Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka kini meniti usia 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha masih dikagumi. Raut wajah cantiknya ditambah pula dengan penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat ini.
Terpikat dengan kemulusan kulit wajah wanita berusia 29 tahun ini, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Ads
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha Jaafar ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia bukan hanya dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin!
Mengimbas kembali momen ijab kabul mereka pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini pun ibu kepada tiga anak ini masih kekal menawan. Ditanya resipi perkahwinan bahagia di samping suami tercinta, Leuniey ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah takdalah resipi sangat pun. Tahun ni merupakan tahun ke-8 perkahwinan kami, insyaAllah. Apa yang boleh Leuniey katakan, persefahaman yang baik antara pasangan itu adalah sangat penting. Begitu juga dengan sikap toleransi sesama suami isteri. Sebagai isteri, elakkan daripada buat benda yang suami tidak suka dan hormati suami adalah kunci utama dalam perkahwinan Leuniey dan Apex.”
Ads
Ujar wanita cantik ini lagi, “Sekarang kami menetap di Melaka, dah nak masuk tahun ketiga kami di sini sebab Apex main untuk Melaka United. Anak sulung dan nombor dua pun dah bersekolah tadika, masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Kebanyakan masa memang Leuniey bekerja dari rumah sebab office dan warehouse kami di Bangi. Setiap dua atau tiga kali seminggu Leuniey akan ke office di Bangi untuk jumpa team, jadi nak bahagikan masa di antara bisnes dan keluarga alhamdulillah tiada masalah buat kami.
Kalau Leuniey ke office belah pagi, Apex pula akan tolong jagakan anak sambil dibantu oleh maid sebab Apex training belah petang. Mujurlah kami ada maid yang sangat baik dan membantu dari segi kerja rumah dan anak-anak. Pada waktu lapang, Leuniey akan memenuhi waktu masa dengan anak-anak dan suami seperti bawa mereka keluar makan dan teman bermain. Kalau untuk diri sendiri pula Leuniey lebih suka pergi bersenam atau shopping bila ada masa terluang. Biasanya Leuniey buat rutin senaman pilates dan gym termasuk buat Live di Instagram untuk kongsi make up tutorial atau sekadar bersembang dengan rakan-rakan IG, ” ungkapnya.
Ads
Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kecantikan terbaru, LadyVie. Difahamkan produk ini baru sahaja dilancarkan Mac lalu. “Idea untuk buat jamu modern LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.
Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan lebih. Alhamdulillah Mac lepas kita dah buat online launching,” ulas Leuniey yang gemar membuat kerja seni, mengembara dan menari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakkan di antara kita sangat teliti soal kebersihan diri, tapi kebersihan peralatan solek ramai ambil remeh. Semakin lama digunakan, semakin banyak bakteria membiak dan menyebabkan jerawat pada wajah kalau tak dibersihkan. Inilah masanya nak cuci segala alat solek yang dah lama terbiar tu!
APA YANG BERLAKU JIKA PERALATAN SOLEKAN KOTOR?
Pembiakan bakteria
Solekan bertompok-tompok
Berus menjadi rosak
Iritasi pada kulit
Jerawat mula tumbuh dengan banyak
Bulu mata terlekat pada maskara atau lashes curler
Jangkitan pada mata
Kulit mula berkedut
Pembaziran!
Hujung-hujung minggu, jika tak ke mana-mana bolehlah anda mula mencuci peralatan solek terutamanya berus solekan. Tak perlu hari-hari, cukup sekadar 3 bulan sekali pun ok!
Bersihkan berus solekan
Mula-mula, basahkan berus dengan air suhu bilik. Hadkan hanya pada bahagian bulu berus sahaja agar pemegangnya tidak rosak.
Picitkan sedikit syampu atau pencuci wajah pada tapak tangan dan tekankan berus agar buih syampu atau pencuci wajah mengenai bahagian tengah berus.
Kemudian, bersihkan dengan air bersih dengan memastikan pemegang tidak basah.
Keringkan secara semula jadi dengan membiarkannya seharian di bawah tempat terang sampai alat make up benar-benar kering, sekurang-kurangnya seharian. Anda juga bolehlah bebeskan wajah tanpa solekan untuk sehari. Biarkan kulitmu bernafas!
Berus wajah ultrasonik
Walaupun anda menggunakan berus waja ultrasonik, anda masih perlu membersihkannya untuk mengelak dari pembiakan bakteria.
Buka skru pada kepada berus. Gunakan beberapa titisan sabun antibakteria dan berus gigi lama untuk memberus di celahan bulu berus.
Bilas dengan air suam. Lapkan bahagian pemegang dengan menggunakan sabun dan tuala lembut.
Biarkan berus dan pemegang kering dengan sendiri seharian sebelum menggunakannya semula.
Penyepit bulu mata
Maskara dan penyepit bulu mata mudah memerangkap kotoran dan menyebabkan iritasi pada mata yang sensitif. Penyepit bulu mata perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali seminggu atau setiap hari sekiranya anda memiliki mata sensitif.
Gunakan pad kapas dan alkohol untuk membersihkan bahagian curler.
Bilas dengan air sejuk kerana alkohol akan menyebabkan getah atau plastik pada penyepit mata menjadi kering. Kemudian, biarkan kering dengan semula jadi.
Pensil alis mata, pensil kening dan penggaris bibir
Kesemua alat solekan ini boleh menjadi tumpul. Anda memerlukan pengasah untuk menajamkannya kembali. Paling penting, pastikan pengasah itu bersih sebelum digunakan.
Rendamkan berus gigi lama ke dalam alkohol dan dengan perlahan berus pada bahagian pisau pengasah.
Bersihkan dan biarkan kering dengan semula jadi.
Tweezer
Tweezer digunakan untuk pelbagai guna seperti mencabut bulu kening dan bulu pada bahagian ketiak. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, tweezer juga perlu dibersihkan.
Hanya rendamkan dalam air biasa yang dicampur syampu, dan bilas. Biarkan kering sendiri.
Paralatan medicure dan pedicure
Kebersihan peralatan ini perlu sangat penting dan perlu anda ambil peduli. Bayangkan kesan-kesan daki dan kotoran dari kaki dan tangan di celahan kuku yang digunakan tanpa pembersihan yang betul boleh menyebabkan jangkitan.
Walaupun hanya anda seorang yang menggunakan peralatan ini namun ia juga perlu dibersihkan kerana ia berpotensi untuk membiakkan kuman.
Gunakan air panas dan sabun antibakteria untuk merendam peralatan besi.
Gosok celahan peralatan dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
Bahan yang diperbuat daripada plastik seperti pemisah jari (toe separator) atau sikat kuku (nail brush) perlu dilap menggunakan alkohol.
Permukaan kasar seperti pengikir kuku dan penghalus kuku (buffer) boleh dibersihkan dengan sikat.
Pastikan kesemua peralatan bersih sebelum di simpan.
Hair curler dan flat iron
Semburan rambut boleh meninggalkan tanda kesan terbakar pada hair curler dan flat iron anda. Kesan ini tak boleh hilang dengan hanya merendam ke dalam air panas atau dikikis dengan pisau.
Apa yang perlu anda lakukan:
Cabut plug dan pastikan kedua-dua mesin ini dalam sejuk.
Basahkan pad kapas dengan alkohol dan tekapkan pada bahagian yang terkesan. Biarkan beberapa minit. Ulangi sehingga kesan itu benar-beanr hilang.
Akhiri dengan membersih menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.
Anda juga boleh membersihkan peralatan rambut ini menggunakan campuran satu sudu besar soda bikarbonat bersama satu sudu teh air. Sapu pada bahagian melekit menggunakan kain lembut dan skrub perlahan. Bilas dengan membasahkan kain bersih ke dalam air dan tekap pada bahagian terkena kotoran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disember telah tiba! Dan, semuanya tentang drama bersiri Netflix, Emily In Paris musim ketiga yang bakal disiarkan pada 21 Disember nanti. Lakonan Lily Collins dalam menjayakan watak Emily Cooper benar-benar menghidupkan selurut plot cerita drama bersiri ini.
Emily In Paris bukan sahaja dikuatkan dengan barisan pelakon yang berkualiti, malah setiap gaya fesyen yang digayakan oleh Lily Collins dalam drama ini menjadi dambaan semua wanita sehingga menjadi viral di media sosial!
Daripada gaya rambut, solekan, pilihan aksesori, busana yang unik, warna yang menyerlah sehinggalah kepada rekaan sepatu yang eksklusif, pereka kostum, Patricia Field bijak dalam menggabungkan elemen 90-an dengan gaya terkini.
Seluar Parasut
Ingat lagi rekaan seluar parasut yang digayakan oleh Lily Collins dalam Emily In Paris, musim kedua? Bukan sahaja dijadikan sebagai fashion statement malah padanan seluar parasut berjalur warna-warni bersama dengan kolar bulu rona merah jambu mengembalikan elemen era 70-an apabila corak jalur diangkat sebagai trend utama pada ketika itu.
2. Rona hijau permainan neon
Karakter Emily tidak pernah hilang dari kesibukan kerja. Begitu juga dengan pemilihan warna yang disarungkan. Sibuk dengan istilah ‘warna-warni’. T-shirt polo Versace bersama dengan skirt pendek rekaan Mugler, menjadi penghidup gaya Emily dalam babak ini. Permainan warna yang bijak cukup terserlah apabila dalam babak lain, gaya hijau Emily ini dipadankan dengan kot labuh rona hijau neon. Menarik, bukan?
3. Rekaan hari lahir yang dramatik
Dalam sebuah episod istimewa, Emily menyambut hari jadinya dengan menggayakan rekaan dari pereka Rotate Birger Christensen yang menjadikan oversized pink bow sebagai pelengkap rekaan ini. Sedikit dramatik, namun tidak mengapa!
4. Corak hati mengimbau era klasik
Stail ini mengingatkan kepada zaman klasik Marilyn Monroe yang cukup sinonim dengan rekaan besar di bahu serta penggunaan korset yang memberi sisi seksi dalam rekaan Anouki ini. Seolah-olah berada dalam zaman era 50-an, Emily tampak elegan dan ‘mahal’ dengan tambahan solekan yang sempurna.
5. Gaun merah di Versailles
Umpama Marie Antoinette di alaf baru, rekaan gaun tulle merah umpama metafora sempurna menutup keseluruhan episod musim kedua yang lalu. Rekaan bentuk-V di bahagian dada menaikkan lagi unsur eksklusif rekaan ini yang menjadikannya topik hangat yang dibincangkan. Dipakai pula di sebuah tempat yang sememangnya menjadi ikon kepada elemen klasik-mewah, gabungan Versailles bersama gaun kolaborasi Giambattista Valli x H&M 2019 mencipta magis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?
Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.
Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar.
Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 49 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.
Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.
Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.
Kredit Foto: Instagram Ana Maria Orozco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!