MARIAN RIVERA

Bagai tidak puas melakar kejayaan sebagai pelakon terkenal, Marian Rivera Gracia Dantes kini aktif menambah aset kekayaannya dengan bergelar usahawan hiasan rumah pula! Makin meningkat usia dan ada dua anak, makin menjadi-jadi perniagaan jelitawan Filipina ini. Terdahulu, Marian mengusahakan perniagaan bunga-bungaan segar yang dikenali sebagai Flora Vida by Marian namun kini dia meluaskan cabang bisnes dalam bidang fabrik hiasan kediaman eksklusif.

Diberi nama Flora Vida Home, Marian mengumumkan bisnes baharunya ini pada 8 Disember lalu. Katanya dia tertarik untuk mempunyai rangkaian hiasan rumah sendiri selepas terpikat dengan kehalusan fabrik toile ketika melawat Eropah beberapa tahun lalu.

IKLAN

Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula!

Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula!

“Disebabkan saya begitu tertarik dengan corak elegan dan lembut, saya mahu memiliki fabrik seumpama itu dalam rumah dan terus menghasilkannya. Ia mencetuskan suasana tenang dan damai dan tentunya menyerikan lagi kediaman. Mengambil inspirasi itu, saya nekad berkongsi minat tersebut dengan harapan ia juga mampu memberi keseronokan dalam ruang rumah anda.

Ini adalah masa terbaik untuk melancarkan sesuatu yang istimewa dan saya sangat teruja dengan projek ini. Dengan penuh rendah diri saya memperkenalkan rangkaian jenama produk baru ini yang menghimpunkan aura positif melalui keselesaan.”

Selain menghasilkan fabrik untuk bantal, pouches dan terendak lampu, Flora Vida Home turut menawarkan set alas pinggan yang menarik!

Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula!

Di samping ligat bergelar usahawan, personaliti cantik dan berbakat besar ini juga sering menjadi buruan syarikat pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen bagi pelbagai jenama mewah. Difahamkan sekitar tahun lepas, nilai kekayaan Marian mencecah USD 5 juta!

Pernah berkongsi kesukarannya membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, Marian bagaimanapun berpuas hati kerana dapat memenuhi minatnya. Koleksi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection tahun lalu misalnya mencatatkan jualan luar biasa apabila ia habis dijual dalam masa hanya 5 hari!

Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula!

IKLAN

Nama Marian mula bersinar di Filipina selepas kejayaan drama Marimar diikuti Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Selain berbakat dalam lakonan, selebriti berdarah keturunan Sepanyol ini juga rupa-rupanya ada bakat menyanyi. Marian sebelum ini pernah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.

Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol… anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.

Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.

IKLAN

Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula! Makin Berjaya, Dari Bisnes Bunga Segar MARIAN RIVERA Teroka Dunia Fabrik Pula!

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.

Meskipun sudah bergelar ibu dua anak, Marian masih kekal menawan dan ramping. Anak perempuan sulungnya, Maria Letizia kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu Jose Sixto G. Dantes IV dilahirkan pada 16 April 2019.

 

 

Kredit foto: Instagram Marian Rivera

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI