Suami mana yang tidak terharu kalau dapat hadiah mahal seperti yang diberikan usahawan Cik Epal ini. Bukan calang-calang pemberian, harganya mencecah hampir RM100 ribu! Murah rezeki Cik Epal bahagiakan hati suami.

Sempena ulang tahun kelahiran suami tercinta, Jofliam dan sebagai menghargai layanan baik lelaki kesayangannya itu terhadap keluarga dan anak-anak, Cik Epal menghadiahkan Jofliam seutas jam tangan jenama mewah Hublot.

IKLAN

Menerusi perkongsian video di media sosial, pasangan ini bersama dua anak mereka berada di sebuah butik jam mewah sambil kelihatan Cik Epal sedang memilih jam tangan untuk insan tersayang.

Sempat meminta pendapat followers bagi memilih salah satu jam tangan berkenaan, turut tertera dalam video itu ialah harga jam bertali hitam berharga RM68,300.

Manakala satu lagi bertali putih bernilai RM95,900 yang menjadi pilihan utama Cik Epal yang merupakan pengasas Makaji kerana dikatakan sesuai dengan personaliti suami tercinta.

Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06

View this post on Instagram

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Kongsi Cik Epal, “Aku rasa ramai je isteri yang tak kisah nak berhabis untuk suami, tapi tak ramai suami yang tahu menghargai.

Hadiah ini pun bagi aku tak ternilai dengan harga cinta dan setia dia. Aku tak sempurna, aku banyak kekurangan tapi cara suami aku layan dan hargai aku buatkan hidup aku rasa sempurna.

Jofliam seorang suami yang terbaik untuk aku dan ayah yang hebat untuk Han dan Yuki. Aku percaya je, mana-mana perempuan sekali pun kalau pasangan kita layan kita sepatutnya, kita akan balas berganda dengan apa yang kita terima, kan?

Simpan sini untuk kenangan. If one day aku pergi dulu, aku nak suami aku tahu aku sangat sayang dan hargai semua benda yang dia buat untuk aku.

Happy belated birthday sayang. Dunia ni hanya sementara. Hargailah MASA kerana setiap saat yang berlalu tu tak akan berulang kembali. Love you.”

IKLAN

Sementara itu, Jofliam meluahkan rasa terharu dengan pemberian isteri tercinta dan dalam nada rendah diri dia menjelaskan hanya menumpang rezeki isteri.

Malah, tanpa berselindung mengakui wanita berjiwa besar itu jugalah yang banyak membantunya sepanjang perkahwinan.

View this post on Instagram

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

IKLAN
Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06
Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06
Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06
Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06
Hadiahkan Jam Tangan Hampir RM100 Ribu, Usahawan CIK EPAL Tak Kisah Berhabis Untuk Suami!
Kredit Instagram @cikepal06

Dari cerita viral beg tangan berjenama mewah yang dibeli berharga puluhan ribu ringgit, stroller bayi yang bernilai ribuan ringgit sehinggalah pembelian kereta Mustang secara tunai, semuanya mendapat reaksi pelbagai daripada followers.

Untung empunya badan, muda-muda lagi sudah mampu memiliki harta dengan wang keringat sendiri!

Meniti usia 32 tahun, Cik Epal dan keluarga baru pulang dari bercuti ke luar negara.

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Cik Epal berkata dia mengusahakan bisnes Fair Fit bersama suami sejak tahun 2018.

Moga kejayaan yang dikecapi Cik Epal ini dapat membuka jalan dan mencetuskan semangat kepada semua untuk menggapai impian sepertinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI