Siapa kata wanita yang bekerjaya, sibuk menguruskan keluarga dan rumah tangga tak boleh kekal aktif, fit dan bertenaga? Boleh tau! Cuma anda perlu tau cara yang tepat je untuk melakukannya.
Ini ada beberapa tip daripada personaliti tv dan pengacara popular, Dayah Bakar tentang bagaimana dia mengekalkan rutin gaya hidup sihat yang dijadikan amalan.
Menurut Dayah, tidak kira apa jua tujuan kita bersenam, samada untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menurutkan berat badan, menaikkan keyakinan diri dan sebagainya, kita semua sentiasa mempunyai peluang untuk berubah ke arah lebih baik.
“Setiap hari adalah peluang untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Samada kita meraih peluang itu atau biarkan ia terlepas begitu sahaja. Raikanlah, walaupun kemenangan yang kecil setiap hari! ❤
Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, Dayah menekankan agar mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat untuk tidak terlalu memaksa diri melakukan senaman berat.
Senaman yang dilakukan mestilah bertepatan dengan keupayaan diri masing-masing serta tahap kesihatan badan anda.
“Assalamualaikum, hi semua, okay Dayah cuma nak kongsi, untuk seminggu dua ni, dah tak berapa sihat sepenuhnya.
Ads
“Dengar suara dayah sekarang, suara pun tersumbat.. haaa.. my point is, bila kita rasa badan tak sedap ni, Dayah just nak pesan, you should know your body and take one step at a time.
“Jangan terlalu memaksa diri dan tahu bila nak bagi badan berehat dan pastikan semuanya seimbangan. Walaupun kadang-kadang susah nak cari keseimbangan tu,” kata Dayah.
Selain itu, Dayah mengesyorkan agar para hijabi mengenali diri sendiri dan jenis tubuh badan mereka terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu senaman untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Jelasnya lagi, adalah penting bagi seseorang untuk mencari jalan agar sentiasa merasa baik tentang diri sendiri. Tak kira secara mental atau fizikal kerana kedua-duanya penting.
“Know your body and make sure you guys take care of yourself. Because working out is also former self love, so do it for you!” Ujarnya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Cantik sungguh Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarung busana tradisi, kebaya. Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Tengku Zatashah pasti menyedari Puteri Diraja Selangor ini seorang wanita berjiwa klasik dan gemar mengenakan persalinan tradisional kebaya tidak kiralah ketika menghadiri majlis rasmi mahupun tatkala menyambut musim perayaan.
Pendek kata, ke mana saja pergi… inilah gaya pilihan Tengku Zatashah. Sampaikan waktu membeli juadah berbuka di bazar Ramadan bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah pada tahun-tahun sebelumnya pun tetap selesa memakai baju kebaya.
Jika diamati koleksi baju kebaya Tengku Zatashah memang bermacam-macam rekaan dan warna ada dalam simpanannya. Tidak mahu terikat dengan style dahulu semata-mata… Tengku Zatashah bijak mempelbagaikan gaya agar sentiasa tampil segar. Ada masanya juga, Penaung Make-A-Wish Malaysia ini mengenakan padanan seluar panjang sesuai dengan cita rasa moden.
Tak kisahlah hendak bergaya dengan kain kebaya atau seluar, asalkan pakaian tradisi masyarakat Melayu tetap diangkat dan dihargai generasi muda hari ini.
Selain sarat dengan budaya ketimuran dalam pemakaian, Tengku Zatashah juga cukup klasik dan elegan orangnya. Masakan tidak, ketika mengunjungi bazar Ramadan lalu… Presiden AllianceFrancaise Kuala Lumpur ini tanpa segan-silu membawa mangkuk tingkat atau tiffin ke sana. Memang jarang-jarang dibuat oleh seorang puteri diraja ni!
Di samping suami tercinta
Di samping aktif dengan kempen Say No 2 Plastic, penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada sahaja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, kurang berkemampuan dan warga emas… pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah pelindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.
Tengku Zatashah sebelum ini pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life. Moga usaha murni Tengku Zatashah dalam mempromosikan budaya Malaysia dan melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.
Kredit foto: Instagram Tengku Zatashah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut adalah mahkota wanita. Tapi jika kutu sudah mula bersarang di kepala, hati-hatilah takut ‘berjangkit’ dengan orang lain pula.
‘Bertarung’ sebelum menang!
Jangan fikir jika anda sudah menyingkirkan kutu dewasa, masalah kutu akan selesai. Anda salah kerana kutu dewasa akan bertelur pada helaian rambut dan ia akan mula membiak. Anda sebenarnya baharu saja masuk gelanggang pertarungan untuk memecahkan telur-telur kutu yang melekat pada rambut.
Rawatan kutu
Segera dapatkan rawatan di salun. Boleh juga dapatkan ubat kutu atau pediculicide di farmasi berdekatan. Baca dengan teliti arahan pada kotak ubat dan ikuti langkah ini:
Sarung kemeja-T lama dan duduk di dalam bilik air. Minta tolong daripada suami atau rakan supaya kerja-kerja ‘pembersihan’ dijalankan dengan lebih mudah.
Sapukan ubat pada rambut dan kulit kepala mengikut arahan pada botol.
Biarkan ubat meresap pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika, lebih kurang satu jam. Jangan biarkan terlalu lama.
Kemudian, basuh rambut menggunakan air, BUKAN syampu! Jangan gunakan syampu selama dua hari selepas melakukan rawatan ini.
Sikat kutu
Jika anda membuat rawatan kutu sendiri di rumah, gunakan sikat kutu yang berfungsi menarik telur dari rambut dengan lebih baik.
Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
Bermula dengan kulit kepala, sisir rambut dari akar sehingga ke bahagian hujungnya.
Celupkan sikat ke dalam air suam bersama sabun untuk menanggalkan kotoran pada sikat dan membunuhnya serta merta.
Teruskan menyisir di setiap bahagian rambut dan bersihkan sikat setiap kali selesai menyisir satu bahagian. Kutu dan telurnya boleh dimatikan dengan air bersuhu 128 darjah Celsius. Rendamkan selama lima minit sahaja.
Bersihkan persekitaran
Setelah selesai dengan rawatan, bersihkan pakaian, cadar, sarung bantal, patung mainan dan pelbagai jenis fabrik yang digunakan dengan air panas. Kemudian keringkan dengan pengering panas.
Kutu mudah berjangkit. Bagi barangan yang tak boleh direndam dalam air panas seperti berus sikat dan perhiasan rambut, masukkan ke dalam beg plastik dan biarkan selama dua minggu. Kutu akan mati tanpa udara dan makanan.
Cuka epal
Anda boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan ½ cawan air dan ½ cawan cuka epal. Tuangkan pada rambut dan kulit kepala yang berkutu. Gunakan sikat kutu untuk memudahkan kerja anda.
Semburan minyak
Beberapa jenis minyak dari bahan semula jadi membantu menghilangkan kutu dengan lebih mudah. Bancuhkan lima titis minyak essential bersama 1 aun air. Antara minyak yang boleh digunakan:
Minyak tea tree
Lavender
Oregano
Peppermint
Thyme
Eucalyptus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling yang kini semakin popular dan laris selepas muncul dalam drama Melur Untuk Firdaus menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Foto: Instagram (@annajobling)
Menurut dari laporan Harian Metro, Anna Jobling atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Lumpur menyatakan keterujaaannya dan tidak menyangka dirinya tersenarai.
“Terima kasih sangat-sangat! Betul-betul saya tak sangka. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia”.
Mengulas tentang raut wajah dan kecantikan yang dianugerahkan itu, Anna mempunyai takrifan sendiri.
Foto: Instagram (@annajobling)
“Hakikatnya cantik itu subjektif. Kedengan sangat klise bila seseorang mengatakan kecantikan luaran lebih penting. Jika seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya”.
Anna Jobling, 21 tahun merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.
Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Tahun lalu, anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak pasti menjadikan ibu mereka sebagai sosok inspirasi dalam kehidupan. Tidak terkecuali, Lisdawati Nazaruddin yang mengagumi dan menghargai jasa ratu hati kesayangan hingga ke saat ini ...