
Mula mencipta nama sebagai penyanyi namun bakat Sissy Imann dalam bidang pengacaraan lebih menyerlah. Kemampuan pelantun lagu Mungkin Kamu ini mengendalikan tugas sebagai hos bagi program hiburan berprestij tanah air baru-baru ini meraih pujian khususnya dalam kalangan peminat muzik.
Selama dua tahun berturut-turut, Sissy Imann diberi kepercayaan sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL).
Sissy Imann Pengacara AJL
Lebih istimewa, dia digandingkan bersama pengacara popular dan berpengalaman iaitu Nazrudin Rahman. Sekaligus menjadikan gandingan mereka berdua ‘hidup’, bersahaja dan penuh infomasi.
Usai menjayakan tugas itu dalam AJL 40 pada 15 Ogos lalu, Sissy menerusi perkongsian di media sosial menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan seperjuangannya itu.
Kongsi Sissy, “From AJL 39 to AJL 40, we’ve been through so much together. Mock runs, script readings, rehearsals, last-minute changes, and all the highs and lows that come with a live show. Through it all, I feel incredibly honored to have stood by your side as your co-host.
Thank you for every “we got this”. Every little look we exchanged on stage when unexpected things happened, every laugh behind the scenes, and every moment that probably means nothing to anyone else but will stay with me forever.”
Tambahnya lagi, “I hope you know how deeply respected & loved you are. Not just because you are an incredible host, but because of the person you are when the cameras are off. Your kindness and professionalism are among the many things I admire about you.
It has truly been an honour, Abang Naz. And thank you sebab bagi angpau rm500 masa I kahwin.”
View this post on Instagram

Peribadi Sissy Imann
Berusia 31 tahun, Sissy atau nama penuhnya Sissy Iman Mohammad Kamil antara selebriti tanah air yang selesa hidup sederhana dan merendah diri.
Misalnya pada Mei lalu, dia mendedahkan pencapaian memiliki kediaman sendiri dan merahsiakan membeli sebuah kereta baharu pada tahun 2021 kerana enggan dilabel riak mahupun menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya dia menyifatkan keterbukaannya mendedahkan mengenai kejayaan tersebut di platform media sosial hanyalah untuk memberi inspirasi. Selain meraikan pencapaian tersebut meskipun ia nampak ‘kecil’ pada mata khalayak. Namun cukup besar bagi dirinya sendiri.
Sissy Imann yang juga penulis lirik mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dia sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang merupakan seorang doktor, Dr Zamir Hilman Hamzah pada 12 Disember 2025 dan dinikahkan oleh bapa tersayang, Mohammad Kamil Mustaffa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


