Melancong sememangnya aktiviti paling menarik yang dilakukan bersama keluarga dan sudah pasti memerlukan kos liburan yang tinggi.

IKLAN

Ralit melihat foto percutian yang telah dikongsikan oleh Cik Epal di laman media sosialnya. Tergambar keceriaan usahawan ini bersama suami dan anak-anaknya tatkala melancong ke Milan, Santorini dan Athens.

Kos Liburan cecah RM150 ribu.
Foto: Instagram @cikepal06
Percutian mewah Cik Epal cecah RM150 ribu sebagai Kos Liburan
Foto: Instagram @cikepal06

Ketiga-tiga lokasi pilihan Cik Epal kali ini sememangnya destinasi yang indah untuk dilawati dan menjadi impian ramai orang untuk mencipta momen indah bersama orang tersayang.

Ramai juga yang memasang angan-angan untuk bergambar di tempat-tempat menarik ini bagi mencipta momen manis untuk disimpan.

Mewahnya percutian Cik Epal yang telan Kos Liburan yang mahal.
Foto: Instagram @cikepal06
Cantiknya Cik Epal bercuti dan kos liburan yang mahal.
Foto: Instagram @cikepal06
Kongsi foto menarik dan kos liburan yang tinggi.
Foto: Instagram @cikepal06

Teruja mendengar perkongsian Cik Epal tentang percutiannya yang memakan kos ratusan ribu ringgit itu. “Percutian kali ini kami mengunjungi Milan, Santorini dan Athens. Kami menghabiskan 22 hari bersama untuk menikmati keindahan destinasi tersebut,” kongsi Cik Epal.

Agaknya dalam banyak-banyak destinasi, mengapa lokasi ini menjadi pilihan Cik Epal dan keluarganya. “Motif awal hanya nak ke destinasi yang tak perlu banyak bergerak dan fokus lebih ke pulau.

Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06

Santorini jadi pilihan disebabkan belum pernah ke sana. Namun, disebabkan ada isu pergerakan musim Covid-19, lokasi jadi bertambah ke Milan sebagai transit,” ujar Cik Epal sambil berkongsi kos liburan atau percutian tersebut mencecah RM150 ribu termasuk tiket penerbangan.

IKLAN

Menarik rupanya bucket list yang dibuat oleh Cik Epal ini. “Bucket list untuk bergambar dengan dress terbang di Santorini tercapai.

Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06

Selain itu, kami menikmati percutian dengan mandi di lautan Aegean, naik private yacht di Santorini hanya kami satu famili, menikmati suasana matahari terbit yang sangat cantik dan makan seafood tepi laut dengan yang tersayang,” kongsi Cik Epal kepada Nona.

IKLAN

Apakah cabaran yang Cik Epal hadapi sewaktu bercuti di musim Covid-19 ini? “Bercuti di musim Covid-19 ini lebih banyak peraturan untuk kemasukan ke setiap negara.

Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06
Foto: Instagram @cikepal06

Kos pun bertambah kerana perlu buat PCR berkali-kali. Tiada lagi istilah percutian pendek kerana boleh memakan masa jika berjangkit dengan wabak atau masalah passport.

Tidak semua negara luar setakat ini menerima pelancong terbang direct dari Malaysia disebabkan kes Covid-19,” kongsi Cik Epal yang merancang mahu mencari aurora untuk destinasi selanjutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)