Besar pengorbanan isteri bergelar ibu. Demi membesarkan dan beri tumpuan kepada anak, Datin Sri Sasha sanggup meninggalkan kerjaya dan berhenti kerja.

Pertama kali bertemu Datin Sri Natasha Rosa Boudville memang dia seorang wanita yang menyenangkan. Memiliki peribadi mesra dan berbudi bahasa, tidak hairanlah wanita cantik ini berjaya menambat hati pelakon tampan yang juga usahawan Dato’ Sri Eizlan Yusof.

IKLAN

Disember lepas genap tiga tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini.

Berpeluang mendekati personaliti ini yang pernah bertugas dalam bidang perhotelan, Datin Sri Natasha atau selesa disapa Datin Sri Sasha kian diulit bahagia di samping keluarga tersayang.

Apatah lagi, puteri kesayangan baru saja mencecah usia dua tahun pada April lepas.

Baca https://www.nona.my/zaelyn-rosa-genap-2-tahun-wajah-comel-anak-dato-sri-eizlan-yusof-datin-sri-sasha-jadi-tumpuan/

Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville

Berkongsi perkembangan diri, Datin Sasha yang mesra orangnya berkata, “Lepas berkahwin hari tu terus PKP sebab pandemik Covid-19. Kemudian saya pregnant dan dapat anak perempuan yang diberi nama Zaelynn.

Lepas melahirkan Zaelynn, saya berhenti kerja dan sampai sekarang saya jaga dia. April ni dia berusia dua tahun. Alhamdulillah Disember lalu kami sambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.”

Ujarnya mengenai cara didikan terhadap Zaelynn, “Saya lebih tegas mendidik anak. Maybe sebab kita sebagai ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak dan mendidik mereka ke arah yang baik sama seperti ibu-ibu lain juga.

Dan exposure dengan dunia luar dan social media sekarang ini kita sebagai ibu bapa, kita yang kena menjaga dan melindungi anak. Sebab kalau bukan kita, siapa lagi.”

Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville

Ditanya adakah sukar membawa status isteri kepada selebriti, ini jawapan jujurnya. “Rasanya tidak. Bergantung dengan siapa kita kahwin, macam mana dia guide kita dan tunjuk jalan yang sepatutnya seorang suami didik apatah lagi bila jadi wife kepada selebriti. Semua tu kena ambil kira juga.

IKLAN

Sejujurnya bagi saya, perkara tu bukan masalah. Macam semua orang tahu suami saya pun seorang yang humble dan senang nak approach. Jadi semua itu memudahkan saya untuk jalani hidup sebagai isteri yang mana suami saya ialah public figure.”

Baca https://www.nona.my/7-tahun-kenal-terpikat-sisi-kelakar-suami-datin-sri-sasha-dedah-istimewanya-dato-sri-eizlan/

Mengulas perwatakan suami tercinta, “Macam mana dia di luar, macam tu juga dia di rumah. Tapi di rumah dia lebih kelakarlah. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, dia memang seorang yang suka berjenaka.

Kadang-kala perwatakan dia tu terbawa-bawa sampai ketika berlakon pun. Apa yang orang tengok di TV dan movie, memang itu perangai dia.”

IKLAN
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak, Datin Sri Sasha Bahagia & Puas Anak Besar Depan Mata!
Kredit Instagram @sashaboudville

Datin Sri Sasha seorang yang low profile dan selesa menjalani hidup biasa seperti insan lain. Menceritakan latar belakang keluarga, dia mempunyai darah keturunan Serani dan Filipina.

“Ayah kandung saya Eurasian, mak saya pula asal Filipina. Tapi saya membesar dengan ayah saya yang berbangsa India. Kalau nak kata pandai cakap Filipina tu tidaklah. Tapi saya faham cuma tak boleh bertutur sebab tak praktikkan.”

Mula mengenali Dato’ Sri Eizlan pada tahun 2015, figura ini bersyukur hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak dan akrab dengan adik-beradik suami.

Datin Sri Sasha berkahwin dengan Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa pada 13 April 2021.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI