Ada kalanya kita tersilap cara untuk menata rias diri sehingga nampak keterlaluan atau lebih malang membuatkan wajah kelihatan pelik. Begitu juga soal penjagaan rambut yang sering dipandang ringan walhal rambut merupakan mahkota wanita yang harus diberi perhatian.

IKLAN

Kalau nak tahu apakah kesilapan dan helah kecantikan semasa, Nona sarankan anda terus membaca! Here we go…

(a) Trivia Rambut

  • Berhati-hati ketika menggosok rambut yang basah dengan tuala selepas mencuci rambut. Gerakan ini boleh merosakkan kutikel (lapisan luar kulit kepala) yang mengakibatkan keguguran dan kekusutan.
  • Sebaiknya balut rambut dengan tuala dan tekan dengan lembut untuk menyerap air. Gunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikan kekusutan.
  • Elakkan menyemburkan wangian secara langsung pada rambut. Minyak wangi mengandungi alkohol yang membuatkan rambut mulai kering. Bukan tidak boleh langsung tapi sembur saja wangian pada telapak tangan dan gosokkan beberapa kali agar alkohol meruap lalu gosokkannya pada rambut.

(b) Trivia Solekan

Elak Berbedak Tebal

Bedak mempunyai peranan penting dalam kecantikan terutamanya untuk kulit berminyak. Sebenarnya jurusolek profesional turut menyarankan penggunaan bedak dengan kadar minima. Hanya oleskan di dagu dan hidung untuk hasil akhir matte. Jangan sesekali menyapu secara berlebihan di sekitar mata kerana ia boleh menyebabkan kerutan.

Kesilapan Yang TIDAK SEPATUTNYA Diulangi Tentang Kecantikan. Setiap Wanita Mesti SEMAK TRIK Ini

Penggunaan Maskara Pada Bulu Bawah Mata

Sebaik-baiknya, biarkan bulu mata bawah tidak dioles sapuan maskara secara berlebihan. Ia akan membuatkan mata kelihatan sembap atau kepenatan. Hanya oleskan maskara pada bulu mata bahagian atas saja agar kelihatan lebih semula jadi.

IKLAN

Penggunaan Garis Mata Pada Kelopak Mata Bahagian Bawah

Garis mata pada bulu mata bawah memberikan kesan sama seperti sapuan maskara pada bulu bawah mata. Kesalahan ini akan mengecilkan ukuran mata. Jadi jika ingin mata tampak lebih besar, hindari menggaris di kelopak bawah mata.

(c) Trivia Mata

IKLAN

Walaupun sudah cukup tidur 8 jam setiap hari, kantung mata tetap timbul. Kenapa?

Tidur 8 jam sehari tidak menutup kemungkinan timbulnya kantung mata. Hal ini juga dapat disebabkan oleh sistem pembuangan cecair tubuh atau lymphatic drainage yang kurang lancar. Atau dapat juga disebabkan oleh berlebihnya lemak di bahagian dalam kulit, hingga terlihat membengkak dan menjadi kantung mata. Ini akibat pengambilan makanan berlemak dan bergaram secara berlebihan.

Adakah semua krim mata mampu mengatasi semua keluhan kulit berkaitan mata?

Sebelum menyapukan krim mata, biasakan selalu membaca keterangan yang tertera pada kemasan produk. Krim yang berfungsi menyamarkan kerutan pada mata, belum tentu serasi untuk menghilangkan lingkaran hitam dan kantung mata juga sebaliknya. Untuk mengaplikasikan krim mata, gunakan jari manis dan cukup ditepukkan dengan lembut pada permukaan kulit dan jangan digosok. Suziana Abu Daud

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI