lebih berusia daripadanya.

Sebaik bergelar isteri, anak kepada pasangan Betty Kapadia dan Chunnibhai Kapadia tersebut memutuskan untuk berhenti berlakon. Bagaimana pun, pasangan ini dikatakan berpisah pada tahun 1982. Hasil perkongsian hidup, Dimple dan Rajesh dikurniakan dua anak perempuan yang juga pelakon, Twinkle Khanna dan Rinke Khanna.

Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun! Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun! Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun! Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!

Pada tahun 1984 Dimple kembali mewarnai industri filem Bollywood dengan niat mahu bekerja selepas dua tahun berpisah dengan Rajesh Khanna. Berdasarkan rekod cemerlang dan reputasi baik dalam karier lakonan, Dimple berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon wanita terbaik Bollywood. Sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, Dimple mendapat pengiktirafan daripada National Award dan meraih lima FilmFare Award di India.

IKLAN

Tidak hanya dikagumi kerana kecantikan, keperibadian Dimple Kapadia turut menarik perhatian peminat seni di India. Mana tidaknya walau sudah berpisah dengan Rajesh Khanna dan tidak membuat kenyataan rasmi mengenai penceraian mereka, Dimple dilaporkan tidak pernah mengeluarkan kata-kata sindiran atau bercerita buruk tentang bekas suami.

Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun! Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun! Cetus Fenomena Filem BOBBY, DIMPLE KAPADIA Cantik Dalam Kelas Tersendiri Usia 65 Tahun!

Memetik kenyataan Dimple menerusi temu bualnya dengan media India pada tahun 2017, “Ramai salah faham terhadap Kaka (Rajesh Khanna). Dia ialah seorang lelaki yang hebat.

IKLAN

Saya sangat muda dan terburu-buru ketika kami berkahwin. Memang kami berpisah tapi kenangan dan cinta saya terhadapnya masih terasa. Jadi, jangan sesekali cuba mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas mengenainya.”

Seawal pembabitan bergelar anak seni, Dimple dilihat enggan terlalu mengejar populariti dan komited dengan minat lakonan yang diceburi. Meniti usia 65 tahun, kini Dimple bahagia menjalani hidup normal di samping anak-anak tersayang dan hanya menerima tawaran berlakon yang dirasakan sesuai dengan dirinya.

 

Sumber: Pink Villa & Hindustan Times

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI