Bila rezeki dikongsi dengan insan-insan yang sama-sama menaikkan jenama sememangnya sesuatu yang indah untuk dikenang. Hujung minggu lalu, Wawa Cosmetics telah menganjurkan WAWA Glamorous Bolly Night & Awards bagi meraikan kejayaan leaders dan resellers Wawa Cosmetics serta kakitangan syarikat tersebut.
Sambutan bertemakan Bollywood, para tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik dengan menampilkan Liafairy dan penyanyi sensasi TikTok, Putribollycover sebagai artis jemputan.
Pada majlis berkenaan, leaders & resellers Wawa Cosmetics diraikan dengan pelbagai hadiah istimewa dari Wawa Cosmetics sebagai menghargai usaha dan mengiktiraf wajah-wajah di sebalik kejayaan jenama tersebut. Jelas Wawa Zainal ketika ditemui oleh pihak media sejurus selepas majlis berkata tahun lalu syarikat mencapai keuntungan yang diluar jangkaan dan ia banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara pihak syarikat dengan leaders dan resellers Wawa Cosmetics.
Ads
Pada majlis tersebut, Noor Hafizah binti Abu Samah membawa pulang hadiah berupa sebuah beg tangan jenama mewah berharga RM 18470.17 serta sebuah kereta Toyota Alphard beserta trofi sebagai individu yang memperolehi total restock tertinggi iaitu berjumlah RM 3 432 776.90 pada tahun lalu.
Ads
Selain itu, jenama ini turut melancarkan produk terbaharu, TRUE LOVE sebagai hadiah buat pelanggan setia WAWA Cosmetics. Ia dilancarkan bersempena hadiah daripada Aeril Zafrel untuk isteri tersayang, Wawa Zainal sempena ulang tahun ke 11 perkahwinan mereka.
Set ini didatangkan dengan dua produk penting untuk penjagaan bibir yang lebih sihat dan menawan iaitu lip treatment dan lip matte. Set ini mengandungi formula untuk memastikan bibir si pemakai sentiasa kekal terhidrat, lembut dan licin sepanjang hari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan gedung mekap terkemuka kerap menyediakan produk tester untuk kemudahan pelanggannya. Ini bagi membolehkan pelanggan mencuba dahulu dan menguji kesesuaian warna sebelum membeli.
Namun tular semalam, seorang wanita California bernama Elena Davoyan menyaman gedung Sephora sehingga $25,000, selepas dia mendakwa dijangkiti herpes oral apabila mencuba gincu tester di sebuah gedung itu di Los Angeles.
Mangsa katanya tidak pernah mengalami penyakit tersebut sebelum dijangkiti di situ, pada Oktober 2015 lalu. Dalam kenyataan saman tersebut, Elena menyelar Sephora kerana gagal memberi amaran tentang risiko menggunakan produk tester solekan pada pelanggan. Tester mekap yang disediakan, katanya boleh mendedahkan mereka terhadap pelbagai jenis penyakit.
Herpes oral merupakan sejenis jangkitan yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Ia boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.
Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, namun kita seharusnya berjaga-jaga dengan risiko sebelum menggunakan produk tester di mana-mana. Baca laporan lanjut di bawah.
Kisah Benar Yang Anda Perlu Tahu
“Dulu saya tiada masalah dengan tester mekap sampailah suatu hari, saya berkunjung ke Sephora dengan seorang kawan. Sebab tak sihat, saya nampak dia terbatuk-batuk berhampiran produk tanpa menutup mulut.”
“Perkara paling teruk yang saya tengok adalah seorang wanita mengoles gincu tester dan kemudian menjilat bibirnya dari hujung ke hujung. Kemudian dia menyapu selapis lagi warna gincu tester yang lain dan ulang tabiat yang sama.”
Menurut pakar dermatologi Dr. Joshua Zeichner, amalan menggunakan tester mekap yang kotor memang boleh menyebarkan penyakit jika ia telah tercemar. Persekitaran yang lembap, khasnya produk mekap seperti glos bibir dan maskara boleh membiak bakteria atau virus berbahaya.
Benarlah cinta itu buta, tidak mengenal siapa hatta pangkat mahupun darjat. Walau dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang hidup sempurna, dicemburui ramai, terkenal, dan dilimpahi dengan kemewahan… namun ia sedikit pun tidak melunturkan perasaan puteri diraja ini untuk mengejar dan memiliki cinta sejati. Bahkan, mereka sanggup meninggalkan segala kesenangan dan kemahsyuran demi cinta seorang lelaki!
Berikut antara enam puteri diraja terkenal yang menjadi bualan di serata dunia kerana keteguhan pendirian mereka mahu menikmati hidup Bersama insan biasa yang tidak memiliki darah bangsawan.
Princess Sayako yang dahulunya dikenali sebagai Princess Nori kini membawa nama sebagai Sayako Kuroda setelah puteri diraja Jepun ini berkahwin dengan Yoshiki Kuroda pada tahun 2005. Disebabkan suaminya, Yoshiki hanya rakyat biasa… Sayako terpaksa melepaskan gelaran ‘puteri’ dan secara rasminya tersingkir sebagai ahli Imperial House of Japan. Beliau juga merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
2. Princess Mako of Akishino
Pada Mei 2017, berita pertunangan puteri Jepun ini diumumkan kepada rakyat. Beliau telah bertemu jejaka pilihannya iaitu Kei Kumoro ketika sedang melanjutkan pengajian di International Christian University di Tokyo. Disebabkan perkara tersebut, Princess Mako harus melepaskan status diraja sama seperti yang berlaku kepada ibu saudaranya, Princess Sayako.
3. Princess Ubolratana Rajakanya
Puteri Thailand yang dikenali sebagai Princess Ubolratana Rajakanya ini menjalani kehidupan yang sukar selepas memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika iaitu Peter Ladd Jensen. Meskipun ia perkahwinan ‘suka sama suka’, pasangan ini ditakdirkan berpisah pada tahun 1998 selepas dikurniakan tiga orang anak.
Kembali semula ke negara kelahiran biarpun selepas kehilangan gelaran diraja, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya yang bernama Khun Bumi Jensen maut akibat tragedi tsunami yang melanda Thailand pada tahun 2004.
4. Princess Ayako
Dahulunya dikenali dengan gelaran Princess Ayako of Takamado yang kini menggunakan nama Ayako Moriya. Beliau kehilangan status diraja setelah berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya pada 29 Oktober tahun lalu. Sehingga ke hari ini, beliau selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Mrs. Kei Moriya.
5. Princess Diana
Rata-rata penduduk dunia mengenali nama dan peribadi yang baik milik Princess Diana. Walaupun bukan daripada keturunan diraja namun sikap mesra dan prihatinnya menarik perhatian bukan sahaja rakyat di England tapi di serata dunia.
Selepas penceraiannya bersama Prince Charles kerana dikhabarkan hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang usahawan, ramai yang tertanya-tanya tentang status diraja Diana. Ada yang mengatakan Queen Elizabeth mahu mengekalkan gelaran Diana biarpun selepas pasangan itu berpisah namun berbeza pula bagi bekas suami yang mahu gelaran tersebut ditarik.
Pernah digelar Her Royal Highness The Princess of Wales, Lady D bagaimana pun kehilangan gelaran tersebut dan hanya diingati sebagai Diana, Princess of Wales selepas kematiannya pada 31 Ogos 1997 di Paris.
6. Princess Srirasmi
Berbeza dengan situasi puteri diraja di atas, Princess Srirasmi yang merupakan bekas isteri kepada Raja Thailand yang baru, Raja Vajiralongkorn meminta bekas isterinya itu melepaskan status diraja yang disandangnya setelah berdepan pertuduhan rasuah melibatkan ahli keluarga Srirasmi.
Selepas ahli keluarganya disabitkan bersalah dengan beberapa sisi rasuah berkenaan, Raja Thailand memutuskan untuk bercerai dengan Srirasmi Suwadee.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Watak penyanyi pop terkenal dunia, mendiang Michael Jackson dilaporkan akan dilakonkan semula oleh anak saudaranya yang berusia 26 tahun, Jaafar Jackson dalam filem biografi ‘Michael’.
Jaafar merupakan anak kepada abang mendiang Michael iaitu Jermaine Jackson atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang juga seorang penyanyi dan penerbit.
Jaafar Jackson mempunyai adik-beradik seramai 8 orang terdiri 6 lelaki dan 2 perempuan dari ibu berlainan. Ibunya bernama Alejandra Oaziaza.
Menariknya, raut wajah segak dan bakat seni yang mengalir deras dalam tubuh Jaafar membuatkan jejaka ini individu paling tepat menggambarkan zaman kegemilangan mendiang bapa saudaranya.
Menurut ibu Michael iaitu Katherine Jackson, cucu kesayangannya itu mampu menjadi pewaris mereka dalam industri muzik.
“Jaafar mewakili anak saya. Sangat menggembirakan melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai seorang penghibur.” Katherine Jackson
“Saya teruja membawakan watak bapa saudara saya, Michael Jackson kembali ke layar perak. Buat semua peminat beliau di seluruh dunia, saya bakal bertemu anda nanti.” Jaafar Jackson
Berita ini disahkan oleh Studio Lionsgate dalam satu kenyataan yang memaklumkan, naskhah berkenaan akan meneroka kehidupan seorang lelaki rumit yang bergelar Raja Pop.
Menurut kenyataan itu, filem tersebut bakal mendedahkan semua aspek dalam kehidupan Michael serta persembahannya yang paling penting sekali gus meletakkan beliau menjadi ikon dalam dunia muzik.
Penggambaran akan bermula tahun ini dan filem epik ini akan diarahkan oleh Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King yang bersetuju Jaafar mempunyai keupayaan semula jadi untuk mencontohi dan menghidupkan watak Michael.
“Jelas bahawa dia adalah satu-satunya orang yang layak mengambil peranan ini,” kata King yang teruja untuk membawa Jaafar ke skrin besar sebagai ‘jelmaan’ mendiang bapa saudaranya.
Dalam masa sama, Lionsgate tidak menyebut mengenai salah satu kes paling kontroversi dalam episod hidup superstar dunia itu iaitu perbicaraan atas tuduhan penderaan seks kanak-kanak pada 2005 dan dakwaan tambahan terhadap penyanyi itu dipaparkan dalam dokumentari 2019, ‘Leaving Neverland’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.