Anda memiliki better career, better money, better shoes… Tetapi, bagaimana dengan kepuasan di ranjang? Tahukah anda bahawa intimasi juga boleh mempengaruhi good mood days or bad days?

IKLAN

Ada ketikanya anda akan berkata “Wow, Sayang hebat sekali!” tapi ada juga hari di mana selesai melakukan hubungan seks, anda hanya terbaring kaku di atas ranjang dan menatap wajah suami kembali.

Lalu bertanya dalam hati, “Apakah tadi itu seks? Saya tidak merasa nikmatnya…”

Lazim kita dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti tekanan kerja, masalah kewangan, kenaikan berat badan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi hubungan seksual suami isteri.

Nona ingin berkongsi tip agar hari-hari anda terus menjadi good days dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang anda sebagai pasangan suami isteri. Let’s have a very sexy time, shall we?

IKLAN

Tip 1

  • Tinggalkan rasa malu-malu jika ingin menjadi wanita yang memiliki seks terbaik di dunia. Jika tidak, peranan anda di ranjang akan selalu menjadi biasa-biasa sahaja, suami mungkin akan bosan.
  • Jangan hanya menjadi wanita yang hanya menunggu diajak bercinta atau lebih parah lagi hanya diam sahaja seperti sayur ketika beraksi panas. Anda harus bergerak dan mengambil alih, memberi tahu pasangan, “Hey, saya sudah bersedia untuk beraksi di atas ranjang!”
  • Bukan cuma ‘pleasing him’ tetapi ‘teasing him’. Anda ingin tahu satu rahsia, bagaimana seorang wanita yang mempercayai diri dengan kehidupan seksualnya itu, sukar ditinggalkan suami? Kerana lelaki suka digoda.
  • Luahkan rasa keghairahan anda ketika di ranjang. Jika perlu mendesak, menjerit dan memberi pesona wajah penuh ghairah. Buktikan anda benar-benar inginkan kepuasan. So SCREAMMMMMM!

Tip 2

IKLAN
  • Mungkin bunyinya agak mementingkan diri! Mempunyai sedikit sikap ego dalam menerima kepuasan. Anda ingin mendapatkannya – bukan sekadar memberi. Kala anda benar-benar inginkan seks, jangan peduli perkara lain kecuali kepuasan anda. Lelaki mungkin sahaja mudah untuk mencapai klimaks, biarpun mereka juga ego di ranjang! Jadi sesekali perlu pentingkan diri.
  • Masalah yang sering kali terjadi, wanita hanya terkulai dan membiarkan lelaki bergerak sesuka hati. Hal ini harus berhenti ya! Anda harus ikut bergerak bersamanya, mengarahkan ke mana kepuasan anda terletak. Suami harus mengetahui di mana g-spot isteri dan sebagai isteri anda perlu memberitahu suami bahagian-bahagian yang anda suka.

Tip 3

  • Moto yang mungkin terbaik buat anda, “LAKUKAN SEKS SEOLAH-OLAH INI HARI TERAKHIR ANDA MELAKUKANNYA!”
  • Practice makes perfect. Suami isteri lakukan seks sekerap mana mungkin. Ia boleh menjalinkan rasa cinta yang seiring selamanya.
  • Boleh sahaja anda menganggap seks seperti fast food, anda boleh lakukan di mana dan bila-bila masa (Syaratnya anda telah sah menjadi suami isteri). Mungkin anda stuck di tengah-tengah acara keluarga yang membosankan, anda memilih untuk pulang dan bercinta? We say go with your guts!
  • Ikut rasa hati, berani untuk menjadikannya kenyataan. Mungkin anda mempunyai imaginasi sendiri, luahkan kepada suami. Sekarang masa untuk mulut anda berbicara, “I need you now.”
  • Anda akan lebih menikmati seks jika mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • Selalu merasa cantik dan seksi ketika di ranjang. Berhenti untuk berfikiran buruk tentang tubuh anda. Percaya diri akan membuatkan anda mengecap kepuasan sebenar.

Afterplay, 10 Rahsia Cinta Anda

  1. Ibarat sepotong kek coklat setelah disantap, afterplay menjadi penutup manis pemuas selera yang dapat membuatkan menjadi pasangan sempurna. Kepuasan tercapai dengan terjalinnya rasa cinta berpanjangan.
  2. Setelah selesai bertanding di ranjang, manjakan diri dengan makan buah-buahan seperti mangga atau strawberi yang baik untuk menggantikan tenaga yang hilang sebentar tadi.
  3. Selepas bersama di ranjang, keluar seketika dari kamar. Duduk di luar sambil menikmati udara segar dan sinar bulan, udara yang segar mampu membuatkan keghairahan kembali muncul.
  4. Mengapa suami lebih cepat tidur selepas melakukan hubungan seks? Wanita seperti air, lambat mendidih dan lambat dingin, sebaliknya lelaki ibarat api yang cepat menyala dan cepat pula padam. Bagi yang belum mencapai klimaks pertama biasanya inginkan seks di babak kedua. Jadi sebelum suami penat dan terus tidur, peranan waktu afterplay perlu diberi perhatian.
  5. Memuji pasangan selepas bersama amat meninggalkan kesan yang sengat romantis.
  6. Hot shower akan menjadikan tubuh lembap berpanjangan. Air yang suam mampu merangsang peredaran darah dan membuatkan tubuh anda kembali ghairah.
  7. Kalimat pendek ‘I love you’ amat mujarab untuk membuatkan afterplay bermakna. Sertai dengan pelukan dan ciuman pada lengan dan dahinya. Ini boleh membuatkan suami dihargai dan perasaannya melayang.
  8. Tempoh afterplay antara 10-20 minit, namun berbeza mengikut individu. Yang penting, rasa kasih sayang sudah dicurahkan dan anda tidak merasa seperti pelepas hasrat sahaja.
  9. Kritik dilarang sama sekali ketika afterplay. Apa lagi jika anda mengkritik tentang persembahannya. Lebih baik utarakan keinginan atau fantasi anda di telinganya, pasti terdengar lebih indah.
  10. Jangan terburu-buru memakai baju selepas hubungan kelamin. Usaha ini bagi menimbulkan suasana romantis dan percaya kepadanya. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI