Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu.
Ads
Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Ads
Ads
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya.
Ternyata, Priyanka Chopra Jonas bukan calang-calang wanita! Tak hanya dikurniakan raut wajah cantik dia juga berjaya melakar pelbagai kejayaan. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat India yang kuat, Priyanka yang kini berusia 41 tahun semakin mencipta nama dalam industri seni Hollywood!
Priyanka merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dr Ashok Chopra dan Dr Madhu Chopra. Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor dalam angkatan tentera India dan mereka sering berpindah. Selebriti ternama ini turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu Siddharth Chopra.
Hubungan Priyanka dengan bapa tersayang sangat akrab dan aktres ini sentiasa menjadikan bapanya sebagai inspirasi dalam kehidupan. Bagaimana pun, Dr Ashok meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.
Keakraban anak dan bapa ini dibuktikan dalam salah satu perkongsian Priyanka di Instagram miliknya ketika masih kecil dengan memakai pakaian seragam tentera bapa
tersayang.
“Waktu kecil saya suka pakai baju seragam tentera milik bapa. Saya mahu jadi sepertinya. Dia adalah idola saya. Bapa jugalah yang mendedahkan saya dengan dunia lasak.
Walau masih kecil, saya suka meneroka perkara baru dan buat sesuatu yang belum pernah saya cuba atau orang lain buat. Sebab saya sentiasa mahu jadi yang pertama.”
Menurut laporan Insider, bintang filem Baywatch ini pernah bersekolah Amerika Syarikat dan Army School, Bareilly di India. Ketika bersekolah di Boston, Priyanka mengaku sering dibuli kerana berketurunan India.
Ibunya, Dr Madhu Chopra turut mendedahkan sewaktu kecil Priyanka gemar mengenakan penampilan tomboy namun bertukar menjadi gadis cantik yang menjadi buruan apabila meningkat dewasa.
Difahamkan sebelum memenangi pertandingan Miss World 2020, Priyanka menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik NASA.
Bagaimana pun impian itu terkandas dan sejak bergelar ratu cantik, jelitawan ini serius menceburi industri seni Bollywood sehingga meraih pelbagai anugerah. Bahkan sehingga ke hari ini, Priyanka merupakan antara selebriti India yang mendapat bayaran paling mahal!
Kini Priyanka merupakan isteri Nick Jonas dan mereka mempunyai seorang anak perempuan comel diberi nama Malti Marie Chopra. Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’.
Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 dan umum berita kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada tahun lalu.
Pada tahun 2016, Priyanka mencipta satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila terpilih menerima penganugerahan pingat keempat tertinggi sebagai rakyat India iaitu Padma Shri.
Malah dalam temubual bersama Times, Priyanka memaklumkan dia enggan digelar pelakon atau bintang terkenal sebaliknya mahu mempunyai legasi sendiri dan tidak dilabel stereotaip.
Dia mahu melakukan sesuatu yang baru dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat.
Rentetan kejayaan cemerlangnya sebagai rakyat India, Priyanka dilantik sebagai India UNICEF Goodwill Ambassador yang berperanan memperkasa hak kanak-kanak pada tahun
2010.
Priyanka turut menerbitkan buku pertamanya ‘Unfinished’ yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan karier dari dulu hingga sekarang.
Alhamdulillah, nampak makin ayu dan berseri-seri Jihan Muse sejak mengenakan hijab. Sedang menikmati percutian di Jepun bersama keluarga, penampilan terbaru Jihan yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini nyata mengejutkan ramai pihak. Bahkan di kalangan rakan-rakan artis pun, ramai yang memuji gaya muslimah pelawak wanita terkenal ini.
Baru selesai menyertai Misi Dapur Kasih buat Sulawesi pada penghujung Januari lalu bersama Fara Fauzana dan Zara Zya, isteri Ungku Hariz ini sekali lagi menjadi perhatian dengan berita ‘penghijrahan’ tersebut. Mana tidaknya, tahu-tahu saja Jihan dah bertudung. Syukur alhamdulillah.
Meskipun tampil dengan imej baru, tapi ibu kepada Ungku Arsalan Haq sedikit pun tak kekok menggayakan hijab. Lilitan yang membaluti kepalanya juga nampak cantik terletak dan kemas. Tak ubah macam wanita yang dah lama pakai tudung.
Lebih manis, penghijrahan Jihan ini berlaku ketika anaknya menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Tak kisahlah sama ada dia sengaja memilih tarikh tersebut untuk berubah atau sekadar kebetulan… janji selebriti ini berani berubah ke arah kebaikan.
Jihan dalam pada itu turut berharap agar penampilan barunya ini tidak menjejaskan kerjaya lakonan dan pengacaraan yang diceburinya selama ini selain berharap ia diterima masyarakat termasuk syarikat produksi.
Rata-rata rakan artis dan peminat yang gembira melihat perubahan Jihan meluahkan rasa syukur dan mengharapkan supaya wanita hebat ini terus istiqamah mengenakan hijab.
Tak sabar rasanya nak tengok Jihan kembali beraksi di kaca TV dengan imej tersebut. Moga dengan penghijrahan Jihan ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat.
Kredit : Instagram Jihan Muse
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!