Kalaulah kulit kita boleh berkata-kata … pasti anda tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan produk kecantikan dan kosmetik sembarangan. Tahukah anda, secara purata seorang wanita menyerap sehingga 2.3 liter bahan kimia setahun menerusi produk kecantikan yang digunakan. Malah, dianggarkan 515 bahan kimia sintetik ‘hinggap’ di tubuh seorang wanita setiap hari tanpa mereka mengetahuinya.
Prihatin terhadap penularan kesan sampingan ini kepada wanita, Melvita iaitu jenama organik nombor satu di Perancis mengambil inisiatif mendidik orang ramai agar bijak membuat pilihan. Sama ada untuk produk penjagaan kulit, badan mahupun kelengkapan peribadi, setiap orang khususnya wanita perlu MENOLAK bahan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Antara kandungan bahan berbahaya yang patut dielak adalah:
Minyak mineral
Garam aluminium
Silikon
Propilena Glikol
EDTA
Formaldehid
SLS
Paraben
Mengapa pilih organik?
Ads
Kerana bahan-bahan organik membolehkan manusia menikmati gaya hidup lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan alam sekitar yang bersih. Melalui penggunaan produk-produk organik, seseorang itu dapat bebas daripada perkara berikut.
Terhindar daripada bahan kimia berbahaya
Kurang risiko penyakit dan kesan sampingan
Mengelak pencemaran alam yang terhasil daripada sisa buangan bahan kimia
Memelihara alam sekitar untuk generasi seterusnya
Tidak berkompromi dengan sebarang ujian ke atas haiwan
Demi kesejahteraan bersama, rumusan produk organik memberi sentuhan ajaib kepada tubuh anda. Selain itu, ia diperkaya dengan bahan bermutu, tekstur pekat dan mengandungi minyak tumbuh-tumbuhan serta khasiat bunga yang menghasilkan aroma semula jadi memikat.
Trend masa depan
Revolusi yang kian mendapat perhatian kerana selain memberi manfaat kepada kesihatan manusia, produk organik juga mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar yang dalam masa sama menjamin nilai-nilai ekologi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang mempunyai kulit gelap juga pastinya akan kelihatan lebih menonjol. Lihat sahaja selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Beyonce.
Mereka memiliki kulit gelap, namun kelihatan cantik dengan teknik solekan yang betul. Paling penting, anda harus yakin dan sentiasa menjadi diri sendiri. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap!
1. BEDAK ASAS/FOUNDATION
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu (blend) dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
2. PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
3. PEMBAYANG MATA/EYESHADOW
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mempercantikkan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
4. PENGGUNAAN BRONZER
Supaya tampak lebih menyerlah, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.
5. UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
6. RONA GINCU
Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bibir kering memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi pada cuaca panas. Puas dibasahkan bibir dengan air liur namun masih kering. Rupa-rupanya banyak kesalahan yang kita buat untuk menjadikan bibir lembab dan mungil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak salah memasang angan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa tetapi ia perlu disertakan dengan usaha tanpa mengenal erti lelah. Itulah yang dibuktikan oleh wanita genit dan manis ini, Mastura Idris atau lebih mesra disapa Tecer Mass yang membuktikan kerja keras pastinya bakal membuahkan hasil.
Menurut Tecer Mas, perjalanan kariernya bermula ‘dari bawah’ iaitu sebagai pekerja di sebuah salun yang hanya bermula sebagai pembantu am. Namun, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa ini kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya seterusnya melangkah lebih maju ke hadapan apabila melihat peluang dan ruang ada di depan mata.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut. Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya baru-baru ini.
Bijak melihat ruang dan peluang yang muncul di depan mata, Tecer Mas nekad berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecantikan.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Sebaik memperolehi ilmu dalam bidang kecantikan, Tecer Mas melangkah setapak lagi dengan membuka perniagaanya sendiri. Tahun 2012 menyaksikan dirinya memiliki syarikat sendiri, iaitu Beauty Expert Academy. Lebih membanggakan, ibu kepada seorang cahaya mata ini mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK), tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
Tidak lengkap perjalanan perniagaan tanpa melalui rintangan dan cabaran. Begitu juga Tecer Mas yang pernah melalui pelbagai rintangan sebelum Beauty Expert Academy dikenali sehingga kini. Berkatsokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah merasa pahit dan kesusahan sepanjang perjalanan membina bisnes. Mana tidaknya, dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak untuk memulakan perniagaan, segalanya saya usahakan sendiri. Pernah satu tahap suami sendiri kurang yakin dengan pilihan yang saya buat. Dia meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Berkat kesabaran dan tanpa mengenal erti lelah, Tecer Mas kini boleh berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya antaranya termasuklah menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Wanita ini tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan dirinya yang berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap hari ini.
“Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling,” ujar Tecer Mas seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!