Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik paras rupa, bahkan Datin Sri Sasha juga peramah dan berbudi bahasa orangnya. Meskipun baru mengenali Datin Sri Natasha Rosa namun perwatakan dirinya cukup menyenangkan.
Tanggal 12 Disember lalu, genap lima tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Sepanjang mendirikan rumah tangga, suri hati pelakon kacak ini bijak menjaga sisi peribadi dan menjaga baik nama suami.
Berkongsi momen indah sempena ulang tahun perkahwinan, wanita berketurunan Serani ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik.
“Here we are after 5 years my teddy bear Eizlan Yusof. With Bee Zaelynn Rosa by our side and mom. Thank you for everything you always do for us and all your love.”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof berkenaan mendedahkan sisi suami tercinta.
Ads
“Abang ni sebenarnya sangat-sangat kelakar. Dekat luar orang tengok dia very friendly, itu memang betul. Tapi yang orang tak tahu, dia punya kelakar tu… kelakar tak ingat dunia.”
Sementara itu ditanya sejak bila mengenali Dato’ Sri Eizlan dan keistimewaan suami di matanya, ini pengakuan Datin Sri Sasha.
“Kami kenal sejak 2015, kenal sebagai kawan dulu. Saya tertarik sebab abang kelakar, seorang yang baik hati dan senang bercakap dengan dia sebenarnya. Dia seorang listener yang bagus.
Pastinya kita sebagai pasangan, nak suami yang sanggup mendengar (luahan) baik buruk kita dan dapat share apa yang betul dan tak,” jelasnya.
Ads
Datin Sri Sasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.
Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai kakitangan pengurusan hotel bertaraf lima bintang di ibu negara dan dilamar Dato’ Sri Eizlan pada September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak salah memasang angan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa tetapi ia perlu disertakan dengan usaha tanpa mengenal erti lelah. Itulah yang dibuktikan oleh wanita genit dan manis ini, Mastura Idris atau lebih mesra disapa Tecer Mass yang membuktikan kerja keras pastinya bakal membuahkan hasil.
Menurut Tecer Mas, perjalanan kariernya bermula ‘dari bawah’ iaitu sebagai pekerja di sebuah salun yang hanya bermula sebagai pembantu am. Namun, pemilik dan pengasas The Beauty Expert Academy Spa ini kemudiannya berjaya keluar daripada kepompong kerjayanya seterusnya melangkah lebih maju ke hadapan apabila melihat peluang dan ruang ada di depan mata.
“Saya masih ingat, waktu itu majikan di spa berkenaan bertanya sama ada saya berminat untuk belajar kemahiran mencuci muka dan sebagainya. Terus saya ambil peluang tersebut. Bermula dari situ saya belajar semua jenis kemahiran sehinggalah majikan saya percaya dan lepaskan saya sedikit demi sedikit untuk menguruskan spa berkenaan,” kongsinya ketika ditemui di premis kecantikannya baru-baru ini.
Bijak melihat ruang dan peluang yang muncul di depan mata, Tecer Mas nekad berhenti kerja kerana ingin menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecantikan.
“Selepas berhenti kerja, saya ambil kursus kemahiran dan pada masa sama turut bekerja dengan orang lain. Sehinggalah saya berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Sebaik memperolehi ilmu dalam bidang kecantikan, Tecer Mas melangkah setapak lagi dengan membuka perniagaanya sendiri. Tahun 2012 menyaksikan dirinya memiliki syarikat sendiri, iaitu Beauty Expert Academy. Lebih membanggakan, ibu kepada seorang cahaya mata ini mempunyai kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 dan juga menjalankan sesi perundingan dan rawatan kecantikan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar dalam bidang estetik.
Mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK), tidak hairanlah apabila wanita bertubuh kecil molek itu turut dilantik sebagai Penasihat Industri Kolej Komuniti Malaysia.
Tidak lengkap perjalanan perniagaan tanpa melalui rintangan dan cabaran. Begitu juga Tecer Mas yang pernah melalui pelbagai rintangan sebelum Beauty Expert Academy dikenali sehingga kini. Berkatsokongan insan tersayang hampir membuatkan beliau berputus asa.
“Saya pernah merasa pahit dan kesusahan sepanjang perjalanan membina bisnes. Mana tidaknya, dengan tiada sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak untuk memulakan perniagaan, segalanya saya usahakan sendiri. Pernah satu tahap suami sendiri kurang yakin dengan pilihan yang saya buat. Dia meminta saya fokus menjaga anak-anak sahaja. Kata suami, mana mungkin mencantikkan orang boleh buat saya jadi kaya.
“Bila jadi macam itu, bohonglah andai kata saya tidak pernah down. Sudah pelbagai cara dan ikhtiar saya lakukan namun belum menampakkan hasil. Malah, pernah juga ditipu pelanggan membuatkan saya hampir putus asa. Namun, saya bangkit semula,” kongsinya lagi.
Berkat kesabaran dan tanpa mengenal erti lelah, Tecer Mas kini boleh berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya antaranya termasuklah menerima pengiktirafan Malaysian Trustworthy Aestheticians & Beauticians 2023 (MTAB) dan Successful People In Malaysia – Britishpedia 2023 dan berkat kesabaran, lebih 18 tahun berkecimpung dalam insdutri kecantikan, Tecer Mass turut miliki ribuan pelajar.
Pusat estetik yang beroperasi di Cheras, Selangor bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, bahkan setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada pakar estetik terlatih yang ada di situ.
“Paling saya utamakan adalah spa kena bersih kerana dari situ datangnya rezeki. Pelanggan datang lihat tempat bersih dan mendapat layanan baik staf membuatkan mereka akan datang lagi mendapatkan rawatan di sini. Itulah yang saya tekankan kepada staf,” ujar beliau yang juga Pemudah cara dan Penceramah di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Wanita ini tidak meletakkan mana-mana individu sebagai idola memandangkan dirinya yang berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap hari ini.
“Untuk menjadi wanita yang hebat dan berjaya, kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Tanpa hiraukan kata-kata negatif orang sekeliling,” ujar Tecer Mas seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Zakiah Anas, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaiannya ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura Zakiah masih terkesan di hati penonton hingga ke saat ini.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu.
Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Nama Zakiah Anas seakan menyepi dari dunia penyiaran, lebih-lebih lagi sebaik dia mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Tanggal 12 Disember lalu merupakan ulang tahun perkahwinan ke-10 bagi pasangan romantis tersebut.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Apatah lagi, dengan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut. Sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana ‘by Zakiah Anas’ yang diusahakan sejak tahun 2016 bahkan ibu cantik ini juga berkongsi wajah anak-anak yang semakin meningkat usia.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 28 tahun sementara anak kedua pula berumur 25 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Terdetik juga rahsia Zakiah mengamalkan susuk tubuh langsing. Rupa-rupanya jelitawan ini gemar mengikuti sukan lasak seperti mendaki. Lebih menarik, minat yang sama turut dikongsi suami dan rakan-rakan. Patutlah kekal slim!
Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz. Difahamkan Zakiah Anas pernah menawan beberapa puncak gunung seperti di Gunung Keriang, Kedah.
Kongsi Zakiah menerusi laporan Sinar Plus, “Memang wajib buat aktiviti (mendaki) tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas. Makan dan minum pun kena jaa sebab bila sudah berusia 50an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.
Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.
Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.
Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!