Guna Nama Along, Angah, Alang, Achik, Acu Untuk Lip Matte. Gaya Kreatif Skindara Pikat Hati Penggemar Lip Matte!

1394

Sebut sahaja kosmetik, sudah tentu pelbagai jenama ksometik tempatan mahupun antarabangsa mula berlegar di benak fikiran. Mana tidaknya, produk kosmetik menjadi sebahagian gaya hidup wanita untuk kekal jelita demi untuk penampilan diri sekaligus membangkitkan aura seseorang wanita. Tidak hairanlah mengapa semakin ramai usahawan menceburkan diri dalam bidang kosmetik memandangkan ia mendapat sambutan hangat di kalangan wanita.

Antara jenama  kosmetik yang semakin mendapat tempat di hati pengguna termasuklah Skindara Global di bawah jenama Skindara yang diasaskan oleh Iskandar Abdillah Suffian dan isteri tersayang, Nur Hidayu Zorkafli.  Walaupun jenama Skindara baharu ditubuhkan kurang setahun yang lalu, namun ia semakin mencuri tumpuan pengguna kosmetik yang mementingkan jenama tempatan yang membawakan produk berkualiti setaraf antarabangsa.

IKLAN
IKLAN

Ketika ditanya di sebalik jenama Skindara, ia sebenarnya mempunyai kisah menarik di sebalik terbitnya jenama yang dekat di hati masyarakat Melayu.

“Skindara telah ditubuhkan lebih kurang setahun yang lalu. Tetapi  kami  suami isteri tidak terlalu fokus terhadap perniagaan ini kerana mempunyai perniagaan lain iaitu fesyen dan tekstil,” ujar Iskandar mewakili jenama Skindara.

Iskandar dan Nur Hidayu merupakan pengasas jenama fesyen terkemuka Shawlpublika  dan  Sp.casual. Namun begitu, pasangan suami isteri ini kami kembali aktif beberapa bulan lepas dengan mengeluarkan lipmatte pertama Skindara. Mereka juga tidak menyangka lipmatte yang dikeluarkan di bawah jenama Skindara mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Alhamdullilah sambutan yang kami terima terhadap produk lipmatte ini amat  menggalakkan. Lipmatte dan wanita sememangnya berpisah tiada. Pasti setiap hari masa ada sahaja wanita yang hendak mendapatkan lipmatte baharu dan mencuba lipmatte baharu,” ujar Iskandar yang turut berkongsi strategi pemasaran turut memainkan peranan penting dalam menguruskan perniagaan.

 

“Antara perkara yang amat kami titikberatkan dalam perniagaan adalah membuat kajian tentang tabiat pengguna. Alhamdulillah  setelah kami membuat market survey  dan market research, kami dapati permintaan terhadap produk ini amat tinggi. Itu adalah antara sebab utama kami mengambil keputusan menceburkan diri dalam satu lagi cabang perniagaan berasaskan kosmetik dan menghasilkan  lipmatte,” ujar Iskandar lagi.

Tidak lengkap perjuangan seorang ahli perniagaan tanpa berhadapan dengan cabaran untuk memajukan lagi jenama yang diperkenalkannya. Walaupun Shawalpublika sudah mempunyai followers yang ramai dan tidak sukar untuk memperkenalkan jenama baharu untuk para pengikut setianya, namun bagi Iskandar dan Nur Hidayu atau lebih mesra disapa Ayu berkata cabaran dalam perniagaan kosmetik dan tekstil mempunyai cabaran tersendiri dan ia perlu ditangani dengan bijak dan professional agar setiap cabaran mampu diatasi sebaik mungkin.

“Antara cabaran yang dihadapi ialah  dari segi kelewatan supply dari pembekal memandangkan permintaan terhadap produk ini begitu baik wlaupun baharu sahaja diperkenalkan di pasaran. Ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kami apabila produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna lipmatte,” ujar Ayu yang menggunakan pendekatan lokal untuk memperkenalkan jenamanya.

Tambah Ayu lagi, terdapat beberapa faktor mempengaruhi penjualan mendadak produk lipmatte Skindara antaranya termasuklah penggunaan nama untuk setiap jenis lipmatte yang dihasilkan.

“Skindara lipmatte sangat berbeza dengan produk lain yang berada di pasaran kerana lipmatte kami sangat ringan, tidak melekat, mempunyai efek pemakaian yang tahan lama dan tidak mudah merekah di bibir selepas penggunaannya. Selain itu,  lipmatte Skindara jugak tidak menghitamkan bibir seperti sesetengah lipmatte yang lain kerana kandungan  minyak chamomile dan vitamin E yang membantu melembabkan kulit.

Lebih istimewa, kami memperkenalkan nama-nama yang unik untuk setiap lipmatte antaranya Along, Angah, Achik dan sebagainya. Nama-nama ini lebih dekat di hati masyarakat Malaysia untuk dikomersilkan ke peringkat antarabangsa,” ujar Ayu lagi.

Ayu turut berkongsi kisah lucu disebalik munculnya nama Skindara yang pada pandangan penulis mencuit hati dan amat dekat di hati pasangan suami isteri ini.

‘Ramai yang bertanyakan dari mana inspirasi nama Skindara itu. Sebenarnya nama itu diambil sempena nama suami iaitu “Iskandar” dan sedikit penambahan melengkapkan nama jenama ini,” ujar Ayu yang ternyata gembira dengan perkembangan perniagaan lip matte itu.

Perniagaan yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini juga menggunakan motto Man Jadda Wa Jadda  yang membawa  maksud sesiapa yang berusaha pasti berjaya sekaligus melambangkan usaha tanpa mengenal jemu pasangan ini untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan yang diusahakan oleh mereka. Walaupun mengetahui bahawa sejak kebelakangan ini sudah ramai di kalangan usahawan dan golongan selebriti yang menceburkan dalam bidang perniagaan, Iskandar secara jujurnya mempunyai pandangannya tersendiri.

Menjadi salah satu jenama kosmetik tempatan yang menerima anugerah NONA TOP BEAUTY ENTERPRENUER baru-baru merupakan satu permulaan terbaik buat jenama Skindara mengorak langkah memeriahkan lagi industri kosmetik tempatan.

“Secara jujurnya, sesuatu produk itu tidak mampu berdiri hanya kerana pengasasnya semata-mata tetapi kerana kualiti produk yang dihasilkan serta  sistem pemasaran yangg proaktif. Saya yakin rezeki Allah amat luas di muka bumi ini dan usaha adalah kunci utama untuk mengecapi kejayaan. Saya yakin, satu hari nanti jenama Skindara bukan sahaja mampu menguasai pasaran Malaysia tetapi mampu menembusi pasaran luar negara dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Saya ingin menjadikan jenama skindara sebagai household name di Malaysia,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.